Friday, June 12, 2009

kematian VS perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati.."


terpana dengan ayat Al-Quran di atas.ketika kematian datang menjemput, tidak akan lengah walau sesaat dn tidak pula terawal walaupun sesaat..betapa lekanya diri ini dengan kehidupan di dunia yg sementara pinjaman yg Esa.

kelmarin sy terleka melayan sahabat2 banat gen6 DQ yg
tengah havoc dgn berita2 sahabat kami yg akan melansungkan perkahwinan tahun ini; Amalina Ismail dan Wardah.tahniah sy ucapkan kpd kedua psangan..sungguh, setiap tahun pasti akan ada berita2 tergempar yg akan diterima.sorang demi seorang sahabat saya mula menamatkan zaman bujang mereka.tahniah sekali lagi diucapkan kepada sahabat2 sama ada di bumi mesir mahupun malaysia yang telah sampai masa dan ketika untuk mendirikan bait muslim.semoga kalian memperoleh bahagia, dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam perkahwinan yg barakah hingga ke syurgaNya.ameen.

setelah kedatangan khabar2 gembira tersebut, sy dikejutkan pula dengan berita kemalangan bbrp org pelajar perubatan Universiti Kaherah.Seorang telah pulang kehadrat Allah SWT dan 4 yg lain cedera...
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.. masyaAllah, hanya sebentar kegembiraan tadi. Allah telah mengingatkan sy tentang kematian.Alhamdulillah.Maha Suci Allah.

siapa yang tidak gembira bila mendengar berita perkahwinan terutamanya dari sahabat2 yg disayangi..sungguh, kegembiraan mereka sebahgian dari kegembiraan sy juga.apabila mereka sedih, kita juga turut terasa kesedihan yg sama..apatah lagi jika saat ini ada yg sedang menghitung -hitung hari bahagia,sedang mencari-cari tarikh perkahwinan, dll.


namun, dalam kegembiraan itu, jangan dilupa kepada peringatan yg telah diberiNya,iaitu kematian.kematian blh datang bila2 masa,tidak kira masa dan ketika.berapa bnyak cerita dan kisah yg telah kita dengar boleh jadi esok akan berlangsungnya hari pernikahan,hari ini maut datang menjemput..semuanya adalah milik Allah SWT.

~orang yang paling bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati, dan sentiasa bersungguh-sungguh menghadapinya~ (al-hadith)




Perkahwinan yang mengingatkan kepada kematian



Jika ditanya, sesiapapun akan mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia.mustahil ada pasangan yang inginkan rumah tangga yg porak peranda dan tidak bahagia.semuanya mengimpikan sebuah rumah tangga yg boleh menuju kepada syurgaNya.


perkahwinan yg boleh mengingatkan kpd kematian adalah sebuah ikatan yg suci dan berlandaskan iman dan taqwa kpd Allah SWT.bukannya perkahwinan yg berlandaskan nafsu dan inginkan kepuasan semata-mata. matlamat perkahwinan yg ingin mendapat redha Allah, adalah yg terbaik.Justeru, amat penting unt memulakan langkah murni tersebut dgn memilih pasangan yg soleh, yg cintanya hanya untuk Allah dan RasulNya.berdampingan dengan insan begitu, boleh menambahkan lg cinta dan ingatan kita kepada Allah SWT.teringat satu kata2; sahabat yg baik adalah sahabat yg blh mengingatkan kita kepada Allah SWT.


hakikatnya, perkahwinan adalah AMANAH.untuk menuju sebuah perkahwinan yg sakinah pastinya perlukan persediaan yg secukupnya; dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani, dan paling penting, persediaan ILMU dan IMAN.



Justeru, perkahwinan yg dilandasi rasa amanah dan tanggungjawab yg maha berat pastinya mengingatkan kita kepada sebuah kematian.betapa beratnya untuk berhadapan di hari perhitungan jika seorang isteri gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada suami dan anak2.lebih berat lagi tanggungjawab itu untuk dipikul oleh seorang yang bergelar suami, yg menjadi ketua keluarga;mendidik dan membimbing keluarga agar dijauhkan dari siksaan api neraka.


bersediakah anda?jaga diri, jaga iman.


wallahu'alam

No comments: