Saturday, April 18, 2009

Salam Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam imtihan buat sahabat2 yang akan dan sedang menduduki peperiksaan akhir sesi pembelajaran tahun 08/09.Selamat menjalani peperiksaan dunia.semoga kita semua selamat dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini.insyaAllah..


Setiap kali menjelang musim peperiksaan, seringkali kita terfikir akan hakikat peperiksaan yang sedang kita hadapi.hakikatnya, peperiksaan ini adalah imtihan dan penilaian dunia, yang akan menentukan medan perjuangan kita di masa hadapan.tetapi, kita seringkali terlupa akan imtihan yang lebih besar dan akan menentukan nasib kita yang kekal abadi di akhirat.peperiksaan dunia sedang bermula, dan akan ada pengakhirannya.tetapi, peperiksaan akhirat sedang berlangsung bermula dari hari pertama buku amalan kita dicatat hingga terputusnya segala amalan,ketika kita menemui kematian.keputusannya? keputusannya hanya akan kita peroleh ketika berada di mahsyar Allah SWT.saat itu barulah kita mengetahui sama ada kita berjaya ataupun tidak.tentu sekali, kejayaan yang hakiki itu adalah dengan mendapat nikmat syurga yang abadi.


Firman Allah SWT:

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 89)


Bagaimanakah keadaan kita ketika mendapat keputusan di akhirat kelak?adakah kita akan mendapat buku amalan dengan tangan kanan atau sebaliknya?Bagi org yg mendapat kejayaan,akan diberikan catatan amalan dengan tangan kanannya.Hal ini telah pun diceritakan dalam firman Allah SWT, surah Al-Haqqah:


18. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tidak ada sesuatupun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah).

19. Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya,maka diapun berkata,”Ambillah, bacalah kitabku (ini).

20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.
21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai,
22. dalam syurga yang tinggi,

23. buah-buahannya dekat,

24. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu."


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mendapat kecelakaan, dengan mendapat buku amalannya dengan tangan kiri:


25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

28. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

29. Telah hilang kekuasaanku daripadaku."


Selamat berjuang buat sahabat2 dalam medan imtihan ini.Semoga terus diberi kesabaran dan ditetapkan hati untuk bermujahadah.akhir kalam, jagalah kesihatan rohani dan jasmani, luaran dan dalaman.Jangan dilupakan makanan rohani kerana kestabilan emosi juga penting untuk berada dalam medan perjuangan yang panjang. Semoga diberikan kestabilan emosi , kesihatan mental dan fizikal untuk menghadapi imtihan kali ini. Doakan kejayaan bersama.

~Salam Imtihan, Salam Juang, Salam Menang!~


Wallahu’alam.

No comments: