Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas nikmat dan rahmat serta kasih sayangNya yang tidak berbelah bagi kepada kita selaku hambaNya.Alhamdulillah, tahun ini kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada dan bertemu dengan bulan yang penuh barakah dan kemuliaan,bulan yang kita rindui dan nanti-nantikan dari tahun ke tahun, iaitu Ramadhan Al-Mubarak.Kedatangannya dirai, pemergiannya ditangisi..Ahlan ya Ramadhan..
Firman Allah SWT:
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (Surah Al-Baqarah:183)
Peluang untuk berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin agar detik dan saat yang berlalu tidak terbuang dengan sia-sia.Di madrasah Ramadhan inilah kita berpeluang untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda disamping keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Hai manusia! sesungguhnya bulan yg penuh keagungan dan keberkatan telah menaungi kamu, bulan yg terdapat malam yg lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa Ramadan sebagai fardu dan qiam dimalamnya sebagi sunat, sesiapa yg melakukan kebaikan yg sunat seolah2 dia melakukan kefarduan di bulan2 yg lain, sesiapa yg melakukan kefarduan di bulan ramadan seoalah2 telah melakukan 70 kefarduan yg lain, ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran pahalanya adalah syurga, bulan bantu membantu, bulan bertambahnya rezeki orang beiman, sesiapa yg memberi makan org lain untuk berbuka maka diampunkan dosa2nya, membebaskan dirinya dari neraka dan mendapat pahala seperti orang berpuasa (yg diberikan makanan) tanpa menjejaskan sedikit pun pahalanya. Para sahabat bertanya: "Tidak semua dikalangan kami yg mampu untuk menjamu makanan kpd org yg berpuasa?" Nabi menjawab: "Pahala ini diberikan kepada sesiapa yg melakukannya walaupun dia hanya menjamu sebiji buah tamar, seteguk air atau susu. Bulan yg mana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya bebas dr neraka. Sesiapa yg meringankan beban hambanya Allah akan mengampunkannya dan membebaskannya dr neraka. Hendaklah dia memperbanyakkan empat perkara, 2 perkara yg mendapat keredaan Allah dan 2 perkara yg kamu mesti lakukan. Adapun 2 perkara yg mendapat keredaan Allah adalah ucapan penyaksian la ilaha illa Allah dan mengucapkan istigfar. Adapun dua perkara yg mesti kamu lakuannya ialah minta syurga dan berlindung dr neraka. Sesiapa yg memberi minum org yg berpuasa maka Allah akan memberi minumnya air dr kolamku yang menyebabkan dia tidak akan rasa dahaga selamanya. Dia akan sentiasa diberi minum sehinggalah dia masuk syurga. (HR Ibnu KhuZaimah, Haithami dan Baihaqi)
Jika selama ini, setiap kali tibanya Ramadhan, kefahaman untuk mengerjakan solat secara berjemaah,solat sunat tarawih,bersahor, puasa,iftor jama’ie,tadarus Al-Quran,qiamullail,dan lain-lain hanya menjadi satu adat dan kebiasaan.Kefahaman dan adat ini perlulah diubah agar amalan-amalan yang dikerjakan di dalam madrasah tarbiyah yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada kita ini berjaya dikekalkan walaupun Ramadhan telah berlalu pergi.Justeru,jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya.Pastikanlah, walaupun kita menempuh Ramadhan yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun natijah diakhirnya meninggalkan kesan mendalam, kita dapat mengekalkan amalan-amalan sunat ini dalam kehidupan yang mendatang,di samping meningkatkan iman dan taqwa kita kepadaNya.Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza.
Program Ihya’ Ramadhan kali ini diberi nama “Ballighna Ramadhan” agar kita bersemangat mempersiapkan diri untuk masuk ke medan tarbiyah yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.Apabila berada di awal bulan Ramadhan, kita bersungguh-sungguh melipat gandakan amalan, dengan harapan kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan,iaitu Malam Al-Qadr.Dan apabila kita berada dipenghujungnya pula,kita berharap agar dapat keluar dari madrasah Ramadhan ini dengan penyucian diri dari dosa-dosa, di samping menanti-nanti ketibaan Ramadhan tahun berikutnya.Adakah kita masih diberikan peluang untuk merasai Ramadhan seterusnya?Justeru, rebutlah peluang dan kesempatan yang ada ini sebaik mungkin untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.Semoga kita semua berjaya menamatkan universiti Ramadhan ini dengan menjadi graduan yang cemerlang.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment