Monday, November 22, 2010

sayangi PCM (edited)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

hari pengundian semakin hampir.bahang pilihanraya semakin terasa kehangatannya.dalam keghairahan berkempen, saya rasa terpanggil untuk melontarkan buah fikiran dalam menyelesaikan kebuntuan ini.saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan untuk melebihkan atau menjatuhkan mana-mana pihak. tetapi adalah atas penilaian saya selama berada dalam tampuk pemerintahan PCM sejak 2007.

kebanyakan ahli mungkin tidak memahami selok-belok pentadbiran PCM.kebanyakan mereka tidak tahu sejauh mana bebanan tugas yg dipikul oleh orang2 yang bekerja dalam persatuan selama ini.mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan,tidak minta dipuji dan tidak minta dipandang oleh mana-mana insan.

ISU KESATUAN

Alhamdulillah, bersyukur kerana kejadian yang berlaku kala ini membuka mata ramai pihak untuk memikirkan isu kesatuan.Saya yakin, mahasiswa/wi di Mansurah hari ini masih punya sensitiviti yang tinggi kearah penyatuan ummah.Ia adalah satu anjakan positif yang perlu didokongi oleh persatuan,tidak kira walau siapa sekalipun yang mentadbir dan memerintah.

sehingga ke hari ini, sudah 3 tahun PCM ditubuhkan.sepanjang pemerintahan tahun 2008, dimana tahun bermulanya lambakan pelajar di Mansurah,sebenarnya PCM sudah sedaya-upaya untuk membawa wadah kesatuan di antara semua pelajar tidak kira kos, latar belakang pendidikan,agensi, dll.sebenarnya, kesemua ideology yang dibawa oleh saudara Ashraf itu telah lama pihak pimpinan cuba untuk melaksanakannya. jika tidak percaya, silakan bertanya kepada semua pengerusi,timbalan pengerusi, penasihat,dll yang pernah berada dalam pimpinan PCM.

persoalannya,tahukah sahabat-sahabat sekalian mengapa PCM masih belum berjaya untuk menyatukan semua mereka berada dibawah satu lembayung pemerintahan PCM? hal kesatuan ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya masing-masing lebih mementingkan periuk nasi sendiri/jemaah/persatuan yang dibawa tanpa meletakkan kepentingan ummah dan Islam melebihi segala-galanya.

cubalah sahabat-sahabat sekalian fikirkan,bukan sedikit usaha PCM untuk menyatukan semua pelajar.tahun lepas, isu kesatuan telah dijadikan usul yang diperbincangkan dalam MTC.gerak kerja menjalankan usul tersebut juga telah dirancang&dilaksanakan sebahagiannya.sejak menjadi exco penerbitan dan penerangan,pihak pimpinan pernah mengadakan beberapa perjumpaan bersama orang-orang tertinggi agensi-agensi GMN,Medic Mesir,serta jemaah-jemaah seperti ISMA,Konsis,dll.semuanya kerana kami inginkan KESATUAN.namun, sekali lagi ingin saya persoalkan, mengapa kita masih belum mampu untuk bersatu?

Hakikatnya, isu kesatuan ini adalah isu yang perlu diambil berat oleh setiap individu.bukan semata-mata pengerusi dan barisan exconya.jika sekiranya tidak mendapat komitmen daripada semua pihak, masakan kesatuan itu bisa direalisasikan.

JANGAN BIARKAN ANGIN PERUBAHAN YANG BERTIUP MENGABURI PENDIRIAN KITA DALAM MENILAI

sahabat-sahabat.. jangan terkejut sekiranya saya mengandaikan saudara Ashraf juga tidak akan mampu untuk membawa semua yg berada di Mansurah ini untuk bersatu bersama-sama PCM.ingatlah! bahawa PERUBATAN dan PCM adalah persatuan yang didasari dengan Al-Quran, As-Sunnah,ijma' & qias.Sekiranya anda menolak apa yang dibawa oleh sumber-sumber tersebut, selagi itu PCM tidak akan berkompromi dengan anda.

saya bawakan satu situasi:
masalah musyrif--> dalam PCM ada pelajar yang tidak mahu menggunakan khidmat musyrif.sedangkan, Mesir berada dalam undang-undang darurat & banyak kes-kes yang berlaku melibatkan keselamatan pelajar Malaysia.dalam istilah feqahnya, penggunaan musyrif ini disebut sebagai 'sadduz-zarai' (mencegah sesuatu dengan menutup jalan-jalan yang membawa kepadanya).
bagaimana anda ingin menyatukan pelajar-pelajar yang menolak untuk menggunakan musyrif?sedangkan penggunaan musyrif itu adalah etika dalam unit JAKSI.

masalah musyrif saya bawakan sebagai salah satu contoh dari banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan diperingkat pimpinan.

MENGENDALIKAN SEBUAH PERSATUAN PERLUKAN ILMU&PENGALAMAN

sahabat-sahabat, saya menyeru kepada semua untuk memikirkan dengan selumat-lumatnya dalam memilih pimpinan.ingatlah! anda sedang mempertaruhkan sebuah persatuan, yang akan membawa impak yang besar kepada lebih daripada 1200 orang ahli.Untuk menjadi nakhoda yang mengemudi sebuah kapal yang mempunyai ahli yang ramai, perlu bermula dari peringkat bawahan.Kepimpinan memerlukan didikan,latihan dan skill dalam memimpin.Hal ini bagi memastikan ketahanan yang cukup utuh dari segala aspek mental, fizikal, rohani, jasmani,dll.Menjadi pengerusi bukanlah semata-mata mempengerusikan mesyuarat atau berada bersama-sama dengan orang atasan, malah lebih dari itu.ilmu, pengalaman dalam mentadbir,mahir dengan selok-belok& dasar persatuan, sangat-sangat diperlukan.

jadi sahabat-sahabat, fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya dalam membuat keputusan.realiti pemerintahan PCM tidak semudah mengeluarkan ideologi & buah fikiran.fahamilah pimpinan PCM mengapa kami melakukan begitu & begini.bukan semata-mata mengkritik tanpa membantu untuk memperbaiki persatuan.

" sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al-Hujurat:10)

wallahu'alam.

No comments: