Tuesday, April 21, 2009

Buat saudariku..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t



Buat saudari2ku wanita Muslimah..ad
akah kalian bersetuju sekiranya dikatakan bahawa nasib dan jatuh bangunnya agama yang mulia ini berada ditanganmu?Jika Muslimah hari ini goyah, rapuh, lemah,bagaimana hendak tertegaknya Islam di atas
muka bumi ini..sedarlah bahawa kalianlah peneraju ummah..



Jika kita lihat, Islam memandang tinggi
kedudukan wanita.Kedatangan Islam telah menghancurkan segala amalan2 dan budaya jahiliyah yang memandang rendah kedudukan wanita.Jika wanita pada zaman jahiliah blh dibunuh hidup2 dan dipercayai kehadiran wanita hanyalah sbg menambah beban keluarga, tetapi Islam telah menghancurkan kepercayaan itu.Jika kita mengambil pelajaran dari sifat2 wanita pada zaman jahiliyah, saya kira sangat wajar untuk kita sama2 muhasabah dan berfikir supaya Muslimah pada zaman kini tidak seperti wanita2 pd zaman jahiliyah.

Firman Allah SWT:

Wahai isteri2 Nabi!Kamu tidak seperti perempuan2 yang lain jika kamu be
rtaqwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang2 jahiliya
h dahulu,dan laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab:32&33)


Justeru wahai saudariku..marilah kita sama2 mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT..segala yang telah disyariatkan dan ditetapkan dalam Islam adalah untuk kebaikan dan untuk memelihara dirimu yang
begitu berharga. Percayalah, apa yang telah disyariatkan itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirimu.Allah SWT tidak zalim kepada hamba-hambaNya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.Kitalah yang menyebabkan diri kita bakal diazab di akhirat kelak..na’uzubillah..ingatlah, betapa berat siksaanNya ketika kita melanggar perintahNya.Ketika kepala merasakan azabnya ditarik, digantung dan dibakar dalam api yang melebihi kepanasan api dunia,ketika lidah ditarik, digunting dan ditarik kembali,ketika kaki yang dahulunya kita merasakan panas untuk memakai sarung kaki..tetapi ingatlah,tidak ada yang dapat membantu kita untuk keluar dari tempat pembalasan yang telah dijanjikanNya di akhirat kelak.


Dalam mendepani era globalisasi,era teknologi,ada yang berpendapat golongan2 yang berpegang kepada Islam yang sebenar adalah kolot dan ketinggalan zaman.Wahai sahabat, ketahuilah bahawa Islam datang dengan kemajuan,Islam membawa ketamadunan dan kemoden
an.Yakinlah bahawa mengikut cara hidup Islam yang sebenar akan membawa kita menjadi lebih maju daripada golongan2 yang lain.Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat telah membuktikan bahawa Islam mampu menjadikan kita golongan yang paling hebat.Syaratnya, asal sahaja kita melaksanakan Islam dalam segenap inci kehidupan.Ingatlah, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.Berbanggalah dengan Islam yang kita anuti..


Firman Allah SWT:

Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak aka
n diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran: 85)


Dan janganlah kamu(merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman. (Ali Imran : 139)

Saturday, April 18, 2009

Salam Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam imtihan buat sahabat2 yang akan dan sedang menduduki peperiksaan akhir sesi pembelajaran tahun 08/09.Selamat menjalani peperiksaan dunia.semoga kita semua selamat dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini.insyaAllah..


Setiap kali menjelang musim peperiksaan, seringkali kita terfikir akan hakikat peperiksaan yang sedang kita hadapi.hakikatnya, peperiksaan ini adalah imtihan dan penilaian dunia, yang akan menentukan medan perjuangan kita di masa hadapan.tetapi, kita seringkali terlupa akan imtihan yang lebih besar dan akan menentukan nasib kita yang kekal abadi di akhirat.peperiksaan dunia sedang bermula, dan akan ada pengakhirannya.tetapi, peperiksaan akhirat sedang berlangsung bermula dari hari pertama buku amalan kita dicatat hingga terputusnya segala amalan,ketika kita menemui kematian.keputusannya? keputusannya hanya akan kita peroleh ketika berada di mahsyar Allah SWT.saat itu barulah kita mengetahui sama ada kita berjaya ataupun tidak.tentu sekali, kejayaan yang hakiki itu adalah dengan mendapat nikmat syurga yang abadi.


Firman Allah SWT:

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 89)


Bagaimanakah keadaan kita ketika mendapat keputusan di akhirat kelak?adakah kita akan mendapat buku amalan dengan tangan kanan atau sebaliknya?Bagi org yg mendapat kejayaan,akan diberikan catatan amalan dengan tangan kanannya.Hal ini telah pun diceritakan dalam firman Allah SWT, surah Al-Haqqah:


18. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tidak ada sesuatupun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah).

19. Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya,maka diapun berkata,”Ambillah, bacalah kitabku (ini).

20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.
21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai,
22. dalam syurga yang tinggi,

23. buah-buahannya dekat,

24. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu."


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mendapat kecelakaan, dengan mendapat buku amalannya dengan tangan kiri:


25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

28. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

29. Telah hilang kekuasaanku daripadaku."


Selamat berjuang buat sahabat2 dalam medan imtihan ini.Semoga terus diberi kesabaran dan ditetapkan hati untuk bermujahadah.akhir kalam, jagalah kesihatan rohani dan jasmani, luaran dan dalaman.Jangan dilupakan makanan rohani kerana kestabilan emosi juga penting untuk berada dalam medan perjuangan yang panjang. Semoga diberikan kestabilan emosi , kesihatan mental dan fizikal untuk menghadapi imtihan kali ini. Doakan kejayaan bersama.

~Salam Imtihan, Salam Juang, Salam Menang!~


Wallahu’alam.

Wednesday, April 1, 2009

PELABURAN YANG BIJAK


Dalam meniti kehidupan sebagai seorang Muslim, pernahkah kita terfikir..sama ada apa yang kita lakukan dalam hidup ini adalah perkara-perkara yang menguntungkan atau sebaliknya? Apakah keuntungan yang dimaksudkan?adakah keuntungan dengan melaburkan wang dalam skim-skim tertentu, saham dan sebagainya??Kehidupan dunia yang sementara, hanyalah menjanjikan keuntungan yang sementara dan tidak akan kekal.Harta, wang, pangkat, jawatan, dan lain-lain merupakan satu pelaburan yang tidak mendatangkan keuntungan bagi diri kita, malah itulah yang akan menjadi bebanan untuk kita tanggung di akhirat kelak,dan akan disoal di hadapan Allah SWT.


Firman Allah SWT:


“...dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al-Hadid: 20)


Jika demikian, maka apakah pelaburan yang mendatangkan keuntungan kepada kita di dunia dan di akhirat, dan tidak akan menjadikan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi?


Firman Allah SWT:


Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.(Az-Zumar:15)


“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi (Al-Faatir:29)


“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (As-Soff : 10 & 11)

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, telah jelaslah bahawa pelaburan yang membawa keuntungan kepada kita adalah dengan cara kita melaksanakan pelaburan untuk saham akhirat.Tidak kiralah apa sahaja perkara yang kita lakukan,sama ada menuntut ilmu perubatan,fardhu ‘ain,melibatkan diri dalam persatuan, bermain,dan sebagainya perlulah dilaksanakan untuk mendapat keredhaan dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT kerana di sana tentu ada ganjaran yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.

Bagi insan-insan yang mempunyai akal yang sihat, tentunya tidak mahu merugikan diri mereka sendiri. Justeru, gunakanlah kebijaksaan akal fikiran yang telah dianugerahkan olehNya untuk menilai, seterusnya membuat pilihan yang akan menentukan nasib kita di negeri yang abadi (akhirat).Tepuk dada, tanyalah iman.

“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams:8-10)

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya”. (Az-Zalzalah: 8&9)

Wallahu’alam.

Malam Kerana Cinta 2009



Pada 14 Febuari 2009 yang lalu, Unit Pembangunan Insan PCM dengan kerjasama Unit Hisbah telah mengadakan program yang diberi nama Malam Kerana Cinta.Program ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 11 malam, dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Akhawat Sains Kesihatan Universiti Mansurah.

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 14 Febuari merupakan perayaan Valentine Day yang telah mula diperkenalkan oleh masyarakat barat.Sambutan ini begitu terkenal di Eropah dan telah menular sehingga menjangkiti muda mudi di Malaysia, hatta di mana sahaja di seluruh dunia.Justeru, bertitik tolak dari kesedaran ini,Unit Pembangunan Insan PCM dan Unit Hisbah telah berkerjasama untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar agar tidak terpedaya dengan gejala tidak sihat ini yang secara tidak sedar boleh mengganggu aqidah kita sebagai umat Islam.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk kesedaran terhadap para pelajar khususnya muslimah agar tidak mudah terpedaya dengan hubungan cinta terlarang.Tambahan pula,program ini merupakan kesinambungan daripada program-program berbentuk tarbiyah yang telah mula dilaksanakan oleh PCM sesi 2007/2008 seperti Night of Sacred Love dan True Muslimah Campaign.Diharapkan, dengan adanya program sebegini, dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswi agar tidak mudah leka dan lalai dengan tuntutan dan gelojak jiwa remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi tanpa mengikut batasan syariat Islam yang sebanar, tetapi mengarahkan pencarian kasih sayang itu kepada mencari cinta Yang Maha Esa.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Persembahan Talk Show yang bertajuk “Couple dalam Islam?” yang dikendalikan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Saudari Syaidatul Syakila bt Aini (tahun 3 perubatan conventional) dan Saudari Siti Umairah bt Misnan(tahun 2 perubatan conventional).Selain itu, Forum yang bertajuk “ Di atas Sejadah Cinta” turut diadakan. Forum ini dikendalikan oleh Saudari Kausar bt Hassan (tahun 1 conventional) dan membariskan ahli panel yang berpengalaman iaitu Puan Noor Husna bt Noor Zainy(perubatan) berserta 2 orang ahli panel jemputan dari Kuliah DIrasat iaitu Ustazah Halimaton bt Mohd Ngalim dan Ustazah Wan Rohayu bt Abdul Razak.Program Malam Kerana Cinta ini juga turut dihangatkan lagi dengan persembahan pentomin dan slide show kelolaan Unit Hisbah PCM.

Selain program-program dan acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur,para hadirin turut dibekalkan dengan risalah-risalah menarik dari Unit Pembangunan Insan dan Unit Hisbah PCM 08/09 berkaitan Valentine Day.Hadirin juga dibekalkan dengan flyers dan bookmark berbentuk tazkirah dan kata-kata nasihat untuk peringatan.

Program Malam Kerana Cinta ini juga turut diserikan dengan ucapan dan nasihat dari wakil ibu, Puan Siti Hanizah.Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan sokongan padu terhadap program anjuran PCM ini yang disifatkan sangat bertepatan dan sesuai pada masa dan ketikanya.Beliau turut berkongsi pengalaman,di samping memberikan nasihat dan panduan berguna kepada para mahasiswi yang hadir agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar adat dan syariat Islam.

Di akhir program, Timbalan Pengerusi PCM 08/09 Saudari Wan Irhaam bt Wan Muhamad telah memberikan ucapan .Para hadirin disajikan dengan sedikit makanan ringan sebelum bersurai. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para adhoc yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.Semoga Perubatan Cawangan Mansurah berjaya merealisasikan visi dan misinya kearah mewujudkan biah solehah dalam masyarakat perubatan khususnya di Universiti Mansurah.

Wallahu’alam.