Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
sejak peperiksaan pertengahan tahun bulan Januari yang lalu, kerajaan Mesir dan pihak Universiti Mansurah telah mengenakan sekatan kepada para pelajar untuk memakai purdah (niqab) ketika berada di dewan peperiksaan.tindakan ini secara peribadinya agak mengecewakan kerana menghalang kebebasan para pelajar untuk beramal sesuai mengikut kehendak Islam.namun begitu, alhamdulillah, tindakan untuk menyuruh pelajar menanggalkan niqob masih belum dilaksanakan lagi sepanjang peperiksaan akhir sehingga saat artikel ini ditulis walaupun kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak universiti.
mungkin ramai yang mempertikaikan tindakan ini,sedangkan pelajar2 yang tidak menutup aurat dengan sempurna masih diberi kebebasan untuk berada dalam dewan peperiksaan.bukankah itu lebih perlu dicegah berbanding orang yang ingin memakai purdah? inilah sedikit lontaran peribadi dari saya dan mewakili sahabat2 yang lain.
mungkin masyarakat pada hari ini melihat isu pemakaian purdah ini sebagai sesuatu yang ekstrim.tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana pemakaian purdah atau niqab ini menjadi kebiasaan para sahabiah dan ummahatul mu'minin di zaman Baginda Nabi SAW.saya bukanlah arif tentang hujjah dan dalil.untuk lebih jelas, marilah kita baca penjelasan tentang hukum pemakaian purdah yang diterangkan dengan jelas dan detail dalam link di bawah:
Realiti masyarakat pada zaman ini,terutamanya di Malaysia, pemakaian purdah ini masih dianggap terlalu asing.sebahagian sahabiah ada yang menganggap waqi' di malaysia kurang sesuai untuk memakai purdah kerana bimbang keterbatasan untuk menyampaikan da'wah.ada pula yang masih terhalang kerana faktor keluarga yang tidak membenarkan.namun, andainya seseorang itu punya kefahaman yang jelas mengapa dia berpurdah,insyaAllah,masalah ini boleh diatasi.perkara ini akan menjadi ragu2 andainya pemakaian purdah ini didasari dengan niat ikut-ikutan atau adat kebiasaan.
Pemakaian purdah tidaklah menjadi fitnah andainya si pemakai mempamerkan akhlak tertinggi dalam Islam.justeru, sama2lah ikhlaskan niat, berusaha dan berdoa agar terus istiqamah dan diberi kekuatan untuk beramal dengan Islam yang sebenar.walau apapun ujian melanda,ingatlah dunia ini hanya persinggahan sementara,kerana akhirat itu matlamat utama..
wallahu'alam.
~salam imtihan, salam mujahadah~
No comments:
Post a Comment