Tuesday, December 18, 2007

Bersabarlah..

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمان الرحيم

sejak akhir2 ini, hidupku kian tk menentu..study ntah ke mana, kerje ntah ke mana, mengaji, kelas agama..semua serba tk kena.kenapa tiba2 jd begini? mungkin ini semua salah diriku sndiri yg kurang bijak membahagi msa, dn sukar unt mengurus diri dgn baik.. aku seolah-olah tiada peruntukan msa unt diri sendiri.sering kali rasa penat..kadang kala terfikir unt ku mengundur diri dari medan perjuangan ini.. astaghfirullah..abah slalu pesan supaya jgn mengeluh.hadapi smua ujian dari Allah dgn hati yg tabah.

mungkin sebab aku terlalu tertekan dn stress dgn tugasan dn tanggung jawab yg terlalu banyak.tugas utama sbgai seorang palajar perubatan telah terlalu berat bgku..setiap hari terlalu bnyak yg perlu diulang kaji.ditambah lagi dgn tugasku sbg Timbl. Ketua Unit Penerbitan dan Penrangan PCM yg membutuhkan komitmen yg bukan sedikit.usrah, Smart Circle, Study Group, meeting, dll sentiasa bertandang silih berganti..rutin harianku sbg seorng hamlatul Quran sering kali terganggu..aku takut jika tk mampu istiqamah dgn Al-Quran..bagaimana akan ku jawab pertanyaan di akhirat kelak?..ya Allah..berikanku kekuatan unt menghadapi hidup ini..hanya padaMu ku bergantung harap dan berserah diri..

kadang kala, bila diriku kurang semangat..aku akan menghubungi abah di M'sia.abah lah yg selalu memberi nasihat dan peransang unt ku teruskan perjuangan ini..terima kasih ya Allah kerana mengurniakanku seorang bapa yg memahami, dn banyak menyuntik semangat unt ku berjuang di jalanMu..

Perkara2 sebegini seringkali membuatkan aku berfikir..apakah jln penyelesaian terbaik yg perlu aku ambil unt mengatasi msalah ini dan memujuk hatiku yg seringkali menangis..kala itu, aku slalu mengingatkan diri ini..hidup ini adalah satu perjuangan, satu jihad..setiap detik dan setiap saat yg dilalui adalah jihad kerana Allah SWT.benarlah kata hukama'..dunia ini adalah penjara bg org mu'min tetapi syurga bg org yg ingkar..tidak ada satu detik pun yg berlalu dlm hidup tidak memerlukan pengorbanan..

jika selama ini kita sering berpegang pada prinsip unt mencari keredhaan Allah, berjuang unt menegakkan kalimah Allah..tiada jln yg mudah unt merealisasikan matlamat tersebut.biarlah susah mcmna skalipun..kite perlu thabat dan kuat dlm perjuangan ini..jgn sesekali berundur.

setiap hari kita akan berdepan dgn musuh2 yg ingin merosakkan kita..syaitan yg membisikkan kata2 nista,menghasut spy bnyak melakukan dosa,nafsu yg inginkan rehat dan kesenangan, dll lagi..semuanya perlukan kpd perjuangan yg berterusan dan motivasi, serta semangat yg padu..

Setiap hari, kita perlukan semagat dan kekuatan unt meneruskan perjuangan..semangat dan kekuatan ini blh diperoleh melalui pelbagai cara.antaranya melalui Ayat2 Al-Quran (KALAMULLAH), sahabat2 seperjuangn, ahli keluarga yg memahami, majlis2 ilmu, doa, buku2 ilmiah, dll lagi..

Firman Allah SWT:
ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kpdmu (cubaan) spt (yg dialami) org2 terdahulu sblm kamu?Mereka ditimpa kemudharatan, penderitaan, dan digoncang (dgn berbagai cubaan), sehingga rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah datang pertolongan Allah?" ingatlah!sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.. (Al-Baqarah:214)

::Ya Allah, bantulah kami untuk membantu agamaMu::
..اللهم صلى على سيدنا محمد

Wednesday, December 5, 2007

Bagaimana cara menutup aurat yg sebenarnya?



Firman Allah SWT :

" Dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yg (biasa) terlihat.dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,dn jgnlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kpd:
  1. suami mereka
  2. ayah mereka
  3. ayah suami mereka(bapa mertua)
  4. putra2 mereka
  5. putra2 suami mereka
  6. saudara2 lelaki mereka
  7. putra2 saudara lelaki mereka
  8. putra2 saudara perempuan mereka
  9. para perempuan(sesama Islam)
  10. hamba sahaya yg mereka miliki
  11. para pelayan lelaki(tua) yg tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan)
  12. anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan

dan jgnlah mereka menghentakkan kaki kakinya agar diketahui rahsia perhiasan yg mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kpd Allah,wahai org2 yg beriman, agar kamu beruntung.." (surah An-Nur: ayat 31)



Tuesday, December 4, 2007

Khusyukkah solat kita??

Bab1:Kesan solat yang khusyuk

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia .
Ini kerana tujuan solat ialah untuk mengingati Allah dan mencegah manusia daripada perbuatan keji dan mungkar.

Orang yang lalai di dalam solatnya bermakna orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah diucapkan di dalam solatnya.

Mengamati bacaan dalam solat dengan khusyuk yang mengandungi pelbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Allah S.W.T dapat menghakis sikap buruk yang ada pada diri manusia.

Contohnya apabila membaca ayat keempat dan kelima surah al-Fatihah yang bermaksud:
“Allah yang memiliki hari Akhirat”
Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia serta bersesak-sesak di padang Mahsyar,ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah SWT.
“Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon,”
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah SWT,bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau lain-lain dan tiada keinginan untuk melakukan perbuatan keji.

o Orang yang lalai di dalam solat tidak mendapat pahala sebaliknya Allah menjanjikan balasan api neraka sebagaimana dalam firman Allah SWT:
“Maka celakalah bagi orang-orang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai daripada menyempurnakan solatnya.”
(Surah al-Ma’un,ayat 4-5)


o Solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak
mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT.

· Menurut IMAM AL-GHAZALI bahawa solat ialah munajat (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap tuhannya.Oleh itu, solat itu pastinya dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk.

· Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur kerana orang yang mengigau itu bertutur di luar kesedaran walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar.
· Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah SWT.


Bab2:Hadir hati adalah roh solat

· Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah SWT berbanding amalan lain.

· Menurut pendapat Imam al-Ghazali;
Tidak syak lagi bahawa seseorang itu berzikir atau membaca dalam solat ialah untuk memuji Tuhan dan yang menjadi matlamat tidak lain ialah Allah SWT.

· Oleh itu solat akan menjadi sia-sia sekiranya tidak disertai dengan hati yang sentiasa ingat akan Allah,kerana hati adalah wasilah atau perantaraan dengan Allah SWT.

· Hati diciptakan oleh Allah SWT untuk mengenal dan melihat Allah SWT, namun tidak mungkin hati dapat syuhud (bersaksi)kepada Allah SWT dalam keadaan manusia itu lalai.

· Hati yang lapang dalam ertikata dada yang dipenuhi dengan iman, sabar, taqwa, dan berani adalah perlu untuk menghadapi sebarang rintangan dalam melaksanakan tugas dakwah.

· Dakwah tidak akan terlaksana jika dengan hati yang lalai, kerana ucapan dari hati yang lalai itu walau sehebat mana sekalipun tidak akan ada kesannya kerana sesuatu yang ditujukan ke dalam hati mestilah melalui hati yang tenang dan mutma’innah.

· Hadir hati di dalam solat itu adalah nyawa kepada solat tersebut.

· Lalai itu adalah lawan bagi solat, kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku.Dan
dirikanlah solat untuk mengingati-Ku (Allah).”
(Surah Thaahaa ayat 14)

· Kesimpulannya ,hati yang sentiasa ingat dan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa kepada solat tersebut.Apabila hati lalai maka solat hanya tinggal rangka saja,sedangkan roh sudah melayang.

Bab3:Hayati makna ayat bagi mencapai khusyuk

· Segala makna atau pengertian dalam persoalan ‘hadir hati’ iaitu sebagai nyawa kepada solat diringkaskan kepada enam perkara.

1. Hudhur al-qalb’(hadir hati) iaitu berusaha membuang segala sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan solat, dan juga membuang segala perkara yang tidak ada hubungan dengan Allah.

2. At-tafahhum bererti melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat itu sama ada perbuatan dan juga segala yang diucapkan.Hati orang yang mengerjakan solat itu dapat mengikuti maksud kalimah yang diucapkan.

3. At-ta’dzim iaitu merasai keagungan Allah SWT.Apabila seseorang itu memulakan solat dengan menyebut Allahu Akbar, mereka akan merasa dirinya terlalu kerdil didepan Allah SWT dan ingatannya terhadap Allah terlalu agung.

4. Al-haibah iaitu bukan sahaja merasa kebesaran ilahi tetapi juga merasa gerun terhadap keagungan Allah SWT.

5. Ar-rajaa’ iaitu sentiasa menaruh harapan besar, mudah-mudahan segala ibadah solat yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari-Nya.

6. Al-hayaa’iaitu merasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadahnya, sekadar mana yang terdaya dilakukan namun dipersembahkan juga ibadah tersebut kepada Allah SWT.

Tuesday, November 6, 2007

bercinta...apa yg menariknya??





sekadar memetik email seorang sahabat...


Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain. Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi. Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.
`Cinta Sebelum Perkahwinan` Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah. Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara doa yang patut diamalkan :
" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk" Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu. Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi. Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah" "if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri. Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah.

Jadi eloklah dijagai perhubungan kita. Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya. Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis) Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

Tanda2 bahagia & sengsara

Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita:-

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

Hijab..

What do you see when you look at me?
Do you see someone limited or someone free?
All people can do is just look and stare
Simply because they can’t see my hair

Others think I’m controlled and uneducated
They think I’m limited and unliberated
They are so thankful that they are not me
Because they would like to remain ‘free’

Well, free isn’t exactly word I would’ve used
Describing women who are cheated on and abused
They think that I don’t have opinions or voice
They think that being hooded is not my choice
They think that the hood makes me feel caged
That my husband or dad is totally outraged

All they can do is look at me in fear
And my eye there is a tear
Not because I’ve been stared or made fun of
But because people are ignoring the One up above
On the Day of Judgment they’ll be the fools
Because they are too ashamed to play by their own rules.

Maybe the guys won’t think I’m a cutie
But at least I’m filled with more inner beauty
See, I’ve declined from being a guy’s toy
Because I won’t let myself controlled by a boy

Real men are able to appreciate my mind
And aren’t busy looking at my behind
Hooded girls are the one who really helping the Muslims cause
The role that we play definitely deserve applause

I’ll be recognize because I’m smart and bright
And some people are inspired by my sight
The smart ones are inspired by my tranquility
In the back of their mind they wish they were me

We have the strength to do what we think is right
Even if it means putting a life long fight
You see we are not controlled by a mini skirt or a tight skirt
We are given only respect and never treated like dirt

So you see we are the ones that are free and liberated
We are not the ones who are sexually terrorized and violated
We are the ones that are free and pure
We are free of SSD’s that has no cure

So when people ask you how you feel about the hood
Just say it up by saying, “baby, it’s all good”

-petikan dari www.ukhwah.com

Al-Qalb (HATI)

Baginda Rasulullah yang diutus oleh Allah ke dunia ini, bukan sahaja menitikberatkan persoalan yang besar seperti masalah kenegaraan kerana baginda seorang pemimpin negara, malah dalam persoalan mendidik jiwa juga adalah tanggungjawab baginda. bagi memastikan manusia yang bernama Islam khususnya memiliki hati yang sejahtera dan hidup dengan ajaran Islam yang mudah untuk dipimpin kepada kebenaran agama.
Kerana hati manusia itu ada kaitannya dengan hidup atau mati peranan dan fungsinya, maka baginda mengingati umatnya agar sentiasa memeliharanya dengan baik agar ia terus subur dan hidup hanya untuk Allah.

Justeru, Islam ada memperkenalkan "Ad-Doruriyat al-Khamsâ"� iaitu lima perkara yang wajib dan mesti umat Islam pelihara iaitu:
1) Agama.
2) Akal.
3) Harta.
4) Jiwa atau hati.
5) Keturunan dan kehormatan diri.

Hati manusia itu merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Islam, jika salah ditarbiah maka ia akan menyusahkan tuannya nanti di akhirat, sehubungan itu Allah SWT ada menegaskan menerusi ayat 36 surah al-Israa yang bermaksud:

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan."

Bagi memastikan agar hati itu terus subur dan hidup dengan Islam, maka baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar jangan sekali-kali mematikan hati pada malam kedua-dua malam Aidilfitri dan Aidiladha. Hati mati dengan tidak bertakbir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

-Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
-Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
-Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Dan Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera, ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud:

"Iaitu di hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera)."�
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat dari penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.
4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8) Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.


Penyakit hati

1) Nifaq dan riya'(menunjuk-nunjuk).
2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

~petikan dari: harakahdaily.net~