Thursday, November 18, 2010

Ciri-ciri pemimpin Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya’, ‘ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4 - Lemah lembut.

“Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya”

5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.

6- Bercakap benar dalam semua keadaan.

“cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar”

7 - Tawadu’ dan merendah diri terhadap orang-orang mu’min.

“Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin” (As-Syura : 215)

“….merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir…”
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

“…..dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf”
(ali-Imran : 134)

9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali-Imran :200)

“Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar”
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara’ dan Zuhud

13 - Bersifat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

….dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita,kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

Rujukan :’Amal Jama’i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman

sumber: http://muscom.iluvislam.com/?p=2472

Monday, November 15, 2010

perbandingan mangkuk,madu dan sehelai rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut: 1)Mangkuk yang cantik. 2)Madu. 3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

sumber: http://zaimahbest.blog.friendster.com/2009/01/alangkah-cantiknya-wanita-berhijab/

p/s :
selamat menempuh alam perkahwinan diucapkan kpd 2 pasang sahabat sepengajian di DQ dan Mesir yang bakal berkahwin pada aidil adha thn ini:
Husna bt Abd Manaf & Mohd Zaim b. Abd Aziz,
Nor Hanisah bt Hassan& Mohd Syakir b. Ibrahim

semoga ikatan yg bakal dibina mendapat rahmat & keberkatan disisiNya,kekal hingga ke syurga.
Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair~ameen.

salam aidil adha buat semua pembaca. kullu sanah wa antum ilallahi aqrab~

Saturday, November 13, 2010

mentadbir dunia dengan jiwa yang bersih

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang

Di bawah ini adalah petikan dari akhbar IM yang dikarang oleh Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna.semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada diri ini dan sahabat2 pembaca sekalian dalam kita menyeru manusia kpd agama Allah SWT.wallahu'alam.

Saya telah bertemu dengan seorang tua yang telah melepasi perjalanan usia yang sudah lama dan telah menghampiri garisan akhirat. Seluruh kepalanya telah diselaputi rambut yang memutih, garis-garis penuaan meniti wajahnya yang bersih. Saya duduk di sisinya di waktu siang hari, di kala cahaya matahari menyinari bumi. Saya melihat wajahnya berseri-seri disinari cahaya taqwa, pantulan nur dari hati yang sentiasa berhubungan dengan Allah ‘Azza wa Jalla. Dia tidak dikenali di kalangan masyarakat, namanyapun tiada siapa yang ingat.



Setelah mendengar cerita saya, dia bertanya, apakah nama persatuan kamu? Saya menjawab, kami bukan persatuan, tetapi kami adalah ikhwan fillah (saudara-saudara di jalan Allah) sahaja. Kami berhimpun di atas landasan aqidah dan fikrah. Kami cuba laksanakan pada diri kami, kemudian cuba memahamkannya kepada manusia. Fikrah kami tidak lain kecuali memahami Islam, beramal dengannya dan mengajak orang lain bersama-sama kami dalam memahami dan melaksanakan Islam.
Bagus!, komennya. Siapa yang mengajar kamu di rumah (tempat kamu berkumpul)? Tanyanya lagi.
Saya menjawab, dalam banyak keadaan, sayalah yang berbicara kepada saudara-saudara saya. Seketika dia terdiam. Kemudian dia mengangkat pandangannya tepat ke wajah saya seraya bertanya, adakah kamu bangun malam?


Saya menjawab, apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya. Dia mendengus: benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)


Dengan tenang dan teratur dia berbicara,

Ya Akhi:

Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu.


Ya Akhi:

Islahun-nafs yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya. Qudwah hasanah itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita. Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya) . Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1-6)



Ya Akhi:

Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya. Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih? Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya? Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain? Maka tahukah kamu betapa berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu. Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja?


Ya Akhi:

Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.
Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesekan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.

Ya Ikhwan:

Mungkin kamu berasa hairan mengapa saya bawakan bicara sebegini di dada akhbar kamu ini sedang kamu menanti-nanti saya berbicara mengenai masalah yang melanda dunia, derita yang dialami oleh umat Islam seluruhnya. Kamu mengharapkan saya menyatakan sikap, pendirian dan tindakan yang patut diambil oleh jamaah kita.


Dengarkanlah penjelasanku:

Sesungguhnya kamu ingin mencapai matlamat yang besar hebat. Oleh itu kamu mesti memahami dengan sebenar-benarnya bahawa dengan matlamat itu bererti kamu berada di atas satu garisan dan dunia seluruhnya berada di atas garisan yang berlawanan dengan kamu.


Kamu menghendaki Islam berkuasa. Dunia diperintah oleh jiwa-jiwa yang bersih suci, akhlak mulia yang melimpah dengan kebaikan, hati-hati yang penuh rahmat dan kasih sayang dan kesejahteraan memayungi alam semesta.


Manusia pula menghendaki kebendaan berkuasa, harta melimpah ruah, kemewahan tiada sempadan, perebutan yang tiada berkesudahan antara golongan kuat dan lemah. Yang kuat memangsakan yang lemah. Yang berkuasa sentiasa menang dan yang diperintah sentiasa kalah. Kemanusiaan tidak akan kenal erti keadilan, tidak akan mengecapi rahmat kasih dan sayang. Itulah yang manusia kehendaki berbanding dengan apa yang kamu kehendaki. Kamu berada di satu pihak, sedang dunia di satu pihak yang lain. Manusia berselindung di sebalik kedustaan, berinteraksi dengan tipu helah dan bermuka-muka. Mereka lari daripada menghadapi kenyataan. Pada hal kamu tidak mahu itu semua kerana kamu sentiasa bermuraqabah. Diri kamu dan amalan kamu sentiasa diperhati oleh yang Maya Mengetahui dan Maha Memerhati. Maka perbezaan antara kamu dengan manusia, jika kamu benar dengan apa yang kamu cita-citakan, sangat jauh dari segala sudut.
Bilangan kamu adalah sedikit. Keadaan kamu tertindas di muka bumi ini, fakir dari segi harta, kosong dari segi kekuatan. Maka tidak ada senjata kamu selain hubungan dengan Allah dan mengharap pertulungan dan bantuan daripadaNya serta keimanan yang mendalam terhadapNya. Apabila aspek ini kamu kuasai bererti kamu telah kuasai segala-galanya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Aali Imran:160)


Maka berusahalah untuk menjadi seperti itu. Jangan kamu Tanya bagaimana? Sesungguhnya jalannya telah nyata. Jadilah kamu hamba-hamba sebelum kamu menjadi ketua. Dengan ibadah kamu akan jadi sebaik-baik qiadah. Awas! Jangan kamu terbalikkan isu ini sebagaimana yang dilakukan oleh manusia lain. Mereka mengejar kepimpinan sebelum mereka mensejahterakan aspek ibadah maka mereka tewas atau mereka berjaya mencapainya tetapi terumbang ambing di dalam melaksankan amanahnya. Serapkan ke dalam diri kamu maksud Hadis Qudsi ini: ”Sesiapa yang menyakiti wali-Ku maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang dengannya. Seseorang hamba-Ku tidak menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu sebagaimana ia menghampirkan diri dengan melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku itu menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya, kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta pada-Ku akan Ku berikannya, jika dia memohon perlindungan dengan-Ku akan Ku lindunginya”. (Al-Bukhari)


Dan ingat juga firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (An-Nur:55)




Daripada Pusaka al-Banaa, dipetik dari surat khabar Ikhwan Muslimin, 25 R.Awwal 1356H bersamaan 4 July 1937M

sumber:
>>disini<<

Tuesday, August 31, 2010

Memperkasakan biah solehah: realiti & tanggungjawab

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPMM membawa satu usul tentang 'Memperkasakan Biah Solehah dan Unit Hisbah'. Usul ini telah pun dibawa dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCM sesi 2010/2011 yang lalu dan mekanisma pelaksanaannya telah pun dijalankan diperingkat PCM sejak sesi pemerintahan 2010/2011 menaiki tahta. PCM sesi ini telah bersungguh-sungguh untuk memastikan usul yang telah disepakati oleh sejumlah besar ahli pada MTC yang lalu agar dilaksanakan dengan sebaiknya.Bagi saya, pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan usul ini perlu diberi pujian atas kesungguhan dan komitmen mereka.

Namun begitu, usaha ini tidak akan mampu meninggalkan kesan dalam diri para mahasiswa seandainya tidak dihayati bersama.persoalan biah solehah ini adalah satu permasalahan ummah yang besar dan perlu diberi perhatian serius oleh setiap individu.adakah kita semua tahu, sejauh mana kayu ukur untuk mempraktikkan biah solehah dalam diri setiap individu?jika kita perhatikan, dunia pada hari ini telah lama dimomokkan dengan ketamadunan, kemajuan, kemodenan,pembangunan, yang mengikut acuan dan pemikiran yang berkiblatkan barat.kita semua tertipu dengan idea kemodenan yang menekankan aspek material dan mengabaikan pembangunan spiritual dan rohani.secara tidak sedar, konsep kemodenan ini mula menghakis nilai spiritual dan rohani sekaligus melenyapkan nilai2 biah solehah dalam diri masyarakat.

peranan ini sebenarnya telah lama dimainkan oleh barat dan pihak2 yang memusuhi Islam melalui perancangan yang telah dilaksanakan sekian lama.

protokol Yahudi (petikan dari: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/222)

Protokol Yahudi adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongeres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsong di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal.

Apa yang dapat kita simpulkan dari kesemua protokol yang sebanyak dua puluh empat (24) protokol, ialah satu luahan kebencian, hasad, dengki kesumat kaum Yahudi terhadap alam seluruhnya, Islam mau pun bukan Islam, selain dari bangsa Yahudi. Ianya mencerminkan segala sifat buruk dan jahat, pendendam, tamak, haluba, gelojoh, penindas, membunuh dan sebagainya. Falsafah yang menyebut “ Matlamat menghalalkan sarana” merupakan pegangan terpenting dalam ajaran Yahudi dan darinya terlakar perancangan jahat mereka yang di sebut: The protocols of Learned Elders of Zion”.

antara protokol penting yang telah mereka rancang adalah protokol ke 10 Yahudi yang mengandungi 8 perkara:


1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....


4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan
perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta...di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macamyahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...


sedar tak sedar, masyarakat yang lahir pada hari ini merupakan manifestasi perancangan Yahudi laknatullah.perancangan yang teliti ini telah dirancang sejak sekian lama dan membuahkan hasil yang memberi kesan yang besar kepada pembentukan generasi pada hari ini.justeru, setiap inidividu perlu sedar dengan perancangan ini dan berusaha menjernihkan diri,keluarga dan masyarakat daripada dasar-dasar dan pemahaman yang telah didoktrin sejak sekian lama ini.

Semoga harapan untuk membentuk sebuah generasi Muslim tulen seperti yang telah dibentuk oleh generasi zaman Baginda Nabi SAW dan para sahabat berjaya direalisasikan,insyaAllah.Hakikatnya,tugas ini bukanlah bergantung kepada kekuatan individu semata-mata, tetapi perlu dilakukan secara beramai-ramai.

"tegakkanlah daulah Islam dalam diri kamu, maka akan tertegak daulah Islam di bumi kamu" -Mustafa Masyhur-

"dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.dan mereka itulah orang2 yang beruntung" (Al-Baqarah:104)

wallahu'alam


Friday, July 9, 2010

Larangan Menghampiri Zina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra':32)

Ayat di atas jelas menunjukkan larangan untuk menghampiri zina.Islam melarang umatnya melakukan zina dengan cara menutup segala pintu2 yang menghampirkan kita kepada zina.dalam ayat lain, Allah SWT memberi peringatan khusus kepada orang2 beriman lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra' ayat 30&31:

"Katakanlah kepada laki2 yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya;yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Dan katakanlah kepada org2 perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat..."

Larangan Islam terhadap perbuatan zina punya hikmah yang besar disebaliknya.Islam bukan sahaja menjaga nasab dan keturunan, malahan menyelamatkan institusi kekeluargaan agar hubungan antara lelaki dan perempuan dibina atas jalan yang dibenarkan syara'.Hal ini bagi menjamin terbinanya sebuah institusi kekeluargaan yang mampu membina sebuah masyarakat Islam yang punya nilai iman dan taqwa.

Zina jelas merosakkan keturunan,memporak-perandakan masyarakat dan menyebabkan penyakit yang bakal diwarisi oleh keturunan.Hal ini dibuktikan dengan kajian2 sains tentang penyakit syphilis yang bukan hanya memberi kesan jangka panjang kepada pesakit, tetapi juga kepada zuriat (congenital syphilis).

Kes perzinaan yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.Kes-kes pembuangan bayi, dan sebagainya menjadi bukti keruntuhan akhlak,kejahilan dan hilangnya nilaian iman dan taqwa dalam diri masyarakat khususnya remaja.Inilah kesan daripada agenda Freemason Zionist untuk meruntuhkan institusi umat Islam.Antaranya melalui protokol ke 10 Yahudi yang mengandungi 8 perkara:smoke,seks,songs, fun,female,fasion,dan food. (maklumat lanjut sila baca:http://emjayjb.multiply.com/journal/item/222 )

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Apabila zahir (nyata zina dan riba dalam sesebuah kampung, maka penduduk kampung itu telah menghalalkan untuk diri mereka sendiri azab dan siksa Allah”.
(Hadis riwayat al-Hakim dan dia berkata sahih isnadnya)


wallahu'alam.



Saturday, June 19, 2010

purdah a.k.a niqob

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
sejak peperiksaan pertengahan tahun bulan Januari yang lalu, kerajaan Mesir dan pihak Universiti Mansurah telah mengenakan sekatan kepada para pelajar untuk memakai purdah (niqab) ketika berada di dewan peperiksaan.tindakan ini secara peribadinya agak mengecewakan kerana menghalang kebebasan para pelajar untuk beramal sesuai mengikut kehendak Islam.namun begitu, alhamdulillah, tindakan untuk menyuruh pelajar menanggalkan niqob masih belum dilaksanakan lagi sepanjang peperiksaan akhir sehingga saat artikel ini ditulis walaupun kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak universiti.
mungkin ramai yang mempertikaikan tindakan ini,sedangkan pelajar2 yang tidak menutup aurat dengan sempurna masih diberi kebebasan untuk berada dalam dewan peperiksaan.bukankah itu lebih perlu dicegah berbanding orang yang ingin memakai purdah? inilah sedikit lontaran peribadi dari saya dan mewakili sahabat2 yang lain.
mungkin masyarakat pada hari ini melihat isu pemakaian purdah ini sebagai sesuatu yang ekstrim.tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana pemakaian purdah atau niqab ini menjadi kebiasaan para sahabiah dan ummahatul mu'minin di zaman Baginda Nabi SAW.saya bukanlah arif tentang hujjah dan dalil.untuk lebih jelas, marilah kita baca penjelasan tentang hukum pemakaian purdah yang diterangkan dengan jelas dan detail dalam link di bawah:
Realiti masyarakat pada zaman ini,terutamanya di Malaysia, pemakaian purdah ini masih dianggap terlalu asing.sebahagian sahabiah ada yang menganggap waqi' di malaysia kurang sesuai untuk memakai purdah kerana bimbang keterbatasan untuk menyampaikan da'wah.ada pula yang masih terhalang kerana faktor keluarga yang tidak membenarkan.namun, andainya seseorang itu punya kefahaman yang jelas mengapa dia berpurdah,insyaAllah,masalah ini boleh diatasi.perkara ini akan menjadi ragu2 andainya pemakaian purdah ini didasari dengan niat ikut-ikutan atau adat kebiasaan.
Pemakaian purdah tidaklah menjadi fitnah andainya si pemakai mempamerkan akhlak tertinggi dalam Islam.justeru, sama2lah ikhlaskan niat, berusaha dan berdoa agar terus istiqamah dan diberi kekuatan untuk beramal dengan Islam yang sebenar.walau apapun ujian melanda,ingatlah dunia ini hanya persinggahan sementara,kerana akhirat itu matlamat utama..
wallahu'alam.
~salam imtihan, salam mujahadah~