Thursday, January 29, 2009

Jagalah Allah, Allah Menjagamu..

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dalam sebuah hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ahmad,disebutkan bhwa Ibnu Abbas r.a berkata:

"Aku dibonceng Rasulullah SAW (di atas unta),lalu baginda berkata: "Wahai anak,sesungguhnya aku akan mengajarkanmu bbrp kalimat, jagalah Allah,nescaya dia akan menjagamu,jagalah Allah nescaya kamu mendapatiNya di hadapanmu (dengan pertolonganNya),jika kamu meminta,mintalah kepadaNya dan jika kamu memohon pertolongan,mohonlah kepadaNya. Ingatlah bahawa seluruh manusia sedang membantu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaat,nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali terhadap apa yg telah ditetapkan Allah untukmu,dan seandainya mereka bersepakat untuk menimpakan bahaya atasmu,nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali pada apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu.Pena telah diangkat dan lembaran catatan telah kering.

Dalam musnadnya,Imam Ahmad menambah:
"Dan sesungguhnya pertolongan ada bersama kesabaran,jalan keluar ada bersama kesukaran dan bersama kesukaran ada kemudahan".




Marilah sama2 kita muhasabah dan menghitung diri..adakah kita telah menjaga Allah?adakah kita telah melaksanakan segala perintah, meninggalkan segala larangan,dan telah memelihara hakNya lebih dari segala-galanya?lihatlah kedalam diri..hitung dan hisablah..adakah kita telah menjaga Allah dalam ucapan, pendengaran, penglihatan,fikiran,makanan dan hati kita?

Saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yg bertajuk: "Jagalah Allah, Allah Menjagamu" karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.Dalam buku tersebut, telah dikupas dengan mendalam tentang bagaimana untuk mendapat cinta Allah,ciri2 dan tabiat insan berjaya,kisah2 wali Allah, dan pelbagai lagi perbincangan dan kupasan yang blh membawa kita menuju dan kembali kpd Allah.Tentunya menjadi insan yang terbaik disisi Allah, sentiasa dekat denganNya, dan mempunyai martabat yang tiggi disisiNya menjadi idaman para mu'minin dan mu'minah yang soleh/solehah.Justeru, marilah sama2 kita muhasabah dan meningkatkan kualiti diri agar menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa dan selalu hampir dgnNya.

Bercerita tentang wali Allah, tentunya melahirkan rasa kagum dan teruja terhadap kelebihan2 yang dikurniakan Allah kpd insan2 tersebut.betapa bertuahnya menjadi manusia yang terpilih untuk berada dekat denganNya.orang yang sentiasa mengingati Allah,dan Allah tidak pernah lupa kepadanya.di akhirat kelak, tentunya mendapat ganjaran yang istimewa..

Saya pasti kalian telah mendengar kisah2 para auliya' Allah spt Malik bin Dinar, Ibrahim bin Adham,Sheikh Abdul Kadir Jailani, Rabiatul Adawiyah,dll.Mereka inilah antara insan2 yang Allah beri karamah,kemuliaan, dan maqam yang tinggi disisiNya.Marilah sama2 kita berusaha untuk menjadi insan2 yang dekat denganNya.Semoga cinta Allah sentiasa bertakhta di hati melebihi segala-galanya.insyaAllah,kelak akan hadir cinta dari insan2 yang cintakan Allah untukmu..agar bertambah kekuatan untuk kita lebih mencintaiNya.Tidak rugi untuk menjadi golongan yang cintakan Allah,dan Allah kasih padanya..bahkan, itulah nikmat yg sangat manis, buah dari benih keimanan yang tulus ikhlas kepadaNya.

"YA ALLAH,KURNIAKANLAH KAMI CINTAMU, DAN CINTA ORANG2 YANG MENCINTAIMU,DAN (CINTAKAN) SEGALA AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMI KEPADA CINTAMU" ameen ya Rabbal 'alamiin..

rujukan: buku Jagalah Allah,Allah menjagamu (Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)


Wednesday, December 24, 2008

Pengajaran untuk hari ini…

Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah lumrah,setiap kali bentuk2 ujian baru yang datang, akan mengambil masa yang agak panjang untuk diri ini berfikir dan meneliti kearah penyelesaiannya.bak kata seorang sahabat: ‘recovery state’..semakin usia menginjak dewasa, cubaan dan dugaan berubah corak dan tingkatannya.Kebiasaannya, jika diri ini diuji dgn ujian yg biasa dilalui, insyaAllah, ‘recovery state’ tidak begitu lama. Kerana memory2 dalam otak ini akan berkerja dan berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Apa yang ingin sy kongsi bersama tentang ujian dan cabaran kali ini ialah:


1) perlunya berfikir secara rasional dan tidak emosional.terutama bg golongan hawa yang memang terkenal dgn sifat emosional.di sinilah letaknya keperluan untuk menilai dgn akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT.jgn letakkan hati dan perasaan dihadapan, tetapi nilailah dgn akal dan kebijaksanaan yang telah diberikan olehNya..


2) Jika menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi, pertama, adukan masalah tersebut kpd penciptamu.kerana Dia lebih tahu keperluan dan keadaanmu ketika itu..sentiasa bermunajat dgnNya..kemudian, carilah orang2 disekelilingmu yang dapat memberikan nasihat dan membantu untuk menyelesaikan masalah itu.

Pendek kata, selagi mana tidak menemui penyelesaiannya,berusahalah kearah itu.insyaAllah, lambat laun, Dia akan memimpin hatimu dgn cahaya dan petunjukNya.yang penting, sentiasa berbaik sangka dgn Allah SWT.disinilah letaknya kekuatan imanmu agar tidak terpesong dari landasan aqidah yang sebenarnya..


3) sentiasa meluaskan pemikiran(tidak meletakkan pemikiran yang ‘problem centered’).Memang diakui, segelintir kita agak sukar untuk berfikir ‘diluar kotak’. Ini blh diatasi dgn cara banyakkan berdiskusi dengan orang2 yang berpengalaman, banyakkan membaca ilmu2 yang bersifat semasa,membuka minda,menjadikan kita luas pemikiran dan tidak jumud,perbincangan2 ilmiah, dan lain2.InsyaAllah, hal ini akan menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah kerana sebenarnya hidup ini sangat luas.terlalu banyak perkara2 lain lebih besar dan perlu diutamakan.


4) Sy amat tertarik dgn artikel yang disiarkan dalam Saifulislam.com tentang “Kamu Sentiasa Layak Diuji”.. disini sy sertakan link ke artikel tersebut.sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam meniti hari yang mendatang.


Apapun ujian yang datang menimpa, ingatlah bahawa Allah sgt sayangkan kita..kerana itu kita diuji.tidak insan2 lain..semua ujian ini adalah untuk kita sentiasa kembali kpdNya,ingt kpdNya..kerana Dia rindukan suara dan rintihan kita yang sentiasa berharap kepadaNya.oleh itu, dengarkanlah mesej dan bicara yang ingin Dia sampaikan kpd kita,melalui wasilah ujian2 itu..

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

[Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

-petikan dari Saifulislam.com-



Akhir kalam, ingin saya simpulkan di sini,apa pun yang berlaku..kembalilah kepada Allah..Dia adalah pencipta kita, dan Dia Maha Tahu keperluan kita,segala isi hati dan penderitaan yang kita tanggung.Ingin saya tegaskan bahawa, di sinilah peri pentingnya kita menjaga hubungan dgn Allah..sgt penting bg setiap individu unt memiliki hubungan yang dekat dgn Tuhannya..itulah kunci segalanya..apa pun,marilah sama2 kita kembali kepada kalimah tauhid Laa ilaaha illallah..Muhammadur rasulullah..


wallahu'alam..

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan..hayatilah dgn keinsafan


بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah..kali ini kita masih terpilih sbg hambaNya dlm nikmat iman dan Islam unt berada dalam madrasah Ramadhan..syukur kehadrat Allah SWT krn kita masih diberi peluang dan ruang yg bnyak unt memperbaiki dan mengislah diri dalam bulan yg mulia ini..

Tetapi, persoalannya, sejauh manakah kita semua menghayati dan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan Ramadhan yg telah dijanjikan pelbagai ganjaran, rahmat dan keampunan dari Allah SWT..berapa ramaikah di kalangan kita yang memasuki bulan Ramadhan ini dgn penuh keinsafan, punya semangat dan tekad unt memperbaiki diri, dan menjadi hambaNya yg bertaqwa?
atau adakah ketibaan ramadhan ini hanyalah sbg satu adat dan kebiasaan tanpa mengambil manfaat yg sepenuhnya?lebih malang lg jika ada di kalangan kita yg memasuki madrasah Ramdhan ini hnya smata-mata sbg tanda unt menyambut AidilFitri dgn pelbagai persiapan dan pembaziran yg tidak sepatutnya..

ingatlah dan sedarlah wahai Muslimin sekalian, bahawa sesungguhnya kehadiran Ramadhan ini adalah sesuatu yg dinanti-nantikan oleh semua manusia yg beriman dgn iman yg sebenarnya.. kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi..demikianlah hebatnya iman para sahabat di zaman Nabi SAW..mereka menanti-nanti kehadiran Ramadhan yg mana telah dijanjikan dgn pelbagai nikmat dan rahmat dari Allah SWT.

firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pd malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dgn izin Tuhannya unt mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. (Al-Qadr:1-5)


sabda Nabi Muhammad SAW:
  • Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
  • Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)
  • Jarak antara shalat lima waktu, shalat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)


Masya Allah!betapa besarnya ganjaran yg telah dijanjikan kpd mereka yg beriman dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.adakah kita berjaya memasuki madrasah tarbiyah ini dgn hnya mengharapkan keredhaan Allah SWT,ikhlas dalam beramal, dan dapat mengaplikasikan segala yg diamalkan dalam Ramadhan ini dgn berterusan?

semoga Ramadhan kali ini adalah yg terbaik berbanding Ramadhan2 yg lalu..semoga natijahnya dapat memberi impak terbaik bt diri kita dan menjadikan kita hambaNya yg jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

~ikhlaskan hati dalam mencari redha Ilahi..~

Sunday, August 17, 2008

Jadilah Manusia Acuan Al-Quran



Insan acuan Al-Quran..
satu ungkapan yg sangat indah..
penuh makna dan pengertian yg sukar unt diungkapkan..
kerana manusia itu bukanlah insan biasa,
tetapi manusia yg telah ditarbiyah oleh Allah..
mendapat tarbiyah terus dariNya..
melalui kalamNya..

betapa indahnya menjadi manusia sebegitu..
segala gerak geri, tingkah laku,perkataan dan ucapan, segalanya berlandaskan Al-Quran..
punya Akhlak dan peribadi terpuji..
seindah akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Itulah insan yg hatinya sentiasa terpaut dgn Al-Quran..
Tanda cinta dan kasihnya kpd Sang Pencipta..
dgn mendampingi KalamNya..
masyaAllah!betapa beruntungnya menjadi insan yg Kau hadiahkan dgn Al-Quran dihatinya..
sentiasa membaca, menghayati, mentadabbur, dan mengamalkan kalamMu..
sentiasa berada dalam petunjuk, rahmat dan kasih sayangMu..
Hanya hati yg merasai, bisa mengerti keindahan dan kelazatan nikmat itu..

Beruntunglah wahai sahabat2 Al-Quran..
Semoga terus thabat dalam perjuangan ini..
Kerna kita telah ditaklifkan unt memikul amanahNya..
Bukan sahaja unt menghafal kalamNya di dalam dada..
tetapi amanah unt memartabatkannya lebih utama..


Jilul Quran Al-Farid..
Pastinya generasi yg ditunggu..
dan kitalah peneraju generasi itu,
Moga akan terlaksana segala amanahMu..

Thursday, June 26, 2008

Tugas Sepanjang Hayat..

Kewajipan menyuruh kepada kebaikan,mencegah kemungkaran

Firman Allah SWT :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.(Ali Imran:104)

Tugas untuk menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran merupakan tanggung jawab yang terpikul atas setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT.Setiap Muslim wajib menjalankan amanah ini tidak kira siapa,bila, dan di mana anda berada. Tanggung jawab menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah dibebankan kepada golongan-golongan yang khusus menuntut dalam bidang agama sahaja, tetapi merupakan tanggung jawab bersama sesiapa sahaja yang beriman.Tidak perlu menunggu untuk memikul jawatan sebagai Pengerusi Persatuan, ketua Unit Pembangunan Insan,AJK Unit Hisbah, atau AJK badan da’wah,anda sememangnya telah dipertanggung jawabkan untuk melaksanakan amanah ini tidak kira apa jua posisi anda dalam masyarakat.

Melaksanakan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.Anda tidak perlu untuk petah berkata-kata dan berpidato untuk menyampaikan ceramah.Cukup sekadar ingatan kepada sahabat-sahabat terdekat, ahli keluarga dan lain-lain tentang kebesaran Allah SWT,sama-sama menanamkan rasa taqwa dalam diri untuk takutkan azab Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang.

Namun begitu, sebagai seorang Muslim yang mempunyai kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita perlulah mensyukuri nikmat-nikmat kurniaanNya dengan cara menghalakan segala kelebihan yang diberikan itu ke arah melaksanakan ketaatan kepadaNya.Caranya mudah, jika anda diberikan kelebihan dalam bidang lukisan, anda mampu melaksanakan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini dalam bentuk lukisan kartun, dan sebagainya.Jika anda seorang yang mempunyai suara yang merdu bak buluh perindu, tentunya gelanggang nasyid menjadi pilihan.Begitu juga bagi anda yang bijak berkarya,bersajak,berpidato, dan punya kelebihan-kelebihan yang lain.Pendek kata, segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu perlulah digunakan atas tujuan untuk menyeru manusia dan mengingatkan manusia untuk taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalam arus yang serba moden hari ini,kita perlu melihat bahawa kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini bukan lagi satu alasan.Sudah tentu kemajuan teknologi komputer dan internet tidak dapat dinafikan lagi.Manfaatkanlah segala ruang yang ada seperti e-mail, friendster, Yahoo!messanger,Youtube,dan lain-lain untuk mengingatkan manusia untuk kembali kepada Tuhan Yang Esa.Tetapi, apa yang menyedihkan hari ini, ramai yang menyalahgunakan kemajuan teknologi tersebut untuk perkara-perkara maksiat dan dosa kepada Allah SWT.

Ingatlah wahai insan sekalian, bahawa kita sepatutnya malu dengan Allah SWT atas segala maksiat dan kemungkaran yang telah kita lakukan. Cubalah kalian hitung dalam kehidupan kita setiap hari, berapa banyak dosa dan maksiat telah kita lakukan??betapa derhakanya kita, apabila Tuhan memberikan kita mata untuk melihat kebesaranNya,mulut untuk berzikir dan mengingatiNya, tetapi kita gunakan untuk memandang perkara yang haram, mulut berkata perkara-perkara yang keji,mengumpat dan sebagainya.Betapa malunya hidup sebagai manusia, yang menghirup udara dan bernafas atas nikmat Allah SWT tetapi menjadi hambaNya yang derhaka!tentunya ikan-ikan di air, dan burung-burung di udara lebih mulia kerana mereka tidak putus-putus bertasbih memuji kebesaran Allah SWT jika dibandingkan dengan manusia yang sering lalai dan leka.

Firman Allah SWT:
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)nya dan dia menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati bagimu,(tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. (As-Sajdah:9)

Ingatlah peringatan Allah SWT bahawa neraka itu akan diisi dengan golongan jin dan manusia yang telah diberi hati, mata, dan telinga, tetapi tidak mahu menggunakannya untuk memahami, memerhati, dan mendengarkan ayat-ayat Allah SWT. Malahan, Allah SWT mengumpamakan orang yang sedemikian lebih buruk lagi daripada haiwan ternakan.

Firman Allah SWT:
“Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahmi (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah.
(Al-A’raf:179)

Justeru, marilah kita sama-sama muhasabah diri, menghitung diri masing-masing yang seringkali alpa dan leka.Hidup di dunia ini tentunya hanyalah untuk seketika. Tempat persinggahan yang tidak akan kekal.Setiap dari kita pastinya akan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.Oleh itu, siapkanlah dirimu untuk menuju negeri yang kekal abadi.Sudahkah kita bersedia untuk menempuh hari diperhitungkan amalan?Bahagialah bagi mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan dari Tuhannya.

Bersamalah kita mohon keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT agar hidup diberkati dan sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.Ingatlah! bahawa menjadi kewajipan kita untuk menyeru para sahabat, kaum keluarga dan masyarakat untuk sentiasa kembali kepada Allah SWT.Melaksanakan segala perintahNya, dan meninggalkan apa yang dilarang.

Akhir kalam, marilah kita hayati hadith Nabi SAW daripada Abu Barzah Nadhlah b. ‘Ubaid al-Aslami RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “belum berganjak kaki seorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari kiamat) sehingga terlebih dahulu ia ditanya tentang umurnya,untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya,daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya ,untuk apa digunakannya” (Hadith Riwayat Tirmizi)
Wallahu’alam.

Sunday, June 22, 2008

Akukah Muslimah itu?


Dalam meniti hari2 yg semakin mendewasakan, jiwa remaja sering meronta-ronta, mencari identiti diri yg sebenarnya. Setiap dari kita seringkali mengidamkan sesuatu yg istimewa pada diri masing2..lantas, ada yang menjadikan setiap inci muamalat, perlakuan, dan kehidupan seharian mengikut acuan ‘istimewa’ yg difikirkan terbaik. Ada yg menjadikan garis panduan yg telah ditetapkan oleh agama kebenaran, sbg kayu pengukur unt memastikan diri sentiasa berada dalam keperibadian spt yg telah disyariatkan. Namun begitu, tidak kurang juga yg tersasar, dan menjadikan unsur2 luaran sbg kayu pengukur dalam mencorak kehidupan seharian.Oleh itu, muncullah ciri2 keperibadian yg tidak syar’ie dan mengambil unsur2 dari artis2 popular, bintang2 ternama,dan sebagainya. Mereka tidak mengikut garis panduan yg sebenar, spt yg telah ditetapkan oleh agama Islam yg kita cintai.


Ketika memandu diri dalam arus duniawi,pastinya kita tertanya-tanya, kemanakah ingin kuhalakan hidup ini?untuk apa, dan bagaimana??bagi yang masih utuh dilandasan agama,pastinya akan mengerti.Segala-galanya telah terjawab dalam wahyu dan kalam Ilahi.. bagaimanakah ciri2 wanita yg sepatutnya kita arahkan diri? Adakah spt wanita2 yg terkinja-kinja dek hiburan2 yg melalaikan,menjerit-jerit, menonjolkan ‘body’ dan kecantikan serta tertipu dgn dunia dan hiasan?? Sudah tentu, akal fikiran yg waras mampu menilai dan meneliti apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati itu.


Tidak perlu kiranya saya memanjangkan kalam, menceritakan apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati.Sejak dahulu, kita sering mendengar dan membicarakan perihal Muslimah atau Wanita yg sejati.Muslimah yg sejati mengikut acuan dan penilaian Islam adalah wanita yang memiliki AQIDAH yang sebenarnya kpd Allah, IBADAH yang betul dan mantap, serta mempunyai AKHLAK dan budi pekerti mulia.


Di sini, ingin saya tekankan hal2 berkaitan Aqidah(tauhid), Ibadah,dan Akhlak kerana ketiga-tiga elemen inilah yg membentuk diri dan peribadi setiap insan. Ia juga menjadi asas penting dalam Agama Islam. Kehancuran dan kemusnahan umat dari zaman dahulu hingga sekarang banyak berkait rapat dengan ketiga-tiga elemen tersebut.Lihat sahaja bagaimana umat2 Nabi Nuh,Nabi Hud, Nabi Lut, Fir’aun, dan lain2 telah dibinasakan oleh Allah SWT dek kerana tidak beriman.Lihat pula bagaimana Qarun yg ditenggelamkan bersama harta2nya di dalam bumi kerana keingkarannya menunaikan kewajipan ibadah zakat.Perkara2 ini telah jelas disebut dalam Kalam Suci Al-Quran.


Aqidah dan ibadah yang sempurna, akan melahirkan akhlak dan budi pekerti yg mulia.Akhlak dan budi pekerti yang mulia adalah akhlak,sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran.Bagaimanakah yg dikatakan sebagai berakhlak dgn akhlak Al-Quran? Sudah tentulah dengan cara mengahayati,memahami,dan mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran.Bagaimana ingin mengamalkan isi kandungan Al-Quran?Pastinya dgn cara membaca Al-Quran dengan memahamimya, belajar Al-Quran, dan mempraktikkan ilmu Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Wanita2 Muslimah perlulah memiliki Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang cemerlang. Kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini, boleh kita contohi daripada Ahli Keluarga Baginda,para sahabiah,dan wanita2 yang telah diceritakan dalam Al-Quran dan Hadith Baginda SAW.Tentu nama2 seperti Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah, Sumayyah,Asiah,Mashitah,Maryam,Zinnirah,dan lain2 tidak asing lagi bagi kita.Bahkan, nama insan2 ini, seringkali menjadi pilihan dalam arus hiburan alternatif dewasa ini. Keperibadian wanita2 inilah yang perlu kita jadikan contoh dan teladan dalam hidup, kerana mereka ini telah terbukti memiliki aqidah,ibadah, dan akhlak yang cemerlang dan dijamin mendapat tempat di syurga.


Justeru, Muslimah yang sejati menjadi harapan kepada ummah dan masyarakat, disamping menjadi penyeri dan bidadari di dalam syurga nan abadi.Adakah kita ingin membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja?Siapakah yang akan merebut peluang ini, jika bukan kita??Oleh itu, ayuhlah wahai Muslimat, kita pasakkan Aqidah yang kukuh dan mantap kpd Pencipta,Ibadah yang sempurna, dan hiasilah diri dgn Akhlak dan budi pekerti yang mulia,agar ungkapan ‘True Muslimah’ dapat direalisasikan, dan bukan satu angan2..Oleh itu,tepuk dada, tanyalah iman..

Wallahu’alam.


Akhir sekali,marilah sama2 kita hayati kata2 Dr ‘Aidh Al-Qarni tentang wanita:

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat,
dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat