Friday, August 31, 2012

Hayya bil 'arabiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Anbiya', diri ini berazam dan bercita - cita untuk menguasai Bahasa Arab. Semasa di sekolah rendah dan menengah, subjek yang paling ku minati adalah Bahasa Arab. Antara sebab ku memilih untuk belajar di Negara Arab juga adalah kerana Bahasa Arab. Masya Allah..betapa agungnya bahasa syurga ini. 

Tapi, kini.. telah hampir 6 tahun ku berada di negara Arab. tetapi, masih belum fasih berbahasa Arab :((  tetapi aku berusaha untuk menguasainya dengan cuba menterjemah dan membentang dalam usrah kitab/tulisan bahasa Arab. sangat cemburu dengan sahabat2 di pengajian Islam yang pandai menterjemah. ya Allah, permudahkanlah diri ini untuk menguasai bahasa Al-Quran, bahasa SyurgaMu. 

Bagiku, walaupun belajar di bidang perubatan, bukanlah menjadi alasan untuk tidak mahir berbahasa Arab. kerana bahasa Arab adalah tuntutan bg setiap Muslim,bahasa Al-Quran, menjadi kewajipan terutamanya untuk para pendokong gerakan Islam. Hal ini kerana, terlalu banyak kitab-kitab gerakan dikarang oleh penulis dan ulama' tersohor adalah dalam bahasa Arab dan masih belum diterjemah. Begitu juga dengan kitab-kitab perubatan Islam. penguasaan bahasa Arab memberi jaminan pengetahuan dan ilmu yang sangat luas. kitab tafsir, fiqh, haraki, dan lain-lain banyak yang perlu diterjemahkan mengikut uslub bahasa Arab. 

Ya Allah, permudahkanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku untuk menguasai bahasa syurga, bahasa Al-Quran yang menjadi syiar agamaMu ini.. semoga kami dapat memartabatkan syiar Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti mana para pejuang agamaMu yang terdahulu.. terimalah segala amalan kami ya Allah..ameen ya Rabbal'alamin.. 

1 comment:

Anonymous said...

bergaullah dgn rakan2 arab/local, iAllah lebih mudah.maaf cakap,kalau di misr sbg contoh,ramai jg yg dr latar belakang Islamic studies tp xfasih2 jg setelh bbrp tahun tgl disana,knp? sbb asyik berkawan dgn melayu shj.kurg bergaul dgn org2 tempatan,,