Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah..dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada di dunia yang sementara ini..untuk mengutip sebanyak mungkin bekal dan mempersiapkan diri menghadapi pertemuan denganNya, di akhirat yang abadi.
Saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang satu program yang menarik dan jarang dilaksanakan di sekolah2 rendah biasa.program ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Labu,Batu 10, Labu, Negeri Sembilan.pada musim cuti yang lalu, sy telah berpeluang mengikuti program tersebut.
Apa yang menarik dan ingin saya kongsikan di sini ialah pendekatan dan konsep yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah tersebut dalam menanamkan iman dan kepercayaan ke dalam diri para pelajar bermula dari darjah 4,5 dan 6.Dalam Program Khemah Ibadah ini, para pelajar telah didedahkan dengan apa yang dinamakan Usrah yang dibimbing oleh fasilitator2 dari institusi pengajian tinggi.
Dalam program ini, sebanyak 8 usrah telah dijalankan.6 Usrah berbentuk perbincangan dan kefahaman tentang keesaan Allah SWT, dan 2 Usrah lagi untuk amali solat.Walaupun kesemua peserta program ini terdiri daripada pelajar2 sekolah rendah, namun itu tidak menjadi halangan untuk kita menanamkan konsep dan kepercayaan aqidah kpd mereka.pada usia seawal inilah sepatutnya kita dedahkan dengan ilmu dan keyakinan yang mantap kpd Allah SWT agar bisa membentuk iman yg jitu dan ilmu yg mampu meninggalkan kesan mendalam dalam diri para pelajar;ibarat mengukir di atas batu.Antara tajuk Usrah yang telah dibincangkan ialah :
1. Wahyu Pertama Surah Al-‘Alaq
2. Mengapa Allah menurunkan Surah Al-Muzammil
3. Hikmah Azan
4. Fitrah Manusia
5. Sains dan Kebenaran Al-Quran
6. Tanda2 Kebesaran Allah SWT
Kala ini, jarang sekali kita dengar perbincangan2 berkisar dengan hikmah2 syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk kita fikirkan bersama.Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Al-Quran sangat banyak ayat2 yang Allah turunkan kpd kita, dan diakhir ayat tersebut akan disuruh untuk kita berfikir.
Sebagai contoh, dalam ayat 4 surah Ar-Ra'd ini:
4. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
Demikianlah Allah SWT memberikan gambaran terhadap ni'mat dan kurniaan yg telah dilimpahkanNya kepada penduduk bumi.Allah SWT telah menciptakan pohon2 buah-buahan yang pelbagai.ada buah anggur, tamar,manggis, durian, cempedak, rambutan,dll.kesemua pohon buah-buahan ini disirami oleh air hujan yang berasal dari tempat yang sama, namun berbeza dari segi rasanya.ada yang manis, masam,pahit,kelat,dll.itulah tanda kebesaran Allah SWT,yg hanya akan dilihat oleh orang2 yang berfikir tentang kebesaran ciptaanNya.bagi yg tidak berfikir?mungkin hanya akan melihat ia sbg fenomena alam yg biasa..
Tidak dapat dinafikan, kebejatan gejala2 sosial yang berlaku zaman ini adalah disebabkan nipisnya iman dan keyakinan untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan hati yang tulus ikhlas mengabdikan diri kepadaNya.Sehinggakan title sebagai seorang muslim itu hanya pada nama dan tidak pada hati dan jiwanya.rasa kekosongan dalam jiwa yg dibaluti dengan nama Islamnya, tetapi hatinya tiada berTuhan.manusia tidak mengenal Tuhan.Justeru, langkah pertama yang perlu dimasukkan dalam jiwa insan2 ini tentunya keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT.dengan erti kata lain,ilmu TAUHID.
Insan2 yang tercalar imannya kpd Allah SWT tidak dapat hidup dengan harmoni.tentu shj mereka ini akan melakukan apa shj yg mereka fikirkan seronok,mengikut keselesaan dan keinginan sendiri dengan menjadikan hawa nafsu sebagai ukuran.Cuba kita tanya kpd diri,sejauh manakah aku telah mengenal Allah SWT??; Siapakah Allah?tidak takutkah kpd Allah?adakah anda lebih hebat dari Allah sehingga anda boleh melanggar hukum dan peraturanNya?
Justeru, sebagai hamba, marilah kita sama2 menambahkan ilmu unt mengenali Tuhan yang telah menciptakan kita.sifat dan asma’Nya perlulah dihadam agar ma’rifah tentangNya tidak akan goyang. Semoga kita semua diberikan keimanan yang sempurna dan teguh dalam menghadapi dunia ini sementara menunggu hari perhitungan di akhirat sana..
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment