Tuesday, April 21, 2009

Buat saudariku..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t



Buat saudari2ku wanita Muslimah..ad
akah kalian bersetuju sekiranya dikatakan bahawa nasib dan jatuh bangunnya agama yang mulia ini berada ditanganmu?Jika Muslimah hari ini goyah, rapuh, lemah,bagaimana hendak tertegaknya Islam di atas
muka bumi ini..sedarlah bahawa kalianlah peneraju ummah..



Jika kita lihat, Islam memandang tinggi
kedudukan wanita.Kedatangan Islam telah menghancurkan segala amalan2 dan budaya jahiliyah yang memandang rendah kedudukan wanita.Jika wanita pada zaman jahiliah blh dibunuh hidup2 dan dipercayai kehadiran wanita hanyalah sbg menambah beban keluarga, tetapi Islam telah menghancurkan kepercayaan itu.Jika kita mengambil pelajaran dari sifat2 wanita pada zaman jahiliyah, saya kira sangat wajar untuk kita sama2 muhasabah dan berfikir supaya Muslimah pada zaman kini tidak seperti wanita2 pd zaman jahiliyah.

Firman Allah SWT:

Wahai isteri2 Nabi!Kamu tidak seperti perempuan2 yang lain jika kamu be
rtaqwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang2 jahiliya
h dahulu,dan laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab:32&33)


Justeru wahai saudariku..marilah kita sama2 mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT..segala yang telah disyariatkan dan ditetapkan dalam Islam adalah untuk kebaikan dan untuk memelihara dirimu yang
begitu berharga. Percayalah, apa yang telah disyariatkan itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirimu.Allah SWT tidak zalim kepada hamba-hambaNya, tetapi kitalah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.Kitalah yang menyebabkan diri kita bakal diazab di akhirat kelak..na’uzubillah..ingatlah, betapa berat siksaanNya ketika kita melanggar perintahNya.Ketika kepala merasakan azabnya ditarik, digantung dan dibakar dalam api yang melebihi kepanasan api dunia,ketika lidah ditarik, digunting dan ditarik kembali,ketika kaki yang dahulunya kita merasakan panas untuk memakai sarung kaki..tetapi ingatlah,tidak ada yang dapat membantu kita untuk keluar dari tempat pembalasan yang telah dijanjikanNya di akhirat kelak.


Dalam mendepani era globalisasi,era teknologi,ada yang berpendapat golongan2 yang berpegang kepada Islam yang sebenar adalah kolot dan ketinggalan zaman.Wahai sahabat, ketahuilah bahawa Islam datang dengan kemajuan,Islam membawa ketamadunan dan kemoden
an.Yakinlah bahawa mengikut cara hidup Islam yang sebenar akan membawa kita menjadi lebih maju daripada golongan2 yang lain.Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat telah membuktikan bahawa Islam mampu menjadikan kita golongan yang paling hebat.Syaratnya, asal sahaja kita melaksanakan Islam dalam segenap inci kehidupan.Ingatlah, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.Berbanggalah dengan Islam yang kita anuti..


Firman Allah SWT:

Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak aka
n diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran: 85)


Dan janganlah kamu(merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman. (Ali Imran : 139)

Saturday, April 18, 2009

Salam Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam imtihan buat sahabat2 yang akan dan sedang menduduki peperiksaan akhir sesi pembelajaran tahun 08/09.Selamat menjalani peperiksaan dunia.semoga kita semua selamat dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini.insyaAllah..


Setiap kali menjelang musim peperiksaan, seringkali kita terfikir akan hakikat peperiksaan yang sedang kita hadapi.hakikatnya, peperiksaan ini adalah imtihan dan penilaian dunia, yang akan menentukan medan perjuangan kita di masa hadapan.tetapi, kita seringkali terlupa akan imtihan yang lebih besar dan akan menentukan nasib kita yang kekal abadi di akhirat.peperiksaan dunia sedang bermula, dan akan ada pengakhirannya.tetapi, peperiksaan akhirat sedang berlangsung bermula dari hari pertama buku amalan kita dicatat hingga terputusnya segala amalan,ketika kita menemui kematian.keputusannya? keputusannya hanya akan kita peroleh ketika berada di mahsyar Allah SWT.saat itu barulah kita mengetahui sama ada kita berjaya ataupun tidak.tentu sekali, kejayaan yang hakiki itu adalah dengan mendapat nikmat syurga yang abadi.


Firman Allah SWT:

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 89)


Bagaimanakah keadaan kita ketika mendapat keputusan di akhirat kelak?adakah kita akan mendapat buku amalan dengan tangan kanan atau sebaliknya?Bagi org yg mendapat kejayaan,akan diberikan catatan amalan dengan tangan kanannya.Hal ini telah pun diceritakan dalam firman Allah SWT, surah Al-Haqqah:


18. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tidak ada sesuatupun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah).

19. Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya,maka diapun berkata,”Ambillah, bacalah kitabku (ini).

20. Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.
21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai,
22. dalam syurga yang tinggi,

23. buah-buahannya dekat,

24. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu."


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mendapat kecelakaan, dengan mendapat buku amalannya dengan tangan kiri:


25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

28. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

29. Telah hilang kekuasaanku daripadaku."


Selamat berjuang buat sahabat2 dalam medan imtihan ini.Semoga terus diberi kesabaran dan ditetapkan hati untuk bermujahadah.akhir kalam, jagalah kesihatan rohani dan jasmani, luaran dan dalaman.Jangan dilupakan makanan rohani kerana kestabilan emosi juga penting untuk berada dalam medan perjuangan yang panjang. Semoga diberikan kestabilan emosi , kesihatan mental dan fizikal untuk menghadapi imtihan kali ini. Doakan kejayaan bersama.

~Salam Imtihan, Salam Juang, Salam Menang!~


Wallahu’alam.

Wednesday, April 1, 2009

PELABURAN YANG BIJAK


Dalam meniti kehidupan sebagai seorang Muslim, pernahkah kita terfikir..sama ada apa yang kita lakukan dalam hidup ini adalah perkara-perkara yang menguntungkan atau sebaliknya? Apakah keuntungan yang dimaksudkan?adakah keuntungan dengan melaburkan wang dalam skim-skim tertentu, saham dan sebagainya??Kehidupan dunia yang sementara, hanyalah menjanjikan keuntungan yang sementara dan tidak akan kekal.Harta, wang, pangkat, jawatan, dan lain-lain merupakan satu pelaburan yang tidak mendatangkan keuntungan bagi diri kita, malah itulah yang akan menjadi bebanan untuk kita tanggung di akhirat kelak,dan akan disoal di hadapan Allah SWT.


Firman Allah SWT:


“...dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al-Hadid: 20)


Jika demikian, maka apakah pelaburan yang mendatangkan keuntungan kepada kita di dunia dan di akhirat, dan tidak akan menjadikan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi?


Firman Allah SWT:


Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.(Az-Zumar:15)


“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi” (Al-Faatir:29)


“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (As-Soff : 10 & 11)

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, telah jelaslah bahawa pelaburan yang membawa keuntungan kepada kita adalah dengan cara kita melaksanakan pelaburan untuk saham akhirat.Tidak kiralah apa sahaja perkara yang kita lakukan,sama ada menuntut ilmu perubatan,fardhu ‘ain,melibatkan diri dalam persatuan, bermain,dan sebagainya perlulah dilaksanakan untuk mendapat keredhaan dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT kerana di sana tentu ada ganjaran yang akan memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak.

Bagi insan-insan yang mempunyai akal yang sihat, tentunya tidak mahu merugikan diri mereka sendiri. Justeru, gunakanlah kebijaksaan akal fikiran yang telah dianugerahkan olehNya untuk menilai, seterusnya membuat pilihan yang akan menentukan nasib kita di negeri yang abadi (akhirat).Tepuk dada, tanyalah iman.

“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams:8-10)

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya”. (Az-Zalzalah: 8&9)

Wallahu’alam.

Malam Kerana Cinta 2009



Pada 14 Febuari 2009 yang lalu, Unit Pembangunan Insan PCM dengan kerjasama Unit Hisbah telah mengadakan program yang diberi nama Malam Kerana Cinta.Program ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 11 malam, dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Akhawat Sains Kesihatan Universiti Mansurah.

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 14 Febuari merupakan perayaan Valentine Day yang telah mula diperkenalkan oleh masyarakat barat.Sambutan ini begitu terkenal di Eropah dan telah menular sehingga menjangkiti muda mudi di Malaysia, hatta di mana sahaja di seluruh dunia.Justeru, bertitik tolak dari kesedaran ini,Unit Pembangunan Insan PCM dan Unit Hisbah telah berkerjasama untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar agar tidak terpedaya dengan gejala tidak sihat ini yang secara tidak sedar boleh mengganggu aqidah kita sebagai umat Islam.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk kesedaran terhadap para pelajar khususnya muslimah agar tidak mudah terpedaya dengan hubungan cinta terlarang.Tambahan pula,program ini merupakan kesinambungan daripada program-program berbentuk tarbiyah yang telah mula dilaksanakan oleh PCM sesi 2007/2008 seperti Night of Sacred Love dan True Muslimah Campaign.Diharapkan, dengan adanya program sebegini, dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswi agar tidak mudah leka dan lalai dengan tuntutan dan gelojak jiwa remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi tanpa mengikut batasan syariat Islam yang sebanar, tetapi mengarahkan pencarian kasih sayang itu kepada mencari cinta Yang Maha Esa.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Persembahan Talk Show yang bertajuk “Couple dalam Islam?” yang dikendalikan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Saudari Syaidatul Syakila bt Aini (tahun 3 perubatan conventional) dan Saudari Siti Umairah bt Misnan(tahun 2 perubatan conventional).Selain itu, Forum yang bertajuk “ Di atas Sejadah Cinta” turut diadakan. Forum ini dikendalikan oleh Saudari Kausar bt Hassan (tahun 1 conventional) dan membariskan ahli panel yang berpengalaman iaitu Puan Noor Husna bt Noor Zainy(perubatan) berserta 2 orang ahli panel jemputan dari Kuliah DIrasat iaitu Ustazah Halimaton bt Mohd Ngalim dan Ustazah Wan Rohayu bt Abdul Razak.Program Malam Kerana Cinta ini juga turut dihangatkan lagi dengan persembahan pentomin dan slide show kelolaan Unit Hisbah PCM.

Selain program-program dan acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur,para hadirin turut dibekalkan dengan risalah-risalah menarik dari Unit Pembangunan Insan dan Unit Hisbah PCM 08/09 berkaitan Valentine Day.Hadirin juga dibekalkan dengan flyers dan bookmark berbentuk tazkirah dan kata-kata nasihat untuk peringatan.

Program Malam Kerana Cinta ini juga turut diserikan dengan ucapan dan nasihat dari wakil ibu, Puan Siti Hanizah.Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan sokongan padu terhadap program anjuran PCM ini yang disifatkan sangat bertepatan dan sesuai pada masa dan ketikanya.Beliau turut berkongsi pengalaman,di samping memberikan nasihat dan panduan berguna kepada para mahasiswi yang hadir agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar adat dan syariat Islam.

Di akhir program, Timbalan Pengerusi PCM 08/09 Saudari Wan Irhaam bt Wan Muhamad telah memberikan ucapan .Para hadirin disajikan dengan sedikit makanan ringan sebelum bersurai. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para adhoc yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.Semoga Perubatan Cawangan Mansurah berjaya merealisasikan visi dan misinya kearah mewujudkan biah solehah dalam masyarakat perubatan khususnya di Universiti Mansurah.

Wallahu’alam.

Wednesday, March 18, 2009

At-Taqwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. syukur kehadratNya atas limpahan dan curahan nikmat, rahmat dan kasih sayangNya yg masih mengizinkan kita unt berada di atas muka bumi ini unt terus menikmati dan mensyukuri nikmat2Nya yg tidak terkira..


Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yg paling bertaqwa"
(Al-Hujurat: 13)

"Wahai org2 yg beriman!Bertaqwalah kepada Allah dgn sebenar-benar taqwa kpdNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim."
(Ali Imran: 102)

"Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.Dan bertaqwalah kpdKu wahai orang2 yg mempunyai akal sihat!"
(Al-Baqarah: 197)

ayat2 di atas merupakan sebahagian kecil dari petikan kalam Allah berkaitan Taqwa. taqwa memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan kita sbg hambaNya.oleh itu, tidak hairanlah Allah SWT kerap kali mengulang-ulang ungkapan tersebut agar kita mengambil berat akan persoalan TAQWA.

memetik dari sebuah buku bertajuk " Hakikat Takwa" karangan ulama' terkemuka, Prof Dr Mohamad Al-Zuhaili yg diterjemahkan oleh Ust Ahmad Fauwaz b Hj Fadzil Noor,telah membahaskan dgn lengkap tentang hakikat taqwa berdasarkan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
Antara perbahasan tentang taqwa dalam buku kecil ini ialah :
  • Takrif Taqwa dan hakikatnya
  • Aspek2 taqwa dan anasir-anasirnya
  • kedudukan taqwa dan hukumnya
  • faedah-faedah taqwa dan kesan-kesannya
  • pesanan dan wasiat supaya bertaqwa

berdasarkan buku tersebut, antara faedah2 daripada taqwa yg terdapat dlm al-Quran ialah:
  1. Kemuliaan di sisi Allah SWT
  2. Mendapat pertolongan drpd Allah SWT
  3. Mendapat hikmah dan ilmu ladunni drpd Allah SWT
  4. Dihapuskan dosa dan dilipatkan ganjaran pahala
  5. Mendapat kemudahan dalam urusan
  6. Dapat keluar drpd kesusahan dan ujian
  7. Mendapat rezki yg luas dgn penuh keamanan dan kelapangan
  8. Mendapat kejayaan yg diinginkan
  9. Keselamatan drpd azab dn hukuman di akhirat
  10. mendapat taufiq dan perlindungan drpd Allah SWT
  11. mendapat pengiktirafan kejujuran
  12. mendapat kemuliaan dan sifat lebih mulia di sisi Allah SWT
  13. Allah cinta kpd org2 yg bertaqwa
  14. mendapat kejayaan
  15. memperoleh kesampaian dan kedudukan yg dekat dgn Allah
  16. Memperoleh balasan pahala drpd Allah hasil drpd ujian
  17. Allah menerima sedekah drpd org2 yg bertaqwa
  18. kebersihan dan kesucian itu adalah pada taqwa
  19. kesempurnaan 'Ubudiah kpd Allah
  20. berita gembira kpd org2 yg bertaqwa dgn syurga dan air-air syurga
  21. aman drpd bala dan kesengsaraan
  22. mendapat kemuliaan dan ketinggian mengatasi makhluk
  23. dihilangkan kesedihan dan ketakutan terhadap ancaman
  24. dekat kedudukan dan dapat melihat Allah di syurga
  25. org2 bertaqwa adalah wali2 Allah
  26. taqwa adalah permulaan hidayah
  27. kekal di dalam syurga.. dan lain2 lagi..

berdasarkan faedah yg telah dinyatakan di atas, TAQWA mempunyai kedudukan yg sgt penting dlm kehidupan kita. ia merupakan cita2 yg diinginkan oleh golongan islah, dituju oleh para da'ie, dicari oleh golongan yg jujur, dan diiltizam oleh golongan muqarrabun.


oleh yg demikian, marilah sama2 kita memburu taqwa kpd Allah SWT..


Daripada Abiu Said al-Khudri bahawa seorang lelaki datang kpdnya lalu berkata : "Berikan nasihat kepadaku". Lalu Abu Said menjawab:
"Engkau telah meminta sesuatu yg telah aku minta drpd Rasulullah SAW sebelum kamu lagi. Dengan itu aku berwasiat kpd engkau agar bertaqwa kpd Allah.Sesungguhnya ia adalah asas bagi setiap perkara.Hendaklah kamu berjihad krn ia adalah rahbaniyah di dalam Islam dan hendaklah kamu berzikir mengingati Allah dan membaca Al-Quran krn ia adalah ruh kamu di langit dan zikir kamu di bumi". (riwayat Imam Ahmad)


~"Ya Allah, kurniakanlah kami hidayah,ketaqwaan, kesucian dan kekayaan"~

rujukan: Hakikat Takwa oleh Prof Dr Mohamad Al-Zuhaili
terjemahan oleh: Ust Ahmad Fauwaz Hj Fadzil Noor

Sunday, March 1, 2009

Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab

1.KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI ?

ALLAH MENJAWAB :

“APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA DIBIARKAN SAJA MENGATAKAN ;

“KAMI TELAH BERIMAN,” SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI ? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.”

(SURAH AL ANKABUT AYAT 2-3)


2.KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH MENJAWAB :

“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA.”

(SURAH AL BAQARAH AYAT 286)



3.KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

ALLAH MENJAWAB :

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI”

(SURAH AL BAQARAH AYAT 216)



4.KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST ?

ALLAH MENJAWAB :

“ JANGANLAH KAMU BERSIKAP LEMAH DAN JANGANLAH PULA KAMU BERSEDIH HATI, PADAHAL KAMULAH ORANG-ORANG YANG PALING TINGGI DARJATNYA. JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN.”

(SURAH AL IMRAN AYAT 139)



5.KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

ALLAH MENJAWAB :

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN ! BERSABARLAH KAMU (MENGHADAPI SEGALA KESUKARAN DALAM MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN), DAN KUATKANLAH KESABARAN KAMU LEBIH DARIPADA KESABARAN MUSUH, (DI MEDAN PEPERANGAN), DAN BERSEDIALAH (DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN DI DAERAH-DAERAH SEMPADAN) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA (MENCAPAI KEMENANGAN).”


6.KITA BERTANYA :
SIAPAKAH ORANG YANG BERIMAN ?

ALLAH MENJAWAB :

“SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN HANYALAH ORANG-ORANG YANG PERCAYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, KEMUDIAN MEREKA (TERUS PERCAYA DENGAN) TIDAK RAGU-RAGU LAGI, SERTA MEREKA BERJUANG DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA PADA JALAN ALLAH; MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (PENGAKUAN IMANNYA).”

(SURAH AL HUJURAAT AYAT 15.)