Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum w.b.t
Buat saudari2ku wanita Muslimah..adakah kalian bersetuju sekiranya dikatakan bahawa nasib dan jatuh bangunnya agama yang mulia ini berada ditanganmu?Jika Muslimah hari ini goyah, rapuh, lemah,bagaimana hendak tertegaknya Islam di atas
muka bumi ini..sedarlah bahawa kalianlah peneraju ummah..
Jika kita lihat, Islam memandang tinggi kedudukan wanita.Kedatangan Islam telah menghancurkan segala amalan2 dan budaya jahiliyah yang memandang rendah kedudukan wanita.Jika wanita pada zaman jahiliah blh dibunuh hidup2 dan dipercayai kehadiran wanita hanyalah sbg menambah beban keluarga, tetapi Islam telah menghancurkan kepercayaan itu.Jika kita mengambil pelajaran dari sifat2 wanita pada zaman jahiliyah, saya kira sangat wajar untuk kita sama2 muhasabah dan berfikir supaya Muslimah pada zaman kini tidak seperti wanita2 pd zaman jahiliyah.
Firman Allah SWT:
Wahai isteri2 Nabi!Kamu tidak seperti perempuan2 yang lain jika kamu bertaqwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang2 jahiliyah dahulu,dan laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab:32&33)
Justeru wahai saudariku..marilah kita sama2 mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT..segala yang telah disyariatkan dan ditetapkan dalam Islam adalah untuk kebaikan dan untuk memelihara dirimu yang begitu berharga. Percayalah, apa yang telah disyariatkan itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirimu.Allah SWT tidak zalim kepada hamba-hambaNya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.Kitalah yang menyebabkan diri kita bakal diazab di akhirat kelak..na’uzubillah..ingatlah, betapa berat siksaanNya ketika kita melanggar perintahNya.Ketika kepala merasakan azabnya ditarik, digantung dan dibakar dalam api yang melebihi kepanasan api dunia,ketika lidah ditarik, digunting dan ditarik kembali,ketika kaki yang dahulunya kita merasakan panas untuk memakai sarung kaki..tetapi ingatlah,tidak ada yang dapat membantu kita untuk keluar dari tempat pembalasan yang telah dijanjikanNya di akhirat kelak.
Dalam mendepani era globalisasi,era teknologi,ada yang berpendapat golongan2 yang berpegang kepada Islam yang sebenar adalah kolot dan ketinggalan zaman.Wahai sahabat, ketahuilah bahawa Islam datang dengan kemajuan,Islam membawa ketamadunan dan kemodenan.Yakinlah bahawa mengikut cara hidup Islam yang sebenar akan membawa kita menjadi lebih maju daripada golongan2 yang lain.Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat telah membuktikan bahawa Islam mampu menjadikan kita golongan yang paling hebat.Syaratnya, asal sahaja kita melaksanakan Islam dalam segenap inci kehidupan.Ingatlah, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.Berbanggalah dengan Islam yang kita anuti..
Firman Allah SWT:
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran: 85)
Dan janganlah kamu(merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman. (Ali Imran : 139)
No comments:
Post a Comment