Monday, June 29, 2009

Amanah Sekeping Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


"...sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati nurani,semuanya itu akan diminta pertanggung jawapannya"
(Al-Isra':36)

Penyakit hati ialah satu penyakit yang akan melahirkan sifat tercela kepada orang yang mengalaminya, jika tidak dirawat ia akan merosakkan sifat-sifat kemanusiaan dalam dirinya dan akan memudharatkan orang lain.

“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “
( al-Baqarah : 10 )


( QS al-Baqarah : 7 )

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu ada seketul daging, jika daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh anggota.” (HR Bukhari)

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi
Allah memandang kepada hati kamu.”(HR Muslim)



SIFAT-SIFAT HATI:
  • Lalai

suka menangguh pekerjaan yang diamanahkan

  • Sakit

nafsu menguasai diri membawa ke arah kejahatan.

  • Mati

menolak segala nasihat dan kebenaran

  • Hidup

hati yang dihiasi dengan nilai-nilai murni dan terpuji



JENIS-JENIS PENYAKIT HATI

  • Makan berlebihan (melampau) yang mengakibatkan malas bekerja dan berfikir.
( QS al-A’raf : 31 )

  • Banyak bercakap yang tidak mendatangkan faedah
( QS Al-Nisa’:114 )

“Barang siapa banyak perkataannya nescaya banyak jahatnya, dan barangsiapa banyak jahatnya banyak dosanya, dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka lebih layak baginya.” ( HR al-Baihaqi )

  • Marah bukan pada tempatnya:

Marah ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Marah bukan pada tempatnya adalah sifat yang amat dicela oleh syarak.

( QS ali-Imran : 134 )

“Bukanlah dikatakan kuat itu orang yang kuat bergusti, tetapi yang dikatakan kuat itu ialah
orang yang boleh menahan diri ketika dalam keadaan marah.” ( HR Bukhari dan Muslim )

  • Hasad dengki

Hasad dengki adalah natijah dari sifat dendam dan mempunyai pelbagai cabang yang tidak terhitung banyaknya.

“Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

( HR Abu Daud dan Baihaqi )



  • Bakhil dan cintakan harta

Bakhil dan cintakan harta ialah sayang terhadap apa yang dimilikinya untuk diberikan kepada orang lain yang memerlukan.
( QS Ali Imran : 180 )
( QS al-Hasyr : 9 )

“Jauhkanlah bersifat bakhil kerana bakhil itu menyebabkan binasanya kaum yang terdahulu.”

(HR Muslim)

  • Cintakan kemegahan

( QS al-Qasas : 83 )

  • Kasihkan dunia

( QS al-Syura: 20 )

“Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan.”(HR al-Baihaqi)

  • Takabbur

Takabbur ialah merasakan dirinya terlebih mulia daripada orang lain dan melihat orang lain terlebih hina daripadanya.

( QS Ghafir : 76 )
( QS al-Zumar : 60 )

“Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sebesar debu sifat sombong.”
( HR al-Tirmizi )

“ Tiga perkara yang membinasakan ibadah:Kedekut yang dituruti, mengikut hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ta’ajub seorang akan dirinya.” (HR al-Tabrani)

  • Riyak

Riyak ialah memikat hati orang ramai dengan menampakkan berbagai-bagai amalan baik, yang dilakukan semata-maata kerana inginkan pangkat atau kedudukan atau pujian.

( QS al-Maa’un : 1-6 )

“Sesungguhnya yang paling aku takut antara perkara yang ditakuti berlaku di atas kamu ialah syirik kecil. Baginda ditanya: Apakah syirik kecil Ya Rasulullah?, Jawab Baginda: Ialah Riyak.”
( HR Ahmad )

  • ‘Ujub

Ujub ialah merasa hairan dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
( QS al-Taubah : 25 )



RAWATAN
:
  • Ilmu, Iman dan Ihsan yang diperkukuhkan dengan amalan seperti solat, zikir, ikram, hidup sederhana.
  • Mewujudkan suasana keislaman di rumah.
  • Menghayati sunnah Rasulullah.
  • Menjaga makanan daripada yang haram dan syubhat.
  • Bermuraqabah (merasakan kita sentiasa di bawah pengawasan Allah SWT )
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah seperti taubat, takut kepada Allah, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, mahabah, redha dan ingatkan mati.
  • Integrasi antara ilmu, iman dan ihsan
  • Melaksana islam sebagai satu cara hidup
  • Menghayati sunnah Rasulullah Saw
  • Makan makanan yang halal,suci dan bersih
  • Sentiasa bermuhasabah diri
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah
  • Dakwah kepada kebesaran Allah
  • Belajar dan mengajar
  • Ibadat dan zikir
  • Melakukan khidmat/perkara-perkara kebaikan



KESAN RAWATAN:
  • IMAN semakin mantap dan kukuh
  • Mendapat ketenangan hati dan jiwa.
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Mudah melakukan kebajikan
  • Membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan
  • Kualiti kerja semakin meningkat
  • Bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah
  • Iman taqwa akan meningkat
  • Amal dan pekerjaaan seharian berlandaskan kekuatan dalaman
  • Cinta kepada Allah SWT.
  • Tindakan dan amalan berlandaskan akhlak Nabi saw.


sumber:
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/u2t3.pdf
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/artikel/PENYAKIT%20HATI.pdf


>>jagalah hati.menjaganya sangatlah susah.jika telah memiliki hati yang bersih, peliharalah ia sebaiknya.Apabila sekali hati itu telah dinodai,pasti memerlukan segala daya untuk mengubatinya kembali.ibarat membina sebuah bangunan.mendirikannya lebih mudah daripada membaikinya kembali setelah hancur berderai.semoga berterusan
dikurniakan dgn hati yang sejahtera hingga ke akhir hayat,untuk dipersembahkan kpd Yang Maha Mencipta.


''Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba2Ku.dan masuklah ke dalam syurgaKu"
(Al-Fajr:27-30)


~Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati , tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu~



wallahu'alam

Wednesday, June 24, 2009

Sifat-sifat hamba Allah yg mendapat kemuliaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


63.Dan hamba2 Tuhan Yg Maha Penyayang itu (ialah) orang2 yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata2 yang baik




64. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka


65. Dan orang2 yang berkata : "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami,sesungguhnya azabnya itu adala kebinasaan yang kekal".


66. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.


67.Dan orang2 yang apabila membelanjakan (harta),mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir,dan adalah (pembelanjakan itu) di tengah2 antara yang demikian.


68.Dan orang2 yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yg melakukan yg demikian itu niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya)


69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu,dalam keadaan terhina.



70. kecuali orang2 yg bertaubat,beriman dan mengerjakan amal soleh,maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.



71. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.



72. Dan orang2 yang tidak memberikan persaksian palsu,dan apabila mereka bertemu dengan (orang2) yang mengerjakan perbuatan2 yang tidak berfaedah,mereka berlalu (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.



73. Dan orang2 yang apabila diberi peringatan dengan ayat2 Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang2 yang tuli dan buta.



74. Dan orang2 yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa.



75. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.



76.Mereka kekal di dalamnya.Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.



(Al-Furqaan:63-76)

Thursday, June 18, 2009

Pendidikan dan negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Isu pendidikan di negara kita bukanlah isu yang lapuk dan tidak perlu diberi perhatian. sebaliknya, isu pendidikan adalah isu semasa yg perlu diberi perhatian serius kerana pendidikan adalah medan untuk membangunkan modal insan bagi mendidik generasi berilmu.


Sejak kebelakangan ini, isu pendidikan di negara kita sedang dinilai dan ingin ditingkatkan keberkesanannya, sama ada dari segi meneruskan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, menjadikan Bahasa Inggeris sbg syarat lulus dalam SPM, dan juga mengehadkan bilangan subjek SPM kepada 10 subjek shj.


Saya tidak berminat untuk mengulas pengaplikasian Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, serta menjadikannya sbg syarat lulus dalam SPM.rakyat Malaysia telah bersuara, dan 80% menyokong tindakan tersebut.apapun tindakan, pasti ada pro dan kontranya.Di sini kita boleh fikirkan dan nilai bersama keberkesanan dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.mampukah bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu?Mungkin boleh.tetapi jika masyarakat Melayu sendiri tidak mengiktiraf dan tidak yakin dengan kebolehan bahasa kebangsaan, masakan ada masyarakat lain yg ingin mengangkatnya?




Jika ditinjau tindakan mengehadkan bilangan subjek dalam SPM kepada 10 matapelajaran shj,pada saya bukanlah satu tindakan yg progresif dan berkesan.Ia hanya menampakkan kedengkian pihak2 tertentu yang mungkin cemburu dengan golongan yang mampu mencapai hingga 21A dalam SPM, justeru menjadi perhatian rakyat dan pemimpin negara.


Jika alasan yang diberikan adalah untuk memberikan hak yang sama untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran, bukanlah alasan yang konkrit.ketika menilai pelajar2 cemerlang yang akan diberikan bantuan biasiswa, tentunya banyak cara dan mekanisma lain yg blh diaplikasikan supaya semua dinilai sama adil.tentunya pihak kementerian boleh menyenaraikan 10 subjek utama dan memberikan bantuan biasiswa berdasarkan 10 subjek tersebut.akan tetapi, keinginan pelajar2 untuk mengambil sebanyak manapun subjek dalam SPM tidak sepatutnya disekat.


Namun begitu, disinilah letaknya ujian terhadap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.Belajar kerana sijil atau ikhlas kerana Allah SWT.pelajar yang belajar kerana sijil sudah tentu akan berputus asa daripada menuntut ilmu selain daripada 10 mata pelajaran yang diwajibkan itu.namun, pelajar yang benar2 ikhlas akan meneruskan mencari ilmu2 luar walaupun ia bukanlah menjadi kayu ukur kecemerlangan dalam SPM.


Inilah cantiknya Islam.tidak mengajar kita untuk melakukan sesuatu kerana dunia yang tiada nilai di sisiNya,tetapi menumpukan diri dalam mencari redha Allah SWT.ilmu yang terbaik adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.


"Barangsiapa mneghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."

"Itulah orang2 yg tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yg telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan."

(Surah Hud:15&16)



Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya: "wahai anakku, duduklah dalam majlis para ulama' dan bersempit-sempitlah dengan 2 lutut kamu,sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan cahaya hikmah(ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan menurunkan hujan."




wallahu'alam.

Monday, June 15, 2009

Mutiara kata

Imam Syafii:

1. saya tidak pernah kenyang sejak berumur 16 thn,krna banyak makan itu memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan,menumpulkan otak,membuat mengantuk, dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.

2.saya tidak pernah bersumpah seumur hidup sama ada untuk kebenaran atau sebaliknya.

3. jika ditanya orang tentang sesuatu masalah, kadang2 beliau diam tanpa berkata walau sepatah pun.apabila ditanya, beliau menjawab: "sy diam sehingga sy mengetahui mana yg lebih baik, diam atau bercakap".


Imam Ahmad b. Hanbal:


1. tidak kira orang melihat akan daku,dan aku tidak melihat orang lain.Aku memandang bahawa menyendiri itu menyenangkan hatiku.

2. Ali bin Al-Madiny meminta nasihat daripada beliau.Imam Ahmad berkata: " jadikan taqwa itu sebagai bekalanmu, dan tegakkan akhirat di muka kamu."



Hassan Al-Basri:

1.Jangan tinggalkan amalan agamamu kerana takut kepada musuh yang akan mengganggumu, bahkan mereka itu mengganggu Allah.

2. Seseorang datang kpd Hassan dan mengadu bahawa hatinya telah menjadi keras.Hassan berkata: " hendaklah engkau selalu menghadiri majlis2 zikir dan menyantuni anak2 yatim."

3. Kubur adalah akhir dunia dan permulaan akhirat.


Zunnun Al-Misri:

1.Janganlah engkau membenci terhadap orang yang membuat dosa. kerana kamu tidak mengetahui mungkin sebelum meninggal dunia dia bertaubat kepada Allah dan diterima, maka dia menjadi orang yang tinggi darjatnya.

2.Kiralah amal-amalmu sblum engkau diperhitungkan di hari akhirat kelak.

3.Dunia tidak ada gunanya jika ,menyebabkan seseorang lupa kepada Allah.


Ibrahim Al-Khawwas
Perkara yg meninggikan darjat:

1. Membaca al-Quran sambil memahami makna

2. jangan makan sampai kenyang

3. berjaga malam untuk beribadah (tahajjud)

4. menangis dalam solat subuh (paling banyak memberikan kesan)

5.bergaul dengan orang2 alim dan wali2 Allah.



Syaqiq Al-Balkhi:

Aku mencari 5 perkara dan mendapatinya dalam 5 perkara.

1.aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha.

2. aku mencari penerang untuk alam kubur, aku mendapatinya dalam solat malam.

3. aku mencari jawapan untuk soalan mungkar dan nakir,aku mendapatinya dalam membaca Al-Quran.

4. aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang Titian Siratal Mustaqim, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah.

5. aku mencari naungan Arasy, dan aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah.

dia juga berkata: jangan tangguhkan taubat kpd ALlah kerana inginkan kurnia dan panjang umur.



Abu Hafs Al-Haddad:

1. Berharaplah kepada Allah seperti harapan seorang pengemis yang mengharapkan sedekah dari orang kaya.

2. Orang yang suka dipuji itu adalah sia2 dalam sukacitanya.

3. Jangan bergantung kepada ibadah dan latihan rohani semata-mata, tetapi bergantunglah pada rahmatNya.




petikan dari :
Kisah 85 kekasih Allah.

Bahasa Alam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."

"(yaitu) org2 yg mengingati Allah,sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2.Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka. "

(Ali Imran : 190&191)

setiap kejadian yg diciptakan oleh Allah SWT pasti ada hikmah yg tersembunyi.penciptaan manusia, langit dan bumi, penciptaan alam serta segala isinya perlulah kita hayati dan fikirkan agar bertambah ingatan kita kpd Allah SWT dan menghayati kebesaranNya.

sejak pulang ke tanahair, banyak bahasa2 alam yg perlu ditafsirkan.bukan sedikit bahasa yang ingin disampaikan,tetapi terlalu banyak.jangkaan saya untuk lari dari kepanasan bumi anbiya' yg kian meningkat terbukti salah.kepulangan ke Malaysia rupanya tidak kurang panasnya.ketika baru tiba ke tanahair,bonda juga mengkhabarkan sangat jarang hujan di bumi seremban ini dan cuaca yg panas.

tidak kurang juga bencana-bencana lain yg tidak kurang hebatnya seperti jerebu, wabak denggi yg semakin meningkat (di seremban dan bbrp negeri lain),wabak H1N1, dll.

jika kita fikirkan sejenak, tentunya ada sesuatu yg ingin disampaikan melalui bahasa alam ini.sy sndiri mengakui kelemahan diri yg tidak mampu untuk menyampaikan risalah Islam walaupun kpd saudara mara sendiri.sungguh menyedihkan.menyesal shj tidak berguna tanpa melakukan apa2 tindakan.
doakan semoga diri ini kuat untuk membawa risalahNya walau di mana kita berada.

semakin hari, semakin banyak maksiat dan kemungkaran yg berlaku.tidak kurang dengan gejala sosial,hedonisme,manusia yg semakin lupakan Tuhan, dan bangga dengan kemungkaran yg berkiblatkan barat sbg ukuran.Innalillah..inilah fitnah akhir zaman.golongan yg benar2 mengamalkan Islam ibarat menggenggam bara api.pedih dan menyakitkan.

di manakah perginya aktivis2 Islam yg sepaututnya mengadakan aktiviti2,usrah dll sbg makanan rohani insan2 yg ketandusan tarbiyah ini? siapakah lagi yg ingin menghidupkan biah islami di bumi ini jika bukan kita sbg penerajunya? sungguh, insan yg benar2 ikhlas dalam menyampaikan risalah dakwah ini semakin pupus dan tenggelam.siapakah yg akan melaksanakan kerja dakwah ini jika pelajar2 yg mengambil bidang syariah,agama, dan seumpama dengannya juga sangat enteng dalam mengamalkan Islam dalam hidupnya.gejala couple di IPT2,kolej2 Islam yg terdiri dari golongan yg belajar agama adalah perkara yg sangat berleluasa kala ini.(ini adalah kisah benar dari seorang penuntut institusi Islam tempatan)

bukanlah niat sy untuk menjatuhkan golongan agamawan.tidak sama sekali.tetapi, perlu kita fikirkan, jika bukan mereka yang menjadi ketua dan orang yg berada di saf hadapan untuk menegakkan Islam, siapa lagi?memang tidak dinafikan, kerja2 dakwah ini adalah tanggung jawab bersama, selagi anda bergelar seorang Muslim.namun, kita sangat memerlukan golongan Ulama' sebagai peneraju utama dan pembimbing dalam bidang da'wah ini.

tentunya kita runsing apabila memikirkan nasib generasi pada masa hadapan.kala ini, bidang profesional menjadi pilihan ramai sehingga mengenetepikan kepentingan bidang2 selainnya.pelajar2 yg agak cemerlang dalam pelajaran kebanyakannya cenderung memilih kerjaya dalam bidang profesional.satu persepsi masyarakat yg perlu diubah.

selain itu,terdapat juga golongan2 profesional yg sedar dengan tanggung jawab dan amanah amar ma'ruf nahi mungkar yang lebih menonjol dari golongan agamawan sendiri.maka, tidak hairanlah bila mana golongan yg kurang ilmu agama menjadikan hukum sebagai mainan.maka, keluarlah hukum2 pelik, menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal sedangkan perkara tersebut perlu dirujuk kepada orang yg lebih berkelayakan.

oleh itu, adalah penting untuk kita sama2 mengangkat golongan agamawan sebagai pemimpin untuk meneraju masyarakat ke arah keredhaan Allah SWT.sebagai golongan yg bakal meneraju bidang profesional pula, kita perlulah mendekati dan menimba sebanyak mungkin ilmu dari golongan agamawan ini agar kita tidak menjadi fitnah kepada agama yg kita sayangi.justeru, paduan antara ulama' dan profesional amat penting untuk melahirkan dakwah yg lebih segar, bersinergi, mantap dan berkesan.

semoga Allah memelihara kita agar terus menjadi pendokong agamaNya, terus thabat dalam memperjuangkan Islam tercinta.



wallahu'alam.