Monday, June 29, 2009

Amanah Sekeping Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


"...sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati nurani,semuanya itu akan diminta pertanggung jawapannya"
(Al-Isra':36)

Penyakit hati ialah satu penyakit yang akan melahirkan sifat tercela kepada orang yang mengalaminya, jika tidak dirawat ia akan merosakkan sifat-sifat kemanusiaan dalam dirinya dan akan memudharatkan orang lain.

“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “
( al-Baqarah : 10 )


( QS al-Baqarah : 7 )

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu ada seketul daging, jika daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh anggota.” (HR Bukhari)

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi
Allah memandang kepada hati kamu.”(HR Muslim)



SIFAT-SIFAT HATI:
  • Lalai

suka menangguh pekerjaan yang diamanahkan

  • Sakit

nafsu menguasai diri membawa ke arah kejahatan.

  • Mati

menolak segala nasihat dan kebenaran

  • Hidup

hati yang dihiasi dengan nilai-nilai murni dan terpuji



JENIS-JENIS PENYAKIT HATI

  • Makan berlebihan (melampau) yang mengakibatkan malas bekerja dan berfikir.
( QS al-A’raf : 31 )

  • Banyak bercakap yang tidak mendatangkan faedah
( QS Al-Nisa’:114 )

“Barang siapa banyak perkataannya nescaya banyak jahatnya, dan barangsiapa banyak jahatnya banyak dosanya, dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka lebih layak baginya.” ( HR al-Baihaqi )

  • Marah bukan pada tempatnya:

Marah ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Marah bukan pada tempatnya adalah sifat yang amat dicela oleh syarak.

( QS ali-Imran : 134 )

“Bukanlah dikatakan kuat itu orang yang kuat bergusti, tetapi yang dikatakan kuat itu ialah
orang yang boleh menahan diri ketika dalam keadaan marah.” ( HR Bukhari dan Muslim )

  • Hasad dengki

Hasad dengki adalah natijah dari sifat dendam dan mempunyai pelbagai cabang yang tidak terhitung banyaknya.

“Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

( HR Abu Daud dan Baihaqi )



  • Bakhil dan cintakan harta

Bakhil dan cintakan harta ialah sayang terhadap apa yang dimilikinya untuk diberikan kepada orang lain yang memerlukan.
( QS Ali Imran : 180 )
( QS al-Hasyr : 9 )

“Jauhkanlah bersifat bakhil kerana bakhil itu menyebabkan binasanya kaum yang terdahulu.”

(HR Muslim)

  • Cintakan kemegahan

( QS al-Qasas : 83 )

  • Kasihkan dunia

( QS al-Syura: 20 )

“Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan.”(HR al-Baihaqi)

  • Takabbur

Takabbur ialah merasakan dirinya terlebih mulia daripada orang lain dan melihat orang lain terlebih hina daripadanya.

( QS Ghafir : 76 )
( QS al-Zumar : 60 )

“Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sebesar debu sifat sombong.”
( HR al-Tirmizi )

“ Tiga perkara yang membinasakan ibadah:Kedekut yang dituruti, mengikut hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ta’ajub seorang akan dirinya.” (HR al-Tabrani)

  • Riyak

Riyak ialah memikat hati orang ramai dengan menampakkan berbagai-bagai amalan baik, yang dilakukan semata-maata kerana inginkan pangkat atau kedudukan atau pujian.

( QS al-Maa’un : 1-6 )

“Sesungguhnya yang paling aku takut antara perkara yang ditakuti berlaku di atas kamu ialah syirik kecil. Baginda ditanya: Apakah syirik kecil Ya Rasulullah?, Jawab Baginda: Ialah Riyak.”
( HR Ahmad )

  • ‘Ujub

Ujub ialah merasa hairan dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
( QS al-Taubah : 25 )



RAWATAN
:
  • Ilmu, Iman dan Ihsan yang diperkukuhkan dengan amalan seperti solat, zikir, ikram, hidup sederhana.
  • Mewujudkan suasana keislaman di rumah.
  • Menghayati sunnah Rasulullah.
  • Menjaga makanan daripada yang haram dan syubhat.
  • Bermuraqabah (merasakan kita sentiasa di bawah pengawasan Allah SWT )
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah seperti taubat, takut kepada Allah, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, mahabah, redha dan ingatkan mati.
  • Integrasi antara ilmu, iman dan ihsan
  • Melaksana islam sebagai satu cara hidup
  • Menghayati sunnah Rasulullah Saw
  • Makan makanan yang halal,suci dan bersih
  • Sentiasa bermuhasabah diri
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah
  • Dakwah kepada kebesaran Allah
  • Belajar dan mengajar
  • Ibadat dan zikir
  • Melakukan khidmat/perkara-perkara kebaikan



KESAN RAWATAN:
  • IMAN semakin mantap dan kukuh
  • Mendapat ketenangan hati dan jiwa.
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Mudah melakukan kebajikan
  • Membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan
  • Kualiti kerja semakin meningkat
  • Bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah
  • Iman taqwa akan meningkat
  • Amal dan pekerjaaan seharian berlandaskan kekuatan dalaman
  • Cinta kepada Allah SWT.
  • Tindakan dan amalan berlandaskan akhlak Nabi saw.


sumber:
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/u2t3.pdf
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/artikel/PENYAKIT%20HATI.pdf


>>jagalah hati.menjaganya sangatlah susah.jika telah memiliki hati yang bersih, peliharalah ia sebaiknya.Apabila sekali hati itu telah dinodai,pasti memerlukan segala daya untuk mengubatinya kembali.ibarat membina sebuah bangunan.mendirikannya lebih mudah daripada membaikinya kembali setelah hancur berderai.semoga berterusan
dikurniakan dgn hati yang sejahtera hingga ke akhir hayat,untuk dipersembahkan kpd Yang Maha Mencipta.


''Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba2Ku.dan masuklah ke dalam syurgaKu"
(Al-Fajr:27-30)


~Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati , tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu~



wallahu'alam

No comments: