"Dan sungguh,telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?" (Al-Qamar:17,22,32&40)
Wednesday, April 1, 2009
Malam Kerana Cinta 2009
Pada 14 Febuari 2009 yang lalu, Unit Pembangunan Insan PCM dengan kerjasama Unit Hisbah telah mengadakan program yang diberi nama Malam Kerana Cinta.Program ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 11 malam, dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Akhawat Sains Kesihatan Universiti Mansurah.
Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 14 Febuari merupakan perayaan Valentine Day yang telah mula diperkenalkan oleh masyarakat barat.Sambutan ini begitu terkenal di Eropah dan telah menular sehingga menjangkiti muda mudi di Malaysia, hatta di mana sahaja di seluruh dunia.Justeru, bertitik tolak dari kesedaran ini,Unit Pembangunan Insan PCM dan Unit Hisbah telah berkerjasama untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar agar tidak terpedaya dengan gejala tidak sihat ini yang secara tidak sedar boleh mengganggu aqidah kita sebagai umat Islam.
Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk kesedaran terhadap para pelajar khususnya muslimah agar tidak mudah terpedaya dengan hubungan cinta terlarang.Tambahan pula,program ini merupakan kesinambungan daripada program-program berbentuk tarbiyah yang telah mula dilaksanakan oleh PCM sesi 2007/2008 seperti Night of Sacred Love dan True Muslimah Campaign.Diharapkan, dengan adanya program sebegini, dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswi agar tidak mudah leka dan lalai dengan tuntutan dan gelojak jiwa remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi tanpa mengikut batasan syariat Islam yang sebanar, tetapi mengarahkan pencarian kasih sayang itu kepada mencari cinta Yang Maha Esa.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Persembahan Talk Show yang bertajuk “Couple dalam Islam?” yang dikendalikan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Saudari Syaidatul Syakila bt Aini (tahun 3 perubatan conventional) dan Saudari Siti Umairah bt Misnan(tahun 2 perubatan conventional).Selain itu, Forum yang bertajuk “ Di atas Sejadah Cinta” turut diadakan. Forum ini dikendalikan oleh Saudari Kausar bt Hassan (tahun 1 conventional) dan membariskan ahli panel yang berpengalaman iaitu Puan Noor Husna bt Noor Zainy(perubatan) berserta 2 orang ahli panel jemputan dari Kuliah DIrasat iaitu Ustazah Halimaton bt Mohd Ngalim dan Ustazah Wan Rohayu bt Abdul Razak.Program Malam Kerana Cinta ini juga turut dihangatkan lagi dengan persembahan pentomin dan slide show kelolaan Unit Hisbah PCM.
Selain program-program dan acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur,para hadirin turut dibekalkan dengan risalah-risalah menarik dari Unit Pembangunan Insan dan Unit Hisbah PCM 08/09 berkaitan Valentine Day.Hadirin juga dibekalkan dengan flyers dan bookmark berbentuk tazkirah dan kata-kata nasihat untuk peringatan.
Program Malam Kerana Cinta ini juga turut diserikan dengan ucapan dan nasihat dari wakil ibu, Puan Siti Hanizah.Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan sokongan padu terhadap program anjuran PCM ini yang disifatkan sangat bertepatan dan sesuai pada masa dan ketikanya.Beliau turut berkongsi pengalaman,di samping memberikan nasihat dan panduan berguna kepada para mahasiswi yang hadir agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar adat dan syariat Islam.
Di akhir program, Timbalan Pengerusi PCM 08/09 Saudari Wan Irhaam bt Wan Muhamad telah memberikan ucapan .Para hadirin disajikan dengan sedikit makanan ringan sebelum bersurai. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para adhoc yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.Semoga Perubatan Cawangan Mansurah berjaya merealisasikan visi dan misinya kearah mewujudkan biah solehah dalam masyarakat perubatan khususnya di Universiti Mansurah.
Wallahu’alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment