Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh
buat sahabat2 yg berada di bumi anbiya',salam imtihan bt semua..semoga terus tabah dan thabat dalam perjuangan dalam medan imtihan.semoga dipermudahkan segala urusan unt menjawab soalan2 peperiksaan.
buat tatapan sahabat sekalian, sy ingin menceritakan serba sedikit tentang hal2 kebajikan yang sangat penting untuk sama2 kita ambil cakna.jika kala ini kalian mampu membayar sewa rumah LE300 sebulan,mampu membeli makanan dan pakaian yg mewah,punya wang yang melimpah ruah sehingga tidak tahu bgaimana untuk dibelanjakan..namun masih terdapat sahabat2 di sekeliling kita yang serba kekurangan.
setelah lebih kurang beberapa bulan ditaklifkan sbg timb unit kebajikan PCM,banyak aduan yang diterima berhubung hal2 kebajikan pelajar.aduan yang diterima berhubung kebajikan bermula dari masalah2 sakit,kekurangan wang, dan sebagainya, sangat penting untuk sama2 kita ambil berat.tugas2 kebajikan ini bukanlah hanya terbeban di atas unit kebajikan semata-mata, tetapi perlu kita sama2 mengambil cakna dan saling bantu-membantu atas dasar persaudaraan sesama Islam.
ketika sy dan sahabat sekalian sudah selesai urusan pembayaran yuran,masih terdapat adik2 kita yang belum mampu untuk mendapatkan wang membayar yuran pengajian.ada yang terpaksa ikat perut untuk menjimatkan wang perbelanjaan semata-mata mengumpul wang buat membayar yuran pengajian yang bukan sedikit.masih ada di kalangan kita yang sangat runsing memikirkan hal2 pembayaran yuran ini sedangkan kita mampu mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan tanpa sebarang masalah.
sahabat sekalian, sedarlah bahawa di bumi Mansurah kala ini ramai sahabat2 kita yang masih belum mendapat mana2 tajaan dan bantuan pelajaran.ketika pihak2 tertentu ghairah mempromosikan peluang belajar perubatan di Universiti Mansurah khususnya,hakikat penderitaan yang ditanggung amat memedihkan, sehinggakan terpaksa menanggung risiko dihantar pulang ke Malaysia!
Kami di unit kebajikan sendiri tidak mampu unt menyediakan bantuan kewangan bulanan buat sahabat2 yang kurang berkemampuan.memandangkan kutipan Tabung Kasih Sayang yang semakin menyusut,tanpa ada pendapatan lain,amat mustahil untuk kami menyalurkan bantuan kpd sahabat2 yang kurang berkemampuan.menolong sekadar yang termampu; cuma itu yang mampu kami lakukan.itu pun masih ada sebahagian kita yang mengelak dan mempersoalkan bayaran LE50 untuk TKS.
Buat sahabat yang berkemampuan dan ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban sahabat2 kita yang kurang berkemampuan, silalah berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan PCM (Saudara Mujahid) dan Timbalan Ketua Unit Kebajikan PCM (pemangku: Saudari Izzati Mohd Yunus, Mansoura-Manchester Programme).Semoga kesibukan mengulang kaji pelajaran bukanlah menjadi alasan untuk kita sama2 melaksanakan tanggung jawab sebagai saudara sesama Islam untuk membantu saudara2 kita yang kurang berkemampuan.Sebarang cadangan membina amat kami alu-alukan.
~Salam dari bumi Malaysia~

No comments:
Post a Comment