Monday, November 15, 2010

perbandingan mangkuk,madu dan sehelai rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut: 1)Mangkuk yang cantik. 2)Madu. 3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

sumber: http://zaimahbest.blog.friendster.com/2009/01/alangkah-cantiknya-wanita-berhijab/

p/s :
selamat menempuh alam perkahwinan diucapkan kpd 2 pasang sahabat sepengajian di DQ dan Mesir yang bakal berkahwin pada aidil adha thn ini:
Husna bt Abd Manaf & Mohd Zaim b. Abd Aziz,
Nor Hanisah bt Hassan& Mohd Syakir b. Ibrahim

semoga ikatan yg bakal dibina mendapat rahmat & keberkatan disisiNya,kekal hingga ke syurga.
Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair~ameen.

salam aidil adha buat semua pembaca. kullu sanah wa antum ilallahi aqrab~

No comments: