Wednesday, April 1, 2009

PELABURAN YANG BIJAK


Dalam meniti kehidupan sebagai seorang Muslim, pernahkah kita terfikir..sama ada apa yang kita lakukan dalam hidup ini adalah perkara-perkara yang menguntungkan atau sebaliknya? Apakah keuntungan yang dimaksudkan?adakah keuntungan dengan melaburkan wang dalam skim-skim tertentu, saham dan sebagainya??Kehidupan dunia yang sementara, hanyalah menjanjikan keuntungan yang sementara dan tidak akan kekal.Harta, wang, pangkat, jawatan, dan lain-lain merupakan satu pelaburan yang tidak mendatangkan keuntungan bagi diri kita, malah itulah yang akan menjadi bebanan untuk kita tanggung di akhirat kelak,dan akan disoal di hadapan Allah SWT.


Firman Allah SWT:


“...dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al-Hadid: 20)


Jika demikian, maka apakah pelaburan yang mendatangkan keuntungan kepada kita di dunia dan di akhirat, dan tidak akan menjadikan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi?


Firman Allah SWT:


Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.(Az-Zumar:15)


“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi” (Al-Faatir:29)


“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (As-Soff : 10 & 11)

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, telah jelaslah bahawa pelaburan yang membawa keuntungan kepada kita adalah dengan cara kita melaksanakan pelaburan untuk saham akhirat.Tidak kiralah apa sahaja perkara yang kita lakukan,sama ada menuntut ilmu perubatan,fardhu ‘ain,melibatkan diri dalam persatuan, bermain,dan sebagainya perlulah dilaksanakan untuk mendapat keredhaan dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT kerana di sana tentu ada ganjaran yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.

Bagi insan-insan yang mempunyai akal yang sihat, tentunya tidak mahu merugikan diri mereka sendiri. Justeru, gunakanlah kebijaksaan akal fikiran yang telah dianugerahkan olehNya untuk menilai, seterusnya membuat pilihan yang akan menentukan nasib kita di negeri yang abadi (akhirat).Tepuk dada, tanyalah iman.

“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams:8-10)

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya”. (Az-Zalzalah: 8&9)

Wallahu’alam.

Malam Kerana Cinta 2009



Pada 14 Febuari 2009 yang lalu, Unit Pembangunan Insan PCM dengan kerjasama Unit Hisbah telah mengadakan program yang diberi nama Malam Kerana Cinta.Program ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 11 malam, dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Akhawat Sains Kesihatan Universiti Mansurah.

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 14 Febuari merupakan perayaan Valentine Day yang telah mula diperkenalkan oleh masyarakat barat.Sambutan ini begitu terkenal di Eropah dan telah menular sehingga menjangkiti muda mudi di Malaysia, hatta di mana sahaja di seluruh dunia.Justeru, bertitik tolak dari kesedaran ini,Unit Pembangunan Insan PCM dan Unit Hisbah telah berkerjasama untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar agar tidak terpedaya dengan gejala tidak sihat ini yang secara tidak sedar boleh mengganggu aqidah kita sebagai umat Islam.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk kesedaran terhadap para pelajar khususnya muslimah agar tidak mudah terpedaya dengan hubungan cinta terlarang.Tambahan pula,program ini merupakan kesinambungan daripada program-program berbentuk tarbiyah yang telah mula dilaksanakan oleh PCM sesi 2007/2008 seperti Night of Sacred Love dan True Muslimah Campaign.Diharapkan, dengan adanya program sebegini, dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswi agar tidak mudah leka dan lalai dengan tuntutan dan gelojak jiwa remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi tanpa mengikut batasan syariat Islam yang sebanar, tetapi mengarahkan pencarian kasih sayang itu kepada mencari cinta Yang Maha Esa.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Persembahan Talk Show yang bertajuk “Couple dalam Islam?” yang dikendalikan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Saudari Syaidatul Syakila bt Aini (tahun 3 perubatan conventional) dan Saudari Siti Umairah bt Misnan(tahun 2 perubatan conventional).Selain itu, Forum yang bertajuk “ Di atas Sejadah Cinta” turut diadakan. Forum ini dikendalikan oleh Saudari Kausar bt Hassan (tahun 1 conventional) dan membariskan ahli panel yang berpengalaman iaitu Puan Noor Husna bt Noor Zainy(perubatan) berserta 2 orang ahli panel jemputan dari Kuliah DIrasat iaitu Ustazah Halimaton bt Mohd Ngalim dan Ustazah Wan Rohayu bt Abdul Razak.Program Malam Kerana Cinta ini juga turut dihangatkan lagi dengan persembahan pentomin dan slide show kelolaan Unit Hisbah PCM.

Selain program-program dan acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur,para hadirin turut dibekalkan dengan risalah-risalah menarik dari Unit Pembangunan Insan dan Unit Hisbah PCM 08/09 berkaitan Valentine Day.Hadirin juga dibekalkan dengan flyers dan bookmark berbentuk tazkirah dan kata-kata nasihat untuk peringatan.

Program Malam Kerana Cinta ini juga turut diserikan dengan ucapan dan nasihat dari wakil ibu, Puan Siti Hanizah.Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan sokongan padu terhadap program anjuran PCM ini yang disifatkan sangat bertepatan dan sesuai pada masa dan ketikanya.Beliau turut berkongsi pengalaman,di samping memberikan nasihat dan panduan berguna kepada para mahasiswi yang hadir agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar adat dan syariat Islam.

Di akhir program, Timbalan Pengerusi PCM 08/09 Saudari Wan Irhaam bt Wan Muhamad telah memberikan ucapan .Para hadirin disajikan dengan sedikit makanan ringan sebelum bersurai. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para adhoc yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.Semoga Perubatan Cawangan Mansurah berjaya merealisasikan visi dan misinya kearah mewujudkan biah solehah dalam masyarakat perubatan khususnya di Universiti Mansurah.

Wallahu’alam.

Wednesday, March 18, 2009

At-Taqwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. syukur kehadratNya atas limpahan dan curahan nikmat, rahmat dan kasih sayangNya yg masih mengizinkan kita unt berada di atas muka bumi ini unt terus menikmati dan mensyukuri nikmat2Nya yg tidak terkira..


Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yg paling bertaqwa"
(Al-Hujurat: 13)

"Wahai org2 yg beriman!Bertaqwalah kepada Allah dgn sebenar-benar taqwa kpdNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim."
(Ali Imran: 102)

"Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.Dan bertaqwalah kpdKu wahai orang2 yg mempunyai akal sihat!"
(Al-Baqarah: 197)

ayat2 di atas merupakan sebahagian kecil dari petikan kalam Allah berkaitan Taqwa. taqwa memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan kita sbg hambaNya.oleh itu, tidak hairanlah Allah SWT kerap kali mengulang-ulang ungkapan tersebut agar kita mengambil berat akan persoalan TAQWA.

memetik dari sebuah buku bertajuk " Hakikat Takwa" karangan ulama' terkemuka, Prof Dr Mohamad Al-Zuhaili yg diterjemahkan oleh Ust Ahmad Fauwaz b Hj Fadzil Noor,telah membahaskan dgn lengkap tentang hakikat taqwa berdasarkan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
Antara perbahasan tentang taqwa dalam buku kecil ini ialah :
  • Takrif Taqwa dan hakikatnya
  • Aspek2 taqwa dan anasir-anasirnya
  • kedudukan taqwa dan hukumnya
  • faedah-faedah taqwa dan kesan-kesannya
  • pesanan dan wasiat supaya bertaqwa

berdasarkan buku tersebut, antara faedah2 daripada taqwa yg terdapat dlm al-Quran ialah:
  1. Kemuliaan di sisi Allah SWT
  2. Mendapat pertolongan drpd Allah SWT
  3. Mendapat hikmah dan ilmu ladunni drpd Allah SWT
  4. Dihapuskan dosa dan dilipatkan ganjaran pahala
  5. Mendapat kemudahan dalam urusan
  6. Dapat keluar drpd kesusahan dan ujian
  7. Mendapat rezki yg luas dgn penuh keamanan dan kelapangan
  8. Mendapat kejayaan yg diinginkan
  9. Keselamatan drpd azab dn hukuman di akhirat
  10. mendapat taufiq dan perlindungan drpd Allah SWT
  11. mendapat pengiktirafan kejujuran
  12. mendapat kemuliaan dan sifat lebih mulia di sisi Allah SWT
  13. Allah cinta kpd org2 yg bertaqwa
  14. mendapat kejayaan
  15. memperoleh kesampaian dan kedudukan yg dekat dgn Allah
  16. Memperoleh balasan pahala drpd Allah hasil drpd ujian
  17. Allah menerima sedekah drpd org2 yg bertaqwa
  18. kebersihan dan kesucian itu adalah pada taqwa
  19. kesempurnaan 'Ubudiah kpd Allah
  20. berita gembira kpd org2 yg bertaqwa dgn syurga dan air-air syurga
  21. aman drpd bala dan kesengsaraan
  22. mendapat kemuliaan dan ketinggian mengatasi makhluk
  23. dihilangkan kesedihan dan ketakutan terhadap ancaman
  24. dekat kedudukan dan dapat melihat Allah di syurga
  25. org2 bertaqwa adalah wali2 Allah
  26. taqwa adalah permulaan hidayah
  27. kekal di dalam syurga.. dan lain2 lagi..

berdasarkan faedah yg telah dinyatakan di atas, TAQWA mempunyai kedudukan yg sgt penting dlm kehidupan kita. ia merupakan cita2 yg diinginkan oleh golongan islah, dituju oleh para da'ie, dicari oleh golongan yg jujur, dan diiltizam oleh golongan muqarrabun.


oleh yg demikian, marilah sama2 kita memburu taqwa kpd Allah SWT..


Daripada Abiu Said al-Khudri bahawa seorang lelaki datang kpdnya lalu berkata : "Berikan nasihat kepadaku". Lalu Abu Said menjawab:
"Engkau telah meminta sesuatu yg telah aku minta drpd Rasulullah SAW sebelum kamu lagi. Dengan itu aku berwasiat kpd engkau agar bertaqwa kpd Allah.Sesungguhnya ia adalah asas bagi setiap perkara.Hendaklah kamu berjihad krn ia adalah rahbaniyah di dalam Islam dan hendaklah kamu berzikir mengingati Allah dan membaca Al-Quran krn ia adalah ruh kamu di langit dan zikir kamu di bumi". (riwayat Imam Ahmad)


~"Ya Allah, kurniakanlah kami hidayah,ketaqwaan, kesucian dan kekayaan"~

rujukan: Hakikat Takwa oleh Prof Dr Mohamad Al-Zuhaili
terjemahan oleh: Ust Ahmad Fauwaz Hj Fadzil Noor

Sunday, March 1, 2009

Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab

1.KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI ?

ALLAH MENJAWAB :

“APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA DIBIARKAN SAJA MENGATAKAN ;

“KAMI TELAH BERIMAN,” SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI ? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.”

(SURAH AL ANKABUT AYAT 2-3)


2.KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH MENJAWAB :

“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA.”

(SURAH AL BAQARAH AYAT 286)



3.KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

ALLAH MENJAWAB :

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI”

(SURAH AL BAQARAH AYAT 216)



4.KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST ?

ALLAH MENJAWAB :

“ JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH DAN JANGANLAH PULA KAMU BERSEDIH HATI, PADAHAL KAMULAH ORANG-ORANG YANG PALING TINGGI DARJATNYA. JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN.”

(SURAH AL IMRAN AYAT 139)



5.KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

ALLAH MENJAWAB :

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN ! BERSABARLAH KAMU (MENGHADAPI SEGALA KESUKARAN DALAM MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN), DAN KUATKANLAH KESABARAN KAMU LEBIH DARIPADA KESABARAN MUSUH, (DI MEDAN PEPERANGAN), DAN BERSEDIALAH (DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN DI DAERAH-DAERAH SEMPADAN) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA (MENCAPAI KEMENANGAN).”


6.KITA BERTANYA :
SIAPAKAH ORANG YANG BERIMAN ?

ALLAH MENJAWAB :

“SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN HANYALAH ORANG-ORANG YANG PERCAYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, KEMUDIAN MEREKA (TERUS PERCAYA DENGAN) TIDAK RAGU-RAGU LAGI, SERTA MEREKA BERJUANG DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA PADA JALAN ALLAH; MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (PENGAKUAN IMANNYA).”

(SURAH AL HUJURAAT AYAT 15.)

Thursday, January 29, 2009

Jagalah Allah, Allah Menjagamu..

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dalam sebuah hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ahmad,disebutkan bhwa Ibnu Abbas r.a berkata:

"Aku dibonceng Rasulullah SAW (di atas unta),lalu baginda berkata: "Wahai anak,sesungguhnya aku akan mengajarkanmu bbrp kalimat, jagalah Allah,nescaya dia akan menjagamu,jagalah Allah nescaya kamu mendapatiNya di hadapanmu (dengan pertolonganNya),jika kamu meminta,mintalah kepadaNya dan jika kamu memohon pertolongan,mohonlah kepadaNya. Ingatlah bahawa seluruh manusia sedang membantu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaat,nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali terhadap apa yg telah ditetapkan Allah untukmu,dan seandainya mereka bersepakat untuk menimpakan bahaya atasmu,nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali pada apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu.Pena telah diangkat dan lembaran catatan telah kering.

Dalam musnadnya,Imam Ahmad menambah:
"Dan sesungguhnya pertolongan ada bersama kesabaran,jalan keluar ada bersama kesukaran dan bersama kesukaran ada kemudahan".




Marilah sama2 kita muhasabah dan menghitung diri..adakah kita telah menjaga Allah?adakah kita telah melaksanakan segala perintah, meninggalkan segala larangan,dan telah memelihara hakNya lebih dari segala-galanya?lihatlah kedalam diri..hitung dan hisablah..adakah kita telah menjaga Allah dalam ucapan, pendengaran, penglihatan,fikiran,makanan dan hati kita?

Saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yg bertajuk: "Jagalah Allah, Allah Menjagamu" karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.Dalam buku tersebut, telah dikupas dengan mendalam tentang bagaimana untuk mendapat cinta Allah,ciri2 dan tabiat insan berjaya,kisah2 wali Allah, dan pelbagai lagi perbincangan dan kupasan yang blh membawa kita menuju dan kembali kpd Allah.Tentunya menjadi insan yang terbaik disisi Allah, sentiasa dekat denganNya, dan mempunyai martabat yang tiggi disisiNya menjadi idaman para mu'minin dan mu'minah yang soleh/solehah.Justeru, marilah sama2 kita muhasabah dan meningkatkan kualiti diri agar menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa dan selalu hampir dgnNya.

Bercerita tentang wali Allah, tentunya melahirkan rasa kagum dan teruja terhadap kelebihan2 yang dikurniakan Allah kpd insan2 tersebut.betapa bertuahnya menjadi manusia yang terpilih untuk berada dekat denganNya.orang yang sentiasa mengingati Allah,dan Allah tidak pernah lupa kepadanya.di akhirat kelak, tentunya mendapat ganjaran yang istimewa..

Saya pasti kalian telah mendengar kisah2 para auliya' Allah spt Malik bin Dinar, Ibrahim bin Adham,Sheikh Abdul Kadir Jailani, Rabiatul Adawiyah,dll.Mereka inilah antara insan2 yang Allah beri karamah,kemuliaan, dan maqam yang tinggi disisiNya.Marilah sama2 kita berusaha untuk menjadi insan2 yang dekat denganNya.Semoga cinta Allah sentiasa bertakhta di hati melebihi segala-galanya.insyaAllah,kelak akan hadir cinta dari insan2 yang cintakan Allah untukmu..agar bertambah kekuatan untuk kita lebih mencintaiNya.Tidak rugi untuk menjadi golongan yang cintakan Allah,dan Allah kasih padanya..bahkan, itulah nikmat yg sangat manis, buah dari benih keimanan yang tulus ikhlas kepadaNya.

"YA ALLAH,KURNIAKANLAH KAMI CINTAMU, DAN CINTA ORANG2 YANG MENCINTAIMU,DAN (CINTAKAN) SEGALA AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMI KEPADA CINTAMU" ameen ya Rabbal 'alamiin..

rujukan: buku Jagalah Allah,Allah menjagamu (Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)


Wednesday, December 24, 2008

Pengajaran untuk hari ini…

Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah lumrah,setiap kali bentuk2 ujian baru yang datang, akan mengambil masa yang agak panjang untuk diri ini berfikir dan meneliti kearah penyelesaiannya.bak kata seorang sahabat: ‘recovery state’..semakin usia menginjak dewasa, cubaan dan dugaan berubah corak dan tingkatannya.Kebiasaannya, jika diri ini diuji dgn ujian yg biasa dilalui, insyaAllah, ‘recovery state’ tidak begitu lama. Kerana memory2 dalam otak ini akan berkerja dan berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Apa yang ingin sy kongsi bersama tentang ujian dan cabaran kali ini ialah:


1) perlunya berfikir secara rasional dan tidak emosional.terutama bg golongan hawa yang memang terkenal dgn sifat emosional.di sinilah letaknya keperluan untuk menilai dgn akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT.jgn letakkan hati dan perasaan dihadapan, tetapi nilailah dgn akal dan kebijaksanaan yang telah diberikan olehNya..


2) Jika menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi, pertama, adukan masalah tersebut kpd penciptamu.kerana Dia lebih tahu keperluan dan keadaanmu ketika itu..sentiasa bermunajat dgnNya..kemudian, carilah orang2 disekelilingmu yang dapat memberikan nasihat dan membantu untuk menyelesaikan masalah itu.

Pendek kata, selagi mana tidak menemui penyelesaiannya,berusahalah kearah itu.insyaAllah, lambat laun, Dia akan memimpin hatimu dgn cahaya dan petunjukNya.yang penting, sentiasa berbaik sangka dgn Allah SWT.disinilah letaknya kekuatan imanmu agar tidak terpesong dari landasan aqidah yang sebenarnya..


3) sentiasa meluaskan pemikiran(tidak meletakkan pemikiran yang ‘problem centered’).Memang diakui, segelintir kita agak sukar untuk berfikir ‘diluar kotak’. Ini blh diatasi dgn cara banyakkan berdiskusi dengan orang2 yang berpengalaman, banyakkan membaca ilmu2 yang bersifat semasa,membuka minda,menjadikan kita luas pemikiran dan tidak jumud,perbincangan2 ilmiah, dan lain2.InsyaAllah, hal ini akan menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah kerana sebenarnya hidup ini sangat luas.terlalu banyak perkara2 lain lebih besar dan perlu diutamakan.


4) Sy amat tertarik dgn artikel yang disiarkan dalam Saifulislam.com tentang “Kamu Sentiasa Layak Diuji”.. disini sy sertakan link ke artikel tersebut.sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam meniti hari yang mendatang.


Apapun ujian yang datang menimpa, ingatlah bahawa Allah sgt sayangkan kita..kerana itu kita diuji.tidak insan2 lain..semua ujian ini adalah untuk kita sentiasa kembali kpdNya,ingt kpdNya..kerana Dia rindukan suara dan rintihan kita yang sentiasa berharap kepadaNya.oleh itu, dengarkanlah mesej dan bicara yang ingin Dia sampaikan kpd kita,melalui wasilah ujian2 itu..

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

[Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

-petikan dari Saifulislam.com-



Akhir kalam, ingin saya simpulkan di sini,apa pun yang berlaku..kembalilah kepada Allah..Dia adalah pencipta kita, dan Dia Maha Tahu keperluan kita,segala isi hati dan penderitaan yang kita tanggung.Ingin saya tegaskan bahawa, di sinilah peri pentingnya kita menjaga hubungan dgn Allah..sgt penting bg setiap individu unt memiliki hubungan yang dekat dgn Tuhannya..itulah kunci segalanya..apa pun,marilah sama2 kita kembali kepada kalimah tauhid Laa ilaaha illallah..Muhammadur rasulullah..


wallahu'alam..