Wednesday, August 12, 2009

Mari menyemai iman..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada di dunia yang sementara ini..untuk mengutip sebanyak mungkin bekal dan mempersiapkan diri menghadapi pertemuan denganNya, di akhirat yang abadi.


Saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang satu program yang menarik dan jarang dilaksanakan di sekolah2 rendah biasa.program ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Labu,Batu 10, Labu, Negeri Sembilan.pada musim cuti yang lalu, sy telah berpeluang mengikuti program tersebut.


Apa yang menarik dan ingin saya kongsikan di sini ialah pendekatan dan konsep yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah tersebut dalam menanamkan iman dan kepercayaan ke dalam diri para pelajar bermula dari darjah 4,5 dan 6.Dalam Program Khemah Ibadah ini, para pelajar telah didedahkan dengan apa yang dinamakan Usrah yang dibimbing oleh fasilitator2 dari institusi pengajian tinggi.


Dalam program ini, sebanyak 8 usrah telah dijalankan.6 Usrah berbentuk perbincangan dan kefahaman tentang keesaan Allah SWT, dan 2 Usrah lagi untuk amali solat.Walaupun kesemua peserta program ini terdiri daripada pelajar2 sekolah rendah, namun itu tidak menjadi halangan untuk kita menanamkan konsep dan kepercayaan aqidah kpd mereka.pada usia seawal inilah sepatutnya kita dedahkan dengan ilmu dan keyakinan yang mantap kpd Allah SWT agar bisa membentuk iman yg jitu dan ilmu yg mampu meninggalkan kesan mendalam dalam diri para pelajar;ibarat mengukir di atas batu.Antara tajuk Usrah yang telah dibincangkan ialah :

1. Wahyu Pertama Surah Al-‘Alaq

2. Mengapa Allah menurunkan Surah Al-Muzammil

3. Hikmah Azan

4. Fitrah Manusia

5. Sains dan Kebenaran Al-Quran

6. Tanda2 Kebesaran Allah SWT


Kala ini, jarang sekali kita dengar perbincangan2 berkisar dengan hikmah2 syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk kita fikirkan bersama.Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Al-Quran sangat banyak ayat2 yang Allah turunkan kpd kita, dan diakhir ayat tersebut akan disuruh untuk kita berfikir.


Sebagai contoh, dalam ayat 4 surah Ar-Ra'd ini:

4. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.


Demikianlah Allah SWT memberikan gambaran terhadap ni'mat dan kurniaan yg telah dilimpahkanNya kepada penduduk bumi.Allah SWT telah menciptakan pohon2 buah-buahan yang pelbagai.ada buah anggur, tamar,manggis, durian, cempedak, rambutan,dll.kesemua pohon buah-buahan ini disirami oleh air hujan yang berasal dari tempat yang sama, namun berbeza dari segi rasanya.ada yang manis, masam,pahit,kelat,dll.itulah tanda kebesaran Allah SWT,yg hanya akan dilihat oleh orang2 yang berfikir tentang kebesaran ciptaanNya.bagi yg tidak berfikir?mungkin hanya akan melihat ia sbg fenomena alam yg biasa..


Tidak dapat dinafikan, kebejatan gejala2 sosial yang berlaku zaman ini adalah disebabkan nipisnya iman dan keyakinan untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan hati yang tulus ikhlas mengabdikan diri kepadaNya.Sehinggakan title sebagai seorang muslim itu hanya pada nama dan tidak pada hati dan jiwanya.rasa kekosongan dalam jiwa yg dibaluti dengan nama Islamnya, tetapi hatinya tiada berTuhan.manusia tidak mengenal Tuhan.Justeru, langkah pertama yang perlu dimasukkan dalam jiwa insan2 ini tentunya keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT.dengan erti kata lain,ilmu TAUHID.


Insan2 yang tercalar imannya kpd Allah SWT tidak dapat hidup dengan harmoni.tentu shj mereka ini akan melakukan apa shj yg mereka fikirkan seronok,mengikut keselesaan dan keinginan sendiri dengan menjadikan hawa nafsu sebagai ukuran.Cuba kita tanya kpd diri,sejauh manakah aku telah mengenal Allah SWT??; Siapakah Allah?tidak takutkah kpd Allah?adakah anda lebih hebat dari Allah sehingga anda boleh melanggar hukum dan peraturanNya?


Justeru, sebagai hamba, marilah kita sama2 menambahkan ilmu unt mengenali Tuhan yang telah menciptakan kita.sifat dan asma’Nya perlulah dihadam agar ma’rifah tentangNya tidak akan goyang. Semoga kita semua diberikan keimanan yang sempurna dan teguh dalam menghadapi dunia ini sementara menunggu hari perhitungan di akhirat sana..


Wallahu’alam.

Ahlan Ya Ramadhan

Wednesday, July 15, 2009

Coretan Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi atas limpahan nikmat dan rahmat serta kasih sayangNya yang tidak berbelah bagi.

Result yang baru diumumkan bbrp hari lepas untuk thn 3 diikuti thn 2 sedikit sebanyak meruntun emosi dan semangat warga Uni Mansurah.Alhamdulillah, itu shj ungkapan yg mampu sy lafazkan krn masih diberi peluang unt mencuba dan menggiatkan usaha untuk melepasi trauma thn 2 subjek physiology.Tentu punya hikmah yang besar atas segala ketentuan yg telah ditetapkanNya unt hamba kerdil spt saya.alhmdulillah..


Saat mencari-cari kunci kekuatan unt meneruskan perjuangan, tentunya kalam2 semangat dariNya menjadi penguat.



53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar:53)

56. Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." (Al-Hijr : 56)

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah:5&6)


Justeru buat diri ini dan sahabat2 seperjuangan, ayuh teruskan perjuangan.Jangan diikut bisikan2 syaitan yang membisikkan kepada kelemahan.Semoga kali ini kemenangan akan menjadi milik bersama.Perjalanan ini panjang dan penuh berliku.Semoga selamat dalam pelayaran merentas badai dan ombak sehingga selamat sampai ke destinasi.Yakinlah dengan ketentuan dari Yang Maha Esa.




wallau'alam


Monday, June 29, 2009

Amanah Sekeping Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


"...sesungguhnya pendengaran,penglihatan,dan hati nurani,semuanya itu akan diminta pertanggung jawapannya"
(Al-Isra':36)

Penyakit hati ialah satu penyakit yang akan melahirkan sifat tercela kepada orang yang mengalaminya, jika tidak dirawat ia akan merosakkan sifat-sifat kemanusiaan dalam dirinya dan akan memudharatkan orang lain.

“ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ) , lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “
( al-Baqarah : 10 )


( QS al-Baqarah : 7 )

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu ada seketul daging, jika daging itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh anggota.” (HR Bukhari)

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi
Allah memandang kepada hati kamu.”(HR Muslim)



SIFAT-SIFAT HATI:
  • Lalai

suka menangguh pekerjaan yang diamanahkan

  • Sakit

nafsu menguasai diri membawa ke arah kejahatan.

  • Mati

menolak segala nasihat dan kebenaran

  • Hidup

hati yang dihiasi dengan nilai-nilai murni dan terpuji



JENIS-JENIS PENYAKIT HATI

  • Makan berlebihan (melampau) yang mengakibatkan malas bekerja dan berfikir.
( QS al-A’raf : 31 )

  • Banyak bercakap yang tidak mendatangkan faedah
( QS Al-Nisa’:114 )

“Barang siapa banyak perkataannya nescaya banyak jahatnya, dan barangsiapa banyak jahatnya banyak dosanya, dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka lebih layak baginya.” ( HR al-Baihaqi )

  • Marah bukan pada tempatnya:

Marah ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Marah bukan pada tempatnya adalah sifat yang amat dicela oleh syarak.

( QS ali-Imran : 134 )

“Bukanlah dikatakan kuat itu orang yang kuat bergusti, tetapi yang dikatakan kuat itu ialah
orang yang boleh menahan diri ketika dalam keadaan marah.” ( HR Bukhari dan Muslim )

  • Hasad dengki

Hasad dengki adalah natijah dari sifat dendam dan mempunyai pelbagai cabang yang tidak terhitung banyaknya.

“Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

( HR Abu Daud dan Baihaqi )



  • Bakhil dan cintakan harta

Bakhil dan cintakan harta ialah sayang terhadap apa yang dimilikinya untuk diberikan kepada orang lain yang memerlukan.
( QS Ali Imran : 180 )
( QS al-Hasyr : 9 )

“Jauhkanlah bersifat bakhil kerana bakhil itu menyebabkan binasanya kaum yang terdahulu.”

(HR Muslim)

  • Cintakan kemegahan

( QS al-Qasas : 83 )

  • Kasihkan dunia

( QS al-Syura: 20 )

“Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan.”(HR al-Baihaqi)

  • Takabbur

Takabbur ialah merasakan dirinya terlebih mulia daripada orang lain dan melihat orang lain terlebih hina daripadanya.

( QS Ghafir : 76 )
( QS al-Zumar : 60 )

“Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sebesar debu sifat sombong.”
( HR al-Tirmizi )

“ Tiga perkara yang membinasakan ibadah:Kedekut yang dituruti, mengikut hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ta’ajub seorang akan dirinya.” (HR al-Tabrani)

  • Riyak

Riyak ialah memikat hati orang ramai dengan menampakkan berbagai-bagai amalan baik, yang dilakukan semata-maata kerana inginkan pangkat atau kedudukan atau pujian.

( QS al-Maa’un : 1-6 )

“Sesungguhnya yang paling aku takut antara perkara yang ditakuti berlaku di atas kamu ialah syirik kecil. Baginda ditanya: Apakah syirik kecil Ya Rasulullah?, Jawab Baginda: Ialah Riyak.”
( HR Ahmad )

  • ‘Ujub

Ujub ialah merasa hairan dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
( QS al-Taubah : 25 )



RAWATAN
:
  • Ilmu, Iman dan Ihsan yang diperkukuhkan dengan amalan seperti solat, zikir, ikram, hidup sederhana.
  • Mewujudkan suasana keislaman di rumah.
  • Menghayati sunnah Rasulullah.
  • Menjaga makanan daripada yang haram dan syubhat.
  • Bermuraqabah (merasakan kita sentiasa di bawah pengawasan Allah SWT )
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah seperti taubat, takut kepada Allah, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, mahabah, redha dan ingatkan mati.
  • Integrasi antara ilmu, iman dan ihsan
  • Melaksana islam sebagai satu cara hidup
  • Menghayati sunnah Rasulullah Saw
  • Makan makanan yang halal,suci dan bersih
  • Sentiasa bermuhasabah diri
  • Menghayati sifat-sifat mahmudah
  • Dakwah kepada kebesaran Allah
  • Belajar dan mengajar
  • Ibadat dan zikir
  • Melakukan khidmat/perkara-perkara kebaikan



KESAN RAWATAN:
  • IMAN semakin mantap dan kukuh
  • Mendapat ketenangan hati dan jiwa.
  • Mendapat keredhaan Allah
  • Mudah melakukan kebajikan
  • Membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan
  • Kualiti kerja semakin meningkat
  • Bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah
  • Iman taqwa akan meningkat
  • Amal dan pekerjaaan seharian berlandaskan kekuatan dalaman
  • Cinta kepada Allah SWT.
  • Tindakan dan amalan berlandaskan akhlak Nabi saw.


sumber:
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/u2t3.pdf
http://www.islam.gov.my/pipa/dev/artikel/PENYAKIT%20HATI.pdf


>>jagalah hati.menjaganya sangatlah susah.jika telah memiliki hati yang bersih, peliharalah ia sebaiknya.Apabila sekali hati itu telah dinodai,pasti memerlukan segala daya untuk mengubatinya kembali.ibarat membina sebuah bangunan.mendirikannya lebih mudah daripada membaikinya kembali setelah hancur berderai.semoga berterusan
dikurniakan dgn hati yang sejahtera hingga ke akhir hayat,untuk dipersembahkan kpd Yang Maha Mencipta.


''Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba2Ku.dan masuklah ke dalam syurgaKu"
(Al-Fajr:27-30)


~Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati , tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu~



wallahu'alam

Wednesday, June 24, 2009

Sifat-sifat hamba Allah yg mendapat kemuliaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


63.Dan hamba2 Tuhan Yg Maha Penyayang itu (ialah) orang2 yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata2 yang baik




64. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka


65. Dan orang2 yang berkata : "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami,sesungguhnya azabnya itu adala kebinasaan yang kekal".


66. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.


67.Dan orang2 yang apabila membelanjakan (harta),mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir,dan adalah (pembelanjakan itu) di tengah2 antara yang demikian.


68.Dan orang2 yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yg melakukan yg demikian itu niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya)


69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu,dalam keadaan terhina.



70. kecuali orang2 yg bertaubat,beriman dan mengerjakan amal soleh,maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.



71. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.



72. Dan orang2 yang tidak memberikan persaksian palsu,dan apabila mereka bertemu dengan (orang2) yang mengerjakan perbuatan2 yang tidak berfaedah,mereka berlalu (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.



73. Dan orang2 yang apabila diberi peringatan dengan ayat2 Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang2 yang tuli dan buta.



74. Dan orang2 yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa.



75. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.



76.Mereka kekal di dalamnya.Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.



(Al-Furqaan:63-76)