Monday, June 8, 2009

Jalan MenujuNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang" (Ar-ra'd:28)


Diri manusia yang inginkan ketenangan akan segera kembali kepada fitrah.kecelaruan, ketidaktenangan hati, dan keserabutan fikiran hanya akan berjaya diubat dengan kembali kepada fitrah asal kejadian.asal kejadian manusia yg sebenarnya perlukan kpd Tuhan, semakin dilupakan apabila kita semakin lari dan jauh dari Tuhan,dari kata2, nasihat, dan petunjuk KalamNya.itulah bicaraNya kepada hamba,melalui kalamNya yg kareem.

justeru, lidah yg basah menyebut namaNya,hati dan fikiran yg sentiasa berfikir, mengingatiNya, adalah cita2 teragung dan pekerti terindah.tiap saat tidak terlepas dari memikirkan tentang si Dia; betapa Maha Besarnya Dia, Maha Suci, Maha Agung.Lantas kalimah Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah merupakan zikir terindah,kunci iman,syarat memasuki syurgaNya.tanda penyucian pengabdian yang total kepada yg Maha Esa, Maha Satu, tanpa sebarang cacat cela.

"sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."

"(yaitu) org2 yg mengingati Allah,sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2.Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka. "

(Ali Imran : 190&191)


Ramai manusia ingin menuju kepadaNya.ramai yang ingn mencariNya.namun, tanpa ilmu, bimbingan dan tarbiyah dari orang yang selayaknya,kita bisa tersasar dari landasan.ilmu yang benar, amal yang ikhlas, akan menemukan insan kepada pencipta.belajar tanpa guru, pastinya syaitan laknatullah akan memperdaya.lantas tipu daya itu menyebabkan kita jauh terpesong,melanggar upaya akal fikiran yang terbatas.


ILMU YANG MEMANDU

ilmu fardhu 'ain adalah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Muslim.Tauhid adalah ilmu mengenal Tuhan.menyucikan pengabdian kepadaNya,membersihkan Dia dari sifat2 yang mustahil bagiNya.

Feqah
adalah ilmu yang menentukan ibadah seseorang diterima atau ditolak.setiap inci perlakuan dalam hidup ada kayu pengukurnya,ada syarat dan adab yg perlu dipatuhi.jika tidak dipelajari,bakal menjerumuskan diri dalam perkara2 haram dan dimurkaiNya.

Tasawuf
adalah ilmu penyucian jiwa.membersihkan jiwa dari sifat2 jahiliah yg selama ini tanpa disedari menjadi pakaian seharian kita.menjawab persoalan hidup dan menjadi benteng pertahanan dari tipu daya dunia yang semakin merosakkan akhlak dan peribadi manusia.sifat bakhil,ujub, takabur,riyak, sombong,cinta dunia, merupakan barah dalam diri yang perlu segera diubati.

Justeru, paduan ilmu fardhu 'ain ini, menjadikan kita insan yang lurus hati dan batinnya, terpandu dengan ilmu wahyu, Al-Quran dan Sunnah peninggalan junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Mengeluarkan kita dari belenggu jahiliyah yang selama ini menjadi tradisi dan amalan kita,lantas memperkenalkan kita kepada kesyumulan dan keindahan Islam sebenar.

Ilmu melahirkan iman,menghasilkan amal dan membuahkan akhlak yang terpuji.Mungkin inilah sifir yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

"Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami.dan sungguh,Allah berserta orang2 yang berbuat baik."

( Al-Ankabut : 69)



AL-FATIHAH, SURAH PEMBUKAAN





Surah Al-Fatihah wajib kita baca 17 kali dalam sehari.ia menjadi rukun yang wajib dibaca dalam setiap kali menunaikan solat.Ia juga disebut sebagai sab'ul mathani atau 7 ayat yang diulang-ulang. cubalah kita perhatikan intipati surah Al-fatihah itu sendiri.cukup untuk menggambarkan pujian yang agung kpd Allah SWT,penyerahan diri, dan pengharapan kpd kebesaranNya. harapan agar ditunjukkan jalan yg lurus, iaitu jalan org2 yang telah Dia berikan nikmat, bukannya jalan orang yg Dia murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat.


sebagai hamba yg serba kekurangan, kita tidak punya apa2, kerana segala-galanya adalah milikNya. kepandaian, kepintaran, kecantikan, segalanya adalah milikNya yg dipinjamkan kepada kita.Dia jugalah yg berhak menentukan kesudahan dan pengakhiran hidup ini, sama ada bahagia atau sengsara. justeru, pengharapan yg setulusnya perlulah di ajukan hanya kepadaNya. Semoga kita dapat sama2 menuju kpdNya dgn keikhlasan dn ketulusan hati yg menjadikan redhaNya sebagai keutamaan.




seorang Murabbi pernah bertanya,


1) apakah dalam dunia ini, yang lurus selurus-lurusnya?

2)apakah dalam dunia ini, yang bulat sebulat-bulatnya?

anda tahu jawapannya?fikir-fikirkanlah.



wallahu'alam

3 comments:

Azura Yasin said...

apa jawapan dia kak ain? sila bagitahu ;)

nur iman said...

jawapannya:
1- yg lurus selurus-lurusnya:

jalan kita untuk menuju Allah SWT itu lurus.jadi, sentiasalah berusaha untuk memastikan diri kita sentiasa berada di jalanNya.Jalan yg lurus itu tentunya dengan mengikut jalan yg telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

2- yg bulat sebulat-bulatnya:

penyerahan kita kepada Allah SWT perlulah dengan sebulat-bulat penyerahan,tanpa tercalar walau sedikitpun oleh rasa was2/ ragu2.maksudnya, kita kena yakin dengan setiap apa yg Allah dah tentukan untuk kita adalah yg terbaik.jgn mengeluh dgn apa yg Allah bg.sebaliknya, kena bersyukur dan yakin dengan Allah.

Azura Yasin said...

thx! really appreciate it :)
jaga diri org msia tuu :D