Wednesday, November 9, 2011

KESATUAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

sejak berada di bumi Mesir, banyak benda yang aku pelajari.tentang jemaah,kesatuan, dan lain-lain..semasa mula-mula berada disini, cukup bahagia bersama persatuan.cukup sayang dgn PCM..lama kelamaan,bberapa tahun kemudian, muncullah bbrp 'kumpulan' lain yg merunsingkan exco2 dan pendokong persatuan ini.sedikit demi sedikit kesatuan kami diuji.ada kumpulan yg tk berpuas hati dg PCM yg dikatakan terlalu 'islamic' & angelic..tk kurang juga yg menubuhkan usrah2 lain dan menambah kecelaruan ahli2 untuk memilih jemaah unt di'intima'..

persoalan saya, knp perlu ada persatuan lain sedangkan persatuan yg sedia ada telah menyediakan pelbagai medium yg diperlukan ahli.mungkin msa mula2 ditubuhkan,tarbiyah pcm masih kurang..namun disitulah kita berpijak pada realiti.hampir setiap sesi pcm membuat penambahbaikan sistem pentarbiyahan..semuanya kerana ingin mencari mekanisma terbaik untuk diberikan kpd ahli.pcm ditubuhkan atas kesedaran tersendiri ahli2nya yang ingin menyampaikan dakwah kpd setiap lapisan manusia tidak kira latar belakang keluarga, pendidikan, kewangan, dan sebagainya.apalah salahnya jika kita sama2 membantu dan menyokong usaha itu?

teringat kata-kata seorang pimpinan PMRAM.PMRAM adalah ibarat satu khilafah mahasiswa di Mesir.seandainya kita tidak mampu menjaga satu khilafah ini,bagaimana pula nak mendirikan khilafah Islam di Malaysia nanti?fikir2kanlah sahabat2..

memanglah, bukan mudah untuk membersihkan fikrah seseorang yg telah lama dididik dan diasuh dgn fikrah tertentu.jika fikrah yg dipegang adalah fikrah yg benar berlandaskan manhaj Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, alhmdulillah..tetapi jika bukan dari manhaj tersebut, tentunya mengambil satu masa yg lama unt dibersihkan kembali dan perlu melalui satu proses tarbiyah yg agak panjang..

saya melihat, PMRAM selaku persatuan mahasiswa Islam Malaysia yg plg lama berada di Mesir ini telah punya manhaj tarbiyah yg cukup.tinggal sahaja kesediaan ahli unt menerima tarbiyah tersebut.jika ingin buktinya, silakan sertai program2 anjuran PMRAM.bermula dari USMB, Hari Tautan Mahabbah, OASIS a.k.a KEJORA, Kollokium Ilmuan, Pembacaan Kuttub Sittah, dll lagi. tentunya dpt merasakan zouq keizzahan mahasiswa Islam didalamnya.

manhaj tarbiyahnya cukup jelas menghala kepada kesatuan dari segi fikrah dan amal.kerana manhaj AL-Quran & As-Sunnah itu satu,tentunya pada perkara2 dasar dan terasnya kita perlu bersatu walaupun dari segi furu' / cabangnya masing2 punya tafsiran berbeza.

sungguh, secara peribadinya sy cukup sayang dgn kesatuan ahli2 dalam PCM.andai kita bersatu, langkah yg kita hayun cukup padu dan jitu..sederap selangkah bersama-sama.masing2 dicorak dengan fikrah yang SATU.iaitu fikrah Rabbani bersumberkan manhaj yang SATU, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.tapi malangnya hakikat itu mungkin satu khayalan kerana kita tidak bisa meninggalkan 'kumpulan2 kecil' itu demi membantu satu persatuan induk yg didirikan atas kesedaran dakwah tersendiri di bumi anbiya' ini..sesuai dgn waqi' dan mad'u disini..

sy tidak setuju jika masih ada lg yg mengaitkan kami menuju kepada matlamat yg sama, tapi caranya berbeza-beza.ada yg naik bas,lori,kereta,kapal terbang, dll..apalah salahnya jika sama-sama naik kenderaan yg sama, mengharungi susah payah bersama, bersabar dgn kelemahan yg ada dan berusaha memperbaiki unt menuju kepada matlamat yg satu?adakah kejayaan Islam itu diukur bilamana salah satu kenderaan sampai dahulu, dan yg lain sampai kemudian?adakah kalian sanggup melihat saudara2 kita ketinggalan sedangkan kita sungguh selesa berada di depan?

kita lebih suka membiarkan 'kumpulan' ini bergerak cara begini..yg lain pula begitu..tanpa ada kesepakatan dalam setiap gerak kerja dakwah.akhirnya, kau kau, aku aku..Musuh Islam ketawa lagi!

Monday, July 4, 2011

Aqidah & Perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Dalam buku Aqidah & Perjuangan, sebuah buku yang memuatkan siri-siri ceramah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor menyatakan definisi Aqidah:

"Perkataan ‘aqada dalam bahasa Arab bererti mengikat. Aqidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang,pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dandengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin."

Kita sering mengeluh, mengapa gejala sosial semakin lama semakin parah.
Rompak... Samun... Rogol... Seks bebas... Sumbang mahram... Buang anak... Rasuah... Korupsi... bla... bla... bla...

Apa puncanya? Maka terdengarlah suara-suara yang menyalahkan pihak-pihak tertentu.
Ibu bapa... Guru... Pemimpin... Lelaki... Wanita... bla... bla... bla...

Namun, masalah tak juga selesai. Malah, semakin teruk. Kenapa ye?

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"

Sebenarnya, pusing punya pusing, masalah yang berlaku di dunia ni - baik masalah di peringkat individu, masyarakat, negara bahkan dunia - adalah kerana kehidupan mereka tidak terarah dan terpimpin.

Kerana itu dalam Islam, perkara paling asas yang wajib dipelajari oleh semua manusia adalah AQIDAH.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor telah megemukakan satu definisi yang cukup mudah kepada kita untuk menggambarkan betapaAQIDAH mampu mencorakkan SELURUH kehidupan manusia agar aman... agar damai... agar selamat... di dunia dan akhirat.

Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERARAH.
Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERPIMPIN.

Kehidupan disini merangkumi seluruh peringkat: individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia.

Diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita 'di ikat' dengan 'ikatan keyakinan'. Maka, 'ikatan' inilah yang akan mengawal diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita dari melayang tak tentu hala yang akhirnya mengakibatkan kebinasaan.

Hidup kita adalah keranaAQIDAH, perjuangan kita adalah perjuanganAQIDAH, dan pastikan mati kita juga adalah dalamAQIDAH.

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"


Supaya layang-layang itu jadi terarah dan terpimpin. Jika tidak, ia akan melayang dengan bebasnya tanpa tujuan, akhirnya tersadai sebagai sampah yang tak berguna...

.........................................................................................................................................................................

AQIDAH & PERJUANGAN

Aqidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan aqidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan aqidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

3 Unsur Utama Aqidah

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T
2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah
3. Tidak mencari hakim selain Allah

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

1. Supaya jelas matlamat perjuangan
Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya



2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً , وفي رواية : يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah

2 kisah dalam peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara ini lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a.w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

قَالَ الرَّسُوْلُ : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ

Maksudnya : Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

6. Supaya amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan

قَالَ الرَّسُوْلُ : لا دين لمن لاأمانة له

قَالَ الرَّسُوْلُ : يا أبا ذر إنك ضعيف وأنها أمانة وأنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من آخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها – رواه مسلم

Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan yang akan menimpa kecuali orang yang telah mengambilnya dengan hak dan menunaikan tanggungjawabnya

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين

Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين .

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan: “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan
Firman Allah S.W.T dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan

120 سورة االأنعام :

وذروا ظــهر الإثم وباطنه إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون

Maksudnya : Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi balasan disebabkan apa yang mereka telah kerjakan

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

Kongklusinya,
Menyedari tentang betapa pentingnya aqidah yang jelas dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini maka kita wajib memperteguh serta menyuburkannya dalam diri ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Thursday, June 30, 2011

Aqidah yg Benar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah agak lama saya meninggalkan bidang penulisan blog ini.tulisan2 yang lahir dari fikiran sendiri sgt kurang sy lontarkan lantaran kekangan yang hanya menjadi alasan.hakikatnya, kekuatan untuk terus menulis itu hanya datang dari Nya.semoga Dia terus memberi kekuatan kpd diri ini untuk mencoret sesuatu buat menyebar risalah Rasul junjungan.insyaAllah..

AQIDAH YANG BENAR

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Definisi Iman

Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah: membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Penjelasan Definisi Iman

“Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.

“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).

“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu bisa bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.


Sungguh, aqidah itu ditanam dan disemai bukanlah dlm keadaan hati yg lalai, sambil lewa dan acuh tak acuh.Aqidah itu perlu dipasakkan dengan sekukuhnya kerana ia akan tubuh menjadi sebatang pohon, berbuah dan memberi manfaat kpd makhluk yang lain.benih yang disemai itu pula perlulah dibaja, di belai dan dijaga sebaik mungkin agar pohon yang tumbuh itu benar-benar kukuh dan bercambah menghasilkan generasi-generasi baru hasil dari baka yg bermutu.

Aqidah yg benar itu sudah tentu bersumberkan kpd al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Aqidah ahli sunnah wal jama'ah adalah satu2 nya aqidah yg diterima disisi Allah SWT.lantas diri bertanya..benarkah diri ini sudah beriman dgn aqidah yg sebenarnya itu?Allah SWT jugalah yg menggerakkan hati, memberikan taufiq dan hidayah kpd hambaNya membimbing kita ke jalan yg lurus lg diredai.Dia jugalah yg mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya.Aqidah itu perlu dipelajari daripada ilmu yg benar bersumberkan manhaj al-Quran dan sunnah Nabi SAW.sebenarnya, perjalanan hidup ini sudah cantik diatur manhajnya berdasarkan kalam Allah SWT.keimanan dan keyakinan itu bukan hanya semata-mata diakui dengan hati.tetapi perlu dijelmakan dalam perbuatan dan ucapan.


As-syahid Sayyid Qutbb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran, ketika menjelaskan tntg keimanan kepada Rasul-rasul menyatakan bahawa:
"Ia bukan semata-mata keimanan yang pasif, melainkan dibarengi dengan tindakan yang positif dengan membela Rasul-rasul itu,menyinsingkan lengan baju untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Allah,dan membuktikan seluruh kehidupannya untuk menunaikan ajaran-ajaranNya.maka, diantara konsekuensi iman kepada agama Allah adalah bangkit membela apa yang diimaninya itu,menegakkannya di muka bumi, dan mewujudkannya di dalam kehidupan manusia.

Agama Allah bukan semata-mata pola kepercayaan (aqidah),dan bukan semata-mata syiar pengibadatan.akan tetapi, ia merupakan manhaj yang realiti bg kehidupan,dan sistem yang mengatur seluruh urusan kehidupan ini.Manhaj dan sistem yang harus dibela, didukung, dan diperjuangkan untuk merealisasikannya, dan harus dijaga setelah direalisasikan.Kalau tidak demikian,maka si mukmin tadi tidak menunaikan perjanjian"

TAKABUR, HASAD DAN MENCARI KEMEGAHAN MENGHALANG KEIMANAN

Prof Dr Hamka pula menyatakan dalam bukunya Tasauf Moden, menyatakan bahawa, supaya iman itu boleh subur dalam hati, hendaklah bersihkan hati dari sifat-sift takabur,hasad, dan mencari kemegahan.

takabur adalah sifat Firaun, yang tidak mahu menerima agama yang dibawa olrh Nabi Musa AS,sbb dipandangnya Musa itu hanya seorang anak yang masih muda yg bertahun-tahun lamanya menumpang di dalam rumahnya.Takabur itu pula yang menyebabkan ramai orang tidak mahu percaya kepada seruan nabi Nuh,tidak mengikut keercayaan agama tauhid, sebab dipandangnya Nabi Nuh itu ornag tidak terkenal dan dari kalangan orang biasa-biasa sahaja,pengikut-pengikutnya pun orang yang tiada harga.

Jika takabur menghalangi firaun, hasad mengahalangi Iblis percaya kepada Adam AS.Masakan orang yang dijadikan daripada tanah hendak melebihi makhlk yg dijadikan daipada api.Masakan makhluk yang baru dijadikan akan disembah oleh makhluk yang sekian lama menjadi penghulu malaikat lantaran tunduknya kepada Tuhan?maka hasad itu menghabiskan amalan sebagaimana api menghabiskan kayu yang kering.

Kemegahan, kegilaan kepada pangkat yang sednag dipikul itu pula yang menghalang Raja Heraclius akan beriman kepada Muhammad SAW.Dia sudah tahu kebenaran Islam,ttp lantaran takut pangkat dan penghormatannya akan jatuh di hadapan orang2 besar dan rakyatnya,mundur hatinya akan mempercayai Muhammad,padahal dia telah mendapat bukti yang cukup bahawa Muhammad itu benar nabi yang ditunggu-tunggu di akhir zaman.

Firaun, Iblis dan Heraclius itu bukanlah kekeurangan penyelidikan dan pengetahuan.Mereka tahu mana yang benar dan mana yang salah,ttp keingkaran itu sentiasa terbit kerana hawa nafsu.


wallahu'alam

sumber:
Tafsir fi zilalil Quran, Sayyid Qutb
Tasauf Moden, Prof Dr Hamka
Hadith 40 Imam An-Nawawi

Wednesday, March 16, 2011

kalam Ibnu Athoillah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

seorang sahabat menunjukkan kpd sy kata2 Imam Ibnu Athoillah dalam sebuah novel bertajuk Ketika Cinta Bertasbih.saya tertarik dgn kata2 beliau dalam novel tersebut dan menyalinnya untuk tatapan semua.semoga bermanfaat!

" tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati,atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!"

~rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu.sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

~rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana.Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah,kau tidak mungkin merana kerana rindu kepada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

kerana hatimu miskin cinta & rindu kepada Allah,jadi kau dijajah oleh cinta & rindu kepada yang lain.



Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan..Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.Hanya cinta kepada Allah yang tidak mengalami perpisahan.Jika kau mencintai seseorang ada 2 kemungkinan: diterima atau ditolak. Jika ditolak, pasti sakit rasanya.Namun, jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan.Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu.Tidak akan ada yang merampas Allah.Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah denganNya..Allah akan setia mencintaimu.Allah tidak akan berpisah darimu..kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan & menyembuhkan adalah cinta kepada Allah Azza Wajalla..

~Jika engkau ingin tahu kedudukanmu di sisi Allah,

maka lihatlah dulu kedudukan Allah di dalam hatimu~


wallahu'alam

Monday, March 7, 2011

Sayyidina Khabab b Al-Arats RA

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari bersama kita telusuri kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW unt dijadikan teladan.Betapa hebat ujian yang diberikan kepada generasi sahabat Nabi SAW demi mempertahankan iman.Andai kita diuji begini, mampukah untuk kita buktikan keteguhan iman?semoga kita bisa memiliki hati yang teguh dalam mempertahankan iman kepada Allah SWT terutama dalam zaman yang kian mencabar ini.

Sayyidina Khabab adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang rela mati untuk memperjuangkan keislamannya. Tubuhnya penuh dengan keberkahan karena telah mengalami berbagai ujian dan cobaan. Sayyidina Khabab adalah hamba sahaya milik seorang perempuan. Beliau orang kelima atau keenam yang memeluk islam ketika islam mulai berkembang.

Saat tuannya mengetahui ia sering mengunjungi Nabi saw, kepalanya diselar dengan besi panas yang merah menyala. Beliau pernah dipaksa mengenakan baju besi. Lalu, dibaringkan di atas pasir yang panas sehinggakulitnya mengelupas akibat terkena sinar matahari yang terik. Subhanallah, penderitaan yang dialami Khabab bukanlah hal yang ringan.

Ketika sayyidina Umar ra menjadi khalifah, beliau pernah bertanya kepada Khabab mengenai penderitaannya pada awal memeluk islam. Sebagai jawabannya, beliau memperlihatkan bekas-bekas luka di belakang badannya. Sayyidina Umar ra berkata, “Saya belum pernah melihat bagian belakang badan yang sedemikian rupa.” Bukan hanya itu, Khabab mengatakan bahwa dia pernah diseret di atas timbunan bara api sehingga lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan api tersebut.

Ketika islam telah menyebar di segala penjuru, beliau sering duduk manis sambil berkata, “Tampaknya Allah sedang memberi ganjaran atas segala penderitaan yang telah kami alami. Mungkin di akhirat nanti, tidak ada ganjaran yang akan kami terima.” Subhanallah… (aku tak bisa berkata-kata lagi kawan)

Beliau pernah bercerita,

“Suatu hari, Rasul saw menjadi imam dalam shalat kami. Beliau mengerjakan shalat dengan begitu panjang. Setelah kami bertanya tentang rakaat yang panjang itu, rasul menjawab,’ini adalah shalat yang penuh harapan dan ketakutan.

Saya telah megajukan tiga permohonan kepada Allah. Dua diantaranya dikabulkan, sedangkan satu permohonan sya tidak dikabulkan. Saya berdoa, ‘Ya Allah, janganlah umatku mati dalam keadaan lapar.’ Permohonan ini dikabulkan. ‘Ya allah, janganlah umatku dibinasakan oleh musuh’. Yang ini pun dikabulkannya. ‘Ya allah, janganlah terjadi perpecahan dan perselisihan diantara umatku’. Akan tetapi, permohonan saya yang terakhir ini tidak dikabulkan-Nya.”

Sayyidina khabab meninggal dunia pada usia 37 tahun. Beliau adalah sahabat yang pertama kali dikebumikan si Kufah. Pada suatu hari, sayyidina Ali ra melewati makamnya. Beliau berdoa, “Ya Allah, rahnatilah Khabab. Dengan semangatnya, dia telah memeluk islam. Dengan ikhlas, dia telah menghabiskan waktunya untuk berhijrah, berjihad dan mengelami segala penderitaan.”

Subhanallah kawan, apa yang telah kita lakukan untuk islam??

(Sumber: buku “Ketika Hati Berbisik Kenapa Aku Diuji”)

diambil dari:http://misskecil.wordpress.com/2010/05/13/pedihnya-kisah-sayyidina-khabab/

semoga Allah memberikan kita keteguhan iman seperti mana para Nabi dan Sahabat dalam mempertahankan keimanan kpd Allah SWT, walau dari sudut dan inci mana sekalipun kita diuji.ameen.

يا مقلب القلوب.. ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك وعلى طريق دعوتك


wallahu'alam..

Wednesday, March 2, 2011

Sa'ad bin Abi Waqqas

Malam telah larut, ketika seorang pemuda bernama Sa’ad bin Abi Waqqash terbangun dari tidurnya. Baru saja ia bermimpi yang sangat mencemaskan. Ia merasa terbenam dalam kegelapan, kerongkongannya terasa sesak, nafasnya terengah-engah, keringatnya bercucuran, keadaan sekelilingnya gelap-gulita. Dalam keadaan yang demikian dahsyat itu, tiba-tiba dia melihat seberkas cahaya dari langit yang terang-benderang. Maka dalam sekejap, berubahlah dunia yang gelap-gulita menjadi terang benderang dengan cahaya tadi. Cahaya itu menyinari seluruh rumah penjuru bumi. Bersaman dengan sinar yang cemerlang itu, Sa’ad bin Abi Waqqash melihat tiga orang lelaki, yang setelah diamati tidak lain adalah Ali bin Abi Thalib r.a., Abu Bakar bin Abi Quhafah dan Zaid bin Haritsh. Sejak ia bermimpi yang demikian itu, mata Sa'ad bin Abi Waqqash tidak mau terpejam lagi. Kini Sa’ad bin Abi Waqqash duduk merenung untuk memikirkan arti mimpi yang baginya sangat aneh. Sampai sinar matahari mulai meninggi, rahasia mimpi yang aneh tersebut masih belum terjawab. Hatinya kini bertanya-tanya, berita apakah gerangan yang hendak saya peroleh.

Seperti biasa, di waktu pagi, Sa’ad dan ibunya selalu makan bersama-sama. Dalam menghadapi hidangan pagi ini, Sa’ad lebih banyak berdiam diri. Sa’ad adalah seorang pemuda yang sangat patuh dan taat kepada ibunya. Namun, mimpi semalam dirahasiakannya, tidak diceritakan kepada ibu yang sangat dicintai dan dihormatinya. Sedemikian dalam sayangnya Sa’ad pada ibunya, sehingga seolah-olah cinta Sa’ad hanya untuk ibunya yang telah memelihara dirinya sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kelembutan dan berbagai pengorbanan. Pekerjan Sa’ad adalah membuat tombak dan lembing yang diruncingkan untuk dijual kepada pemuda-pemuda Makkah yang senang berburu, meskipun ibunya terkadang melarangnya melakukan usaha ini. Ibu Sa’ad yang bernama Hamnah binti Suyan bin Abu Umayyah adalah seorang wanita hartawan keturunan bangsawan Quraisy, yang memiliki wajah cantik dan anggun. Disamping itu, Hamnah juga seorang wanita yang terkenal cerdik dan memiliki pandangan yang jauh. Hamnah sangat setia kepada agama nenek moyangnya, yaitu penyembah berhala.

Pada suatu hari tabir mimpi Sa'ad mulai terbuka, ketika Abu Bakar mendatangi Sa'ad di tempat pekerjaannya dengan membawa berita dari langit tentang diutusnya Muhammad Saw, sebagai Rasul Allah. Ketika Sa’ad bertanya, siapakah orang-orang yang telah beriman kepada Muhammad Saw, dijawab oleh Abu Bakar : dirinya sendiri, Ali bin Abi Thalib r.a., dan Zaid bin Haritsh. Muhammad Saw, mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa, Pencipta langit dan bumi. Seruan ini telah mengetuk pintu hati Sa’ad untuk menemui Rasul Allah Saw, untuk mengucapkan dua kalimat syahadat. Kalbu Sa'ad telah disinari cahaya iman, meskipun usianya waktu itu baru menginjak tujuh belas tahun. Sa’ad termasuk dalam deretan lelaki pertama yang memeluk Islam selain Ali bin Abi Thalib r.a., Abu Bakar r.a. dan Zaid bin Haritsh. Cahaya agama Allah yang memancar ke dalam kalbu Sa’ad, sudah demikian kuat, meskipun ia mengalami ujian yang tidak ringan dalam memeluk agama Allah ini. Diantara ujian yang dirasa paling berat adalah, karena ibunya yang paling dikasihi dan disayanginya itu tidak rela ketika mengetahui Sa’ad memeluk Islam. Sejak memeluk Islam, Sa'ad telah melaksanakan shalat dengan sembunyi-sembunyi di kamarnya. Sampai pada suatu saat, ketika ia sedang bersujud kepada Allah, secara tidak sengaja, ibu yang belum mendapat hidayah dari Allah ini melihatnya. Dengan nada sedikit marah, Hamnah bertanya : "Sa'ad, apakah yang sedang kau lakukan ?" Rupanya Sa’ad sedang berdialog dengan Tuhannya; ia tampak tenang dan khusyu' sekali. Setelah selesai menunaikan Shalat, ia berbalik menghadap ibunya seraya berkata lembut. "Ibuku sayang, anakmu tadi bersujud kepada Allah Yang Esa, Pencipta langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Mendengar jawaban anaknya, sang ibu mulai naik darah dan berkata : "Rupanya engkau telah meninggalkan agama nenek moyang kita, Tuhan Lata, Manata dan Uzza. Ibu tidak rela wahai anakku. Tinggalkanlah agama itu dan kembalilah kepada agama nenek moyang kita yang telah sekian lama kita anut". "Wahai ibu, aku tidak dapat lagi menyekutukan Allah, Dia-lah Dzat Yang Tunggal, tiada yang setara dengan Dia, dan Muhammad adalah utusan Allah untuk seluruh umat manusia," jawab Sa'ad.

Kemarahan ibunya semakin menjadi-jadi, karena Sa’ad tetap bersikkap keras dengan keyakinannya yang baru ini. Oleh karena itu, Hamnah berjanji tak akan makan dan minum sampai Sa’ad kembali taat memeluk agamanya semula. Sehari telah berlalu, ibu ini tetap tidak mau makan dan minum. Hati Sa’ad merintih melihat ibunya, tetapi keyakinanya terlalu mahal untuk dikorbankan. Sa'ad datang membujuk ibunya dengan mengajaknya makan dan minum bersama, tapi ibunya menolak dengan harapan agar Sa’ad kembali kepada agama nenek moyangnya. Kini Sa’ad makan sendirian tanpa ditemani ibunya. Hari keduapun telah berlalu, ibunya tampak letih, wajahnya pucat-pasi dan matanya cekung, ia kelihatan lemah sekali. Tidak ada sedikitpun makanan dan minuman yang dijamahnya. Sa’ad sebagai seorang anak yang mencintai ibunya bertambah sedih dan terharu sekali melihat keadaan Hamnah yang demikian. Malam berikutnya, Sa’ad kembali membujuk ibunya,agar mau makan dan minum. Namun ibunya adalah seorang wanita yang berpendirian keras, ia tetap menolak ajakan Sa’ad untuk makan, bahkan ia kembali merayu Sa’ad agar menuruti perintahnya semula. Tetapi Sa’ad tetap pada pendiriannya, ia tak hendak menjual agama dan keimanannya kepada Allah dengan sesuatupun, sekalipun dengan nyawa ibu yang dicintainya. Imannya telah membara, cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah sedemikian dalam. Di depan matanya ia menyaksikan keadaan ibunya yang meluluhkan hatinya, namun dari lidahnya keluar kata-kata pasti yang membingungkan lbunya; Demi Allah, ketahuilah wahai ibunda sayang, seandainya ibunda memiliki seratus nyawa lalu ia keluar satu persatu, tidaklah nanda akan meninggalkan agama ini walau ditebus dengan apa pun juga. Maka sekarang, terserah kepada ibunda, apakah ibunda akan makan atau tidak". Kata kepastian yang diucapkan anaknya dengan tegas membuat ibu Sa’ad bin Abi Waqqash tertegun sesaat. Akhirnya ia mulai mengerti dan sadar, bahwa anaknya telah memegang teguh keyakinannya. Untuk menghormati ibunya, Sa’ad kembali mengajaknya untuk makan dengannya, karena ibu ini telah merasakan kelaparan yang amat sangat dan ia telah memaklumi pula bahwa anak yang dicintainya tidak akan mundur setapakpun dari agama yang dianutnya, maka ibu Sa’ad mundur dari pendiriannya dan memenuhi ajakan anaknya untuk makan bersama. Alangkah gembiranya hati Sa’ad bin Abi Waqqash. Ujian iman ternyata dapat diatasinya dengan ketabahan dan memohon pertolongan Allah.

Keesokan paginya, Sa’ad pergi menuju ke rumah Nabi Saw. Sewaktu ia berada di tengah majlis Nabi Saw, turunlah firman Allah yang menyokong pendirian Sa’ad bin Abi Wadqash: “Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapaknya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu-bapakmu; hanya kepada-Ku-lah tempat kamu kembali. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu turuti keduanya, dan bergaullah dengan keduanya didunia dengan baik dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. Maka Kuberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Q.S. Luqman: 14-15)

Demikianlah, keimanan Sa’ad bin Abi Waqqash kepada Allah dan Rasul-Nya telah mendapat keridhaan Ilahi. Al-Qur’an telah mengabadikan peristiwa itu menjadi pedoman buat kaum Muslimin. Terkadang Sa’ad mencucurkan air matanya apabila ia sedang berada di dekat Nabi Saw. Ia adalah seorang sahabat Rasul Allah Saw, yang diterima amal ibadahnya dan diberi nikmat dengan doa Rasul Allah Saw, agar doanya kepada Allah dikabulkan. Apabila Sa'ad bermohon diberi kemenangan oleh Allah pastilah Allah akan mengabulkan doanya.

Pada suatu hari, ketika Rasul Allah Saw, sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke langit seolah mendengar bisikan malaikat. Kemudian Rasul kembali menatap kepada sahabatnya dengan berkata : "Sekarang akan ada di hadapan kalian seorang laki-laki dari penduduk surga". Mendengar ucapan Rasul Allah Saw, para sahabat menengok ke kanan dan ke kiri pada setiap arah, untuk melihat siapakah gerangan lelaki berbahagia yang menjadi penduduk surga. Tidak lama berselang datanglah laki-laki yang ditunggu itu, dialah Sa’ad bin Abi Waqqash. Disamping terkenal sebagai anak yang berbakti kepada orang tua, Sa’ad bin Abi Waqash juga terkenal karena keberaniannya dalam peperangan membela agama Allah. Ada dua hal penting yang dikenal orang tentang kesatriaannya.

1)Sa’ad adalah orang yang pertama melepaskan anak panah dalam membela agama Allah dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah.

2) Sa’ad adalah satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasul Saw dengan jaminan kedua orang tua Nabi Saw. Bersabda Nabi Saw, dalam perang Uhud :”Panahlah hai Sa’ad ! Ayah-Ibuku menjadi jaminan bagimu”.

Sa’ad bin Abi Waqqash, hampir selalu menyertai Nabi Saw dalam setiap pertempuran. Sejarah mencatat, hari-hari terakhir Panglima Sa’ad bin Abi Waqqash ialah ketika ia memasuki usia delapan puluh tahun. Dalam keadaan sakit Sa’ad bin Abi Waqqash berpesan kepada para sahabatnya, agar ia dikafani dengan Jubah yang digunakannya dalam perang Badr, sebagai perang kemenangan pertama untuk kaum muslimin. Pahlawan perkasa ini telah menghembuskan nafas yang terakhir dengan meningalkan kenangan indah dan nama yang harum. Ia dimakamkan di pemakaman Baqi’, makamnya para Syuhada. (BQ)


sumber: naqshbandiyun.blogspot.com/.../kisah-sahabat-nabi-saad-bin-abi-waqqash.html