Monday, May 7, 2012

Membudayakan Islam dalam kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, wassolaatu wassalam 'ala Rasulillah wa'ala aalihi wasohbihi ajmain.

Melihat reality masyarakat kita pada hari ini, terlalu banyak gejala dan kebiasaan yg perlu kita perbaiki agar segalanya selari dengan acuan Islam. Kita tidak boleh memisahkan Islam dari kehidupan. Islam adalah segala-galanya, Islam adalah cara hidup! Bukan hanya Islam ketika majlis akad nikah, majlis bacaan Yaa Sin dan tahlil, ketika kematian, tetapi ia meliputi segala sistem, setiap inci dalam kehidupan dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya.

Hari ini, masih terdapat saluran yang cuba memesongkan masyarakat kita dari mengikut cara hidup Islam sebenar..Tidak dinafikan, media massa kini memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat menonton, membaca, melihat apa yang dibentangkan dihadapannya. Jika kebaikanlah yang dibentangkan, maka baiklah masyarakat tersebut.Jika sebaliknya, maka rosaklah masyarakat dan boleh menyebabkan kehidupan mereka terseleweng dari landasan Islam sebenar. 

Hari ini, rakyat dan masyarakat kita di Malaysia masih buta dengan cara hidup Islam yang syumul dan tulen. Masakan tidak, mereka dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan, politik lucah dan porno, perkara-perkara  yang melalaikan, dan memperbodohkan minda masyarakat. Masyarakat didoktrin untuk takut dengan Islam, takut melaksanakan hukuman Islam, mengagung-agungkan hiburan, lagho, kelalaian yang merugikan!! Jika anda lakukan perkara tersebut kerana jahil, maka bertaubatlah dan kembalilah kepada Islam yang sempurna. Carilah hidayah dariNya agar kita bisa meniti hari dalam kehidupan dengan redha dan rahmat Allah SWT.

Saya tertarik dengan tajuk berita dalam akhbar berita harian hari ini iaitu:

7.4 juta tonton ABPBH di TV3 dan Astro 


Kepada wartawan, penerbit dan semua kakitangan yang terlibat menyebarkan berita ini... ingin saya persoalkan, apakah yang perlu dibanggakan dengan ramainya penonton yang menonton rancangan hiburan sebegini yang melalaikan di saluran televisyen anda? 
Ini bukanlah yang pertama.dan bukan hanya sekali..namun hari ini saya ingin merekodkan dalam tulisan di ruangan ini sebagai contoh dan bukti.Untuk membuka mata dan hati yang tersadur dengan karat, agar bisa mencetus fikir dan zikir! Hasbunallahu wani'mal wakeel..ni'mal maula wa ni'mannasiir.

masyaAllah..kadang kala lidah kelu untuk bersuara, dek kerana hati yang terlalu membara.
speechless!