Friday, August 31, 2012

Hayya bil 'arabiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Anbiya', diri ini berazam dan bercita - cita untuk menguasai Bahasa Arab. Semasa di sekolah rendah dan menengah, subjek yang paling ku minati adalah Bahasa Arab. Antara sebab ku memilih untuk belajar di Negara Arab juga adalah kerana Bahasa Arab. Masya Allah..betapa agungnya bahasa syurga ini. 

Tapi, kini.. telah hampir 6 tahun ku berada di negara Arab. tetapi, masih belum fasih berbahasa Arab :((  tetapi aku berusaha untuk menguasainya dengan cuba menterjemah dan membentang dalam usrah kitab/tulisan bahasa Arab. sangat cemburu dengan sahabat2 di pengajian Islam yang pandai menterjemah. ya Allah, permudahkanlah diri ini untuk menguasai bahasa Al-Quran, bahasa SyurgaMu. 

Bagiku, walaupun belajar di bidang perubatan, bukanlah menjadi alasan untuk tidak mahir berbahasa Arab. kerana bahasa Arab adalah tuntutan bg setiap Muslim,bahasa Al-Quran, menjadi kewajipan terutamanya untuk para pendokong gerakan Islam. Hal ini kerana, terlalu banyak kitab-kitab gerakan dikarang oleh penulis dan ulama' tersohor adalah dalam bahasa Arab dan masih belum diterjemah. Begitu juga dengan kitab-kitab perubatan Islam. penguasaan bahasa Arab memberi jaminan pengetahuan dan ilmu yang sangat luas. kitab tafsir, fiqh, haraki, dan lain-lain banyak yang perlu diterjemahkan mengikut uslub bahasa Arab. 

Ya Allah, permudahkanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku untuk menguasai bahasa syurga, bahasa Al-Quran yang menjadi syiar agamaMu ini.. semoga kami dapat memartabatkan syiar Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti mana para pejuang agamaMu yang terdahulu.. terimalah segala amalan kami ya Allah..ameen ya Rabbal'alamin.. 

Monday, August 27, 2012

Aku, PMRAM & PERUBATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selama hampir 6 tahun aku berada di bumi Anbiya', terlalu banyak pengalaman, pahit manis, suka dan duka yang ku lalui. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.Pengalaman berharga yang dianugerahkan olehNya datang tanpa diduga. Namun akhirnya, ku akur dengan ketentuan itu..walaupun pedih pada mulanya, namun aku cuba belajar dari keperitan itu, dan akhirnya  ia menjadi kemanisan yang bakal ku kenang dalam sejarah hidupku.


Penglibatan dalam PERUBATAN bagi seorang mahasiswi perubatan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, penglibatan dalam PMRAM bagi seorang mahasiswi perubatan adalah sesuatu yang jarang ditemui di bumi Mesir ini. Ramai di kalangan sahabatku dalam kalangan perubatan terdiri dari orang 'kuat' menyokong PMRAM di sebalik tabir. Di khalayak, kami terpaksa menyembunyikan ke'PMRAM'an, kerana ancaman-ancaman yang melemahkan. Tahniah sahabat yang juga berjuang dalam medan PMRAM! kalian membuktikan kefahaman mendasari perjuangan. kalian rela menanggung risiko walau diancam dengan gertakan sang penguasa.

Berada dalam gelanggang PMRAM memberikan pengalaman berharga buatku. Selepas 3 sesi berada dalam PCM, aku dipinjamkan ke DPMM yang merupakan penaung mahasiswa/wi Al-Azhar di Mansurah. keberadaan ini mengajarku pelbagai perkara. tarbiyah, thaqafah, pengurusan, softskill, dan banyak lagi perkara baru yang tidak ku temui semasa berada di PERUBATAN. 


keberadaan PMRAM yang sekian lama (lebih 80 tahun) cukup menjadikan ia sebuah organisasi yang mantap dan disegani dari segenap aspek. Pengurusan, tarbiyah, thaqafah, dll bagiku mampu melahirkan acuan azhari yang lengkap dari sudut kefahaman, pengalaman dan gerak kerja dalam sebuah organisasi Islam. Kekuatan roh Islami seringkali terpancar dalam program-program dan aktiviti anjuran PMRAM, menjalar dalam segenap ruang tubuh insan yang bersamanya,sekaligus menaikkan semangat dalam berjuang.Sungguh, persatuan ini terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi. Namun, semakin banyak dugaan itu datang, semakin kuat pergantungan mereka dengan Tuhan, sekaligus memancarkan nusrahNya memihak kepada kebenaran menyebelahi mereka yang dizalimi. Bumi barakah ini tidak pernah menyembunyikan kemungkaran sang penguasa, kerana sentiasa menyingkap kebenaran dipihak yang mana! Itulah kekuatan PMRAM, kekuatan KESATUAN yang didasari kefahaman, mengikat hati-hati insan bergerak bersamanya. semoga segala ilmu dan pengalaman yang kutimba di sini dapat membantuku dalam melaksanakan misi menjulang agamaNya di tanah air kelak, insyaAllah.  


Namun, kini kusedari. selepas beberapa tahun meninggalkan pentadbiran PCM, banyak peningkatan yang berlaku. PCM kini jauh lebih baik prestasinya berbanding sesi-sesi lepas. Banyak pembaharuan yang dilakukan termasuk program -program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Semoga aku juga dapat membantu PCM dan PERUBATAN dalam meningkatkan kualiti tarbiyah, thaqafah, dll terutama bagi memanfaatkan pengalamanku berada dalam DPMM. insyaAllah, semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjalanan kita memartabat agamaNya. Ya Allah, thabatkan diri ini dalam jalan perjuangan menegakkan agamaMu.kurniakan kami syahid di jalanMu.Ameen ya rabbal'alamin..

Monday, May 7, 2012

Membudayakan Islam dalam kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, wassolaatu wassalam 'ala Rasulillah wa'ala aalihi wasohbihi ajmain.

Melihat reality masyarakat kita pada hari ini, terlalu banyak gejala dan kebiasaan yg perlu kita perbaiki agar segalanya selari dengan acuan Islam. Kita tidak boleh memisahkan Islam dari kehidupan. Islam adalah segala-galanya, Islam adalah cara hidup! Bukan hanya Islam ketika majlis akad nikah, majlis bacaan Yaa Sin dan tahlil, ketika kematian, tetapi ia meliputi segala sistem, setiap inci dalam kehidupan dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya.

Hari ini, masih terdapat saluran yang cuba memesongkan masyarakat kita dari mengikut cara hidup Islam sebenar..Tidak dinafikan, media massa kini memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat menonton, membaca, melihat apa yang dibentangkan dihadapannya. Jika kebaikanlah yang dibentangkan, maka baiklah masyarakat tersebut.Jika sebaliknya, maka rosaklah masyarakat dan boleh menyebabkan kehidupan mereka terseleweng dari landasan Islam sebenar. 

Hari ini, rakyat dan masyarakat kita di Malaysia masih buta dengan cara hidup Islam yang syumul dan tulen. Masakan tidak, mereka dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan, politik lucah dan porno, perkara-perkara  yang melalaikan, dan memperbodohkan minda masyarakat. Masyarakat didoktrin untuk takut dengan Islam, takut melaksanakan hukuman Islam, mengagung-agungkan hiburan, lagho, kelalaian yang merugikan!! Jika anda lakukan perkara tersebut kerana jahil, maka bertaubatlah dan kembalilah kepada Islam yang sempurna. Carilah hidayah dariNya agar kita bisa meniti hari dalam kehidupan dengan redha dan rahmat Allah SWT.

Saya tertarik dengan tajuk berita dalam akhbar berita harian hari ini iaitu:

7.4 juta tonton ABPBH di TV3 dan Astro 


Kepada wartawan, penerbit dan semua kakitangan yang terlibat menyebarkan berita ini... ingin saya persoalkan, apakah yang perlu dibanggakan dengan ramainya penonton yang menonton rancangan hiburan sebegini yang melalaikan di saluran televisyen anda? 
Ini bukanlah yang pertama.dan bukan hanya sekali..namun hari ini saya ingin merekodkan dalam tulisan di ruangan ini sebagai contoh dan bukti.Untuk membuka mata dan hati yang tersadur dengan karat, agar bisa mencetus fikir dan zikir! Hasbunallahu wani'mal wakeel..ni'mal maula wa ni'mannasiir.

masyaAllah..kadang kala lidah kelu untuk bersuara, dek kerana hati yang terlalu membara.
speechless!