Thursday, June 18, 2009

Pendidikan dan negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Isu pendidikan di negara kita bukanlah isu yang lapuk dan tidak perlu diberi perhatian. sebaliknya, isu pendidikan adalah isu semasa yg perlu diberi perhatian serius kerana pendidikan adalah medan untuk membangunkan modal insan bagi mendidik generasi berilmu.


Sejak kebelakangan ini, isu pendidikan di negara kita sedang dinilai dan ingin ditingkatkan keberkesanannya, sama ada dari segi meneruskan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, menjadikan Bahasa Inggeris sbg syarat lulus dalam SPM, dan juga mengehadkan bilangan subjek SPM kepada 10 subjek shj.


Saya tidak berminat untuk mengulas pengaplikasian Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, serta menjadikannya sbg syarat lulus dalam SPM.rakyat Malaysia telah bersuara, dan 80% menyokong tindakan tersebut.apapun tindakan, pasti ada pro dan kontranya.Di sini kita boleh fikirkan dan nilai bersama keberkesanan dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.mampukah bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu?Mungkin boleh.tetapi jika masyarakat Melayu sendiri tidak mengiktiraf dan tidak yakin dengan kebolehan bahasa kebangsaan, masakan ada masyarakat lain yg ingin mengangkatnya?




Jika ditinjau tindakan mengehadkan bilangan subjek dalam SPM kepada 10 matapelajaran shj,pada saya bukanlah satu tindakan yg progresif dan berkesan.Ia hanya menampakkan kedengkian pihak2 tertentu yang mungkin cemburu dengan golongan yang mampu mencapai hingga 21A dalam SPM, justeru menjadi perhatian rakyat dan pemimpin negara.


Jika alasan yang diberikan adalah untuk memberikan hak yang sama untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran, bukanlah alasan yang konkrit.ketika menilai pelajar2 cemerlang yang akan diberikan bantuan biasiswa, tentunya banyak cara dan mekanisma lain yg blh diaplikasikan supaya semua dinilai sama adil.tentunya pihak kementerian boleh menyenaraikan 10 subjek utama dan memberikan bantuan biasiswa berdasarkan 10 subjek tersebut.akan tetapi, keinginan pelajar2 untuk mengambil sebanyak manapun subjek dalam SPM tidak sepatutnya disekat.


Namun begitu, disinilah letaknya ujian terhadap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.Belajar kerana sijil atau ikhlas kerana Allah SWT.pelajar yang belajar kerana sijil sudah tentu akan berputus asa daripada menuntut ilmu selain daripada 10 mata pelajaran yang diwajibkan itu.namun, pelajar yang benar2 ikhlas akan meneruskan mencari ilmu2 luar walaupun ia bukanlah menjadi kayu ukur kecemerlangan dalam SPM.


Inilah cantiknya Islam.tidak mengajar kita untuk melakukan sesuatu kerana dunia yang tiada nilai di sisiNya,tetapi menumpukan diri dalam mencari redha Allah SWT.ilmu yang terbaik adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.


"Barangsiapa mneghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."

"Itulah orang2 yg tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yg telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan."

(Surah Hud:15&16)



Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya: "wahai anakku, duduklah dalam majlis para ulama' dan bersempit-sempitlah dengan 2 lutut kamu,sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan cahaya hikmah(ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan menurunkan hujan."




wallahu'alam.

Monday, June 15, 2009

Mutiara kata

Imam Syafii:

1. saya tidak pernah kenyang sejak berumur 16 thn,krna banyak makan itu memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan,menumpulkan otak,membuat mengantuk, dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.

2.saya tidak pernah bersumpah seumur hidup sama ada untuk kebenaran atau sebaliknya.

3. jika ditanya orang tentang sesuatu masalah, kadang2 beliau diam tanpa berkata walau sepatah pun.apabila ditanya, beliau menjawab: "sy diam sehingga sy mengetahui mana yg lebih baik, diam atau bercakap".


Imam Ahmad b. Hanbal:


1. tidak kira orang melihat akan daku,dan aku tidak melihat orang lain.Aku memandang bahawa menyendiri itu menyenangkan hatiku.

2. Ali bin Al-Madiny meminta nasihat daripada beliau.Imam Ahmad berkata: " jadikan taqwa itu sebagai bekalanmu, dan tegakkan akhirat di muka kamu."



Hassan Al-Basri:

1.Jangan tinggalkan amalan agamamu kerana takut kepada musuh yang akan mengganggumu, bahkan mereka itu mengganggu Allah.

2. Seseorang datang kpd Hassan dan mengadu bahawa hatinya telah menjadi keras.Hassan berkata: " hendaklah engkau selalu menghadiri majlis2 zikir dan menyantuni anak2 yatim."

3. Kubur adalah akhir dunia dan permulaan akhirat.


Zunnun Al-Misri:

1.Janganlah engkau membenci terhadap orang yang membuat dosa. kerana kamu tidak mengetahui mungkin sebelum meninggal dunia dia bertaubat kepada Allah dan diterima, maka dia menjadi orang yang tinggi darjatnya.

2.Kiralah amal-amalmu sblum engkau diperhitungkan di hari akhirat kelak.

3.Dunia tidak ada gunanya jika ,menyebabkan seseorang lupa kepada Allah.


Ibrahim Al-Khawwas
Perkara yg meninggikan darjat:

1. Membaca al-Quran sambil memahami makna

2. jangan makan sampai kenyang

3. berjaga malam untuk beribadah (tahajjud)

4. menangis dalam solat subuh (paling banyak memberikan kesan)

5.bergaul dengan orang2 alim dan wali2 Allah.



Syaqiq Al-Balkhi:

Aku mencari 5 perkara dan mendapatinya dalam 5 perkara.

1.aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha.

2. aku mencari penerang untuk alam kubur, aku mendapatinya dalam solat malam.

3. aku mencari jawapan untuk soalan mungkar dan nakir,aku mendapatinya dalam membaca Al-Quran.

4. aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang Titian Siratal Mustaqim, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah.

5. aku mencari naungan Arasy, dan aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah.

dia juga berkata: jangan tangguhkan taubat kpd ALlah kerana inginkan kurnia dan panjang umur.



Abu Hafs Al-Haddad:

1. Berharaplah kepada Allah seperti harapan seorang pengemis yang mengharapkan sedekah dari orang kaya.

2. Orang yang suka dipuji itu adalah sia2 dalam sukacitanya.

3. Jangan bergantung kepada ibadah dan latihan rohani semata-mata, tetapi bergantunglah pada rahmatNya.




petikan dari :
Kisah 85 kekasih Allah.

Bahasa Alam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."

"(yaitu) org2 yg mengingati Allah,sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2.Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka. "

(Ali Imran : 190&191)

setiap kejadian yg diciptakan oleh Allah SWT pasti ada hikmah yg tersembunyi.penciptaan manusia, langit dan bumi, penciptaan alam serta segala isinya perlulah kita hayati dan fikirkan agar bertambah ingatan kita kpd Allah SWT dan menghayati kebesaranNya.

sejak pulang ke tanahair, banyak bahasa2 alam yg perlu ditafsirkan.bukan sedikit bahasa yang ingin disampaikan,tetapi terlalu banyak.jangkaan saya untuk lari dari kepanasan bumi anbiya' yg kian meningkat terbukti salah.kepulangan ke Malaysia rupanya tidak kurang panasnya.ketika baru tiba ke tanahair,bonda juga mengkhabarkan sangat jarang hujan di bumi seremban ini dan cuaca yg panas.

tidak kurang juga bencana-bencana lain yg tidak kurang hebatnya seperti jerebu, wabak denggi yg semakin meningkat (di seremban dan bbrp negeri lain),wabak H1N1, dll.

jika kita fikirkan sejenak, tentunya ada sesuatu yg ingin disampaikan melalui bahasa alam ini.sy sndiri mengakui kelemahan diri yg tidak mampu untuk menyampaikan risalah Islam walaupun kpd saudara mara sendiri.sungguh menyedihkan.menyesal shj tidak berguna tanpa melakukan apa2 tindakan.
doakan semoga diri ini kuat untuk membawa risalahNya walau di mana kita berada.

semakin hari, semakin banyak maksiat dan kemungkaran yg berlaku.tidak kurang dengan gejala sosial,hedonisme,manusia yg semakin lupakan Tuhan, dan bangga dengan kemungkaran yg berkiblatkan barat sbg ukuran.Innalillah..inilah fitnah akhir zaman.golongan yg benar2 mengamalkan Islam ibarat menggenggam bara api.pedih dan menyakitkan.

di manakah perginya aktivis2 Islam yg sepaututnya mengadakan aktiviti2,usrah dll sbg makanan rohani insan2 yg ketandusan tarbiyah ini? siapakah lagi yg ingin menghidupkan biah islami di bumi ini jika bukan kita sbg penerajunya? sungguh, insan yg benar2 ikhlas dalam menyampaikan risalah dakwah ini semakin pupus dan tenggelam.siapakah yg akan melaksanakan kerja dakwah ini jika pelajar2 yg mengambil bidang syariah,agama, dan seumpama dengannya juga sangat enteng dalam mengamalkan Islam dalam hidupnya.gejala couple di IPT2,kolej2 Islam yg terdiri dari golongan yg belajar agama adalah perkara yg sangat berleluasa kala ini.(ini adalah kisah benar dari seorang penuntut institusi Islam tempatan)

bukanlah niat sy untuk menjatuhkan golongan agamawan.tidak sama sekali.tetapi, perlu kita fikirkan, jika bukan mereka yang menjadi ketua dan orang yg berada di saf hadapan untuk menegakkan Islam, siapa lagi?memang tidak dinafikan, kerja2 dakwah ini adalah tanggung jawab bersama, selagi anda bergelar seorang Muslim.namun, kita sangat memerlukan golongan Ulama' sebagai peneraju utama dan pembimbing dalam bidang da'wah ini.

tentunya kita runsing apabila memikirkan nasib generasi pada masa hadapan.kala ini, bidang profesional menjadi pilihan ramai sehingga mengenetepikan kepentingan bidang2 selainnya.pelajar2 yg agak cemerlang dalam pelajaran kebanyakannya cenderung memilih kerjaya dalam bidang profesional.satu persepsi masyarakat yg perlu diubah.

selain itu,terdapat juga golongan2 profesional yg sedar dengan tanggung jawab dan amanah amar ma'ruf nahi mungkar yang lebih menonjol dari golongan agamawan sendiri.maka, tidak hairanlah bila mana golongan yg kurang ilmu agama menjadikan hukum sebagai mainan.maka, keluarlah hukum2 pelik, menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal sedangkan perkara tersebut perlu dirujuk kepada orang yg lebih berkelayakan.

oleh itu, adalah penting untuk kita sama2 mengangkat golongan agamawan sebagai pemimpin untuk meneraju masyarakat ke arah keredhaan Allah SWT.sebagai golongan yg bakal meneraju bidang profesional pula, kita perlulah mendekati dan menimba sebanyak mungkin ilmu dari golongan agamawan ini agar kita tidak menjadi fitnah kepada agama yg kita sayangi.justeru, paduan antara ulama' dan profesional amat penting untuk melahirkan dakwah yg lebih segar, bersinergi, mantap dan berkesan.

semoga Allah memelihara kita agar terus menjadi pendokong agamaNya, terus thabat dalam memperjuangkan Islam tercinta.



wallahu'alam.

Friday, June 12, 2009

kematian VS perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati.."


terpana dengan ayat Al-Quran di atas.ketika kematian datang menjemput, tidak akan lengah walau sesaat dn tidak pula terawal walaupun sesaat..betapa lekanya diri ini dengan kehidupan di dunia yg sementara pinjaman yg Esa.

kelmarin sy terleka melayan sahabat2 banat gen6 DQ yg
tengah havoc dgn berita2 sahabat kami yg akan melansungkan perkahwinan tahun ini; Amalina Ismail dan Wardah.tahniah sy ucapkan kpd kedua psangan..sungguh, setiap tahun pasti akan ada berita2 tergempar yg akan diterima.sorang demi seorang sahabat saya mula menamatkan zaman bujang mereka.tahniah sekali lagi diucapkan kepada sahabat2 sama ada di bumi mesir mahupun malaysia yang telah sampai masa dan ketika untuk mendirikan bait muslim.semoga kalian memperoleh bahagia, dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam perkahwinan yg barakah hingga ke syurgaNya.ameen.

setelah kedatangan khabar2 gembira tersebut, sy dikejutkan pula dengan berita kemalangan bbrp org pelajar perubatan Universiti Kaherah.Seorang telah pulang kehadrat Allah SWT dan 4 yg lain cedera...
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.. masyaAllah, hanya sebentar kegembiraan tadi. Allah telah mengingatkan sy tentang kematian.Alhamdulillah.Maha Suci Allah.

siapa yang tidak gembira bila mendengar berita perkahwinan terutamanya dari sahabat2 yg disayangi..sungguh, kegembiraan mereka sebahgian dari kegembiraan sy juga.apabila mereka sedih, kita juga turut terasa kesedihan yg sama..apatah lagi jika saat ini ada yg sedang menghitung -hitung hari bahagia,sedang mencari-cari tarikh perkahwinan, dll.


namun, dalam kegembiraan itu, jangan dilupa kepada peringatan yg telah diberiNya,iaitu kematian.kematian blh datang bila2 masa,tidak kira masa dan ketika.berapa bnyak cerita dan kisah yg telah kita dengar boleh jadi esok akan berlangsungnya hari pernikahan,hari ini maut datang menjemput..semuanya adalah milik Allah SWT.

~orang yang paling bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati, dan sentiasa bersungguh-sungguh menghadapinya~ (al-hadith)




Perkahwinan yang mengingatkan kepada kematian



Jika ditanya, sesiapapun akan mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia.mustahil ada pasangan yang inginkan rumah tangga yg porak peranda dan tidak bahagia.semuanya mengimpikan sebuah rumah tangga yg boleh menuju kepada syurgaNya.


perkahwinan yg boleh mengingatkan kpd kematian adalah sebuah ikatan yg suci dan berlandaskan iman dan taqwa kpd Allah SWT.bukannya perkahwinan yg berlandaskan nafsu dan inginkan kepuasan semata-mata. matlamat perkahwinan yg ingin mendapat redha Allah, adalah yg terbaik.Justeru, amat penting unt memulakan langkah murni tersebut dgn memilih pasangan yg soleh, yg cintanya hanya untuk Allah dan RasulNya.berdampingan dengan insan begitu, boleh menambahkan lg cinta dan ingatan kita kepada Allah SWT.teringat satu kata2; sahabat yg baik adalah sahabat yg blh mengingatkan kita kepada Allah SWT.


hakikatnya, perkahwinan adalah AMANAH.untuk menuju sebuah perkahwinan yg sakinah pastinya perlukan persediaan yg secukupnya; dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani, dan paling penting, persediaan ILMU dan IMAN.



Justeru, perkahwinan yg dilandasi rasa amanah dan tanggungjawab yg maha berat pastinya mengingatkan kita kepada sebuah kematian.betapa beratnya untuk berhadapan di hari perhitungan jika seorang isteri gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada suami dan anak2.lebih berat lagi tanggungjawab itu untuk dipikul oleh seorang yang bergelar suami, yg menjadi ketua keluarga;mendidik dan membimbing keluarga agar dijauhkan dari siksaan api neraka.


bersediakah anda?jaga diri, jaga iman.


wallahu'alam

Monday, June 8, 2009

Jalan MenujuNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang" (Ar-ra'd:28)


Diri manusia yang inginkan ketenangan akan segera kembali kepada fitrah.kecelaruan, ketidaktenangan hati, dan keserabutan fikiran hanya akan berjaya diubat dengan kembali kepada fitrah asal kejadian.asal kejadian manusia yg sebenarnya perlukan kpd Tuhan, semakin dilupakan apabila kita semakin lari dan jauh dari Tuhan,dari kata2, nasihat, dan petunjuk KalamNya.itulah bicaraNya kepada hamba,melalui kalamNya yg kareem.

justeru, lidah yg basah menyebut namaNya,hati dan fikiran yg sentiasa berfikir, mengingatiNya, adalah cita2 teragung dan pekerti terindah.tiap saat tidak terlepas dari memikirkan tentang si Dia; betapa Maha Besarnya Dia, Maha Suci, Maha Agung.Lantas kalimah Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah merupakan zikir terindah,kunci iman,syarat memasuki syurgaNya.tanda penyucian pengabdian yang total kepada yg Maha Esa, Maha Satu, tanpa sebarang cacat cela.

"sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."

"(yaitu) org2 yg mengingati Allah,sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2.Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka. "

(Ali Imran : 190&191)


Ramai manusia ingin menuju kepadaNya.ramai yang ingn mencariNya.namun, tanpa ilmu, bimbingan dan tarbiyah dari orang yang selayaknya,kita bisa tersasar dari landasan.ilmu yang benar, amal yang ikhlas, akan menemukan insan kepada pencipta.belajar tanpa guru, pastinya syaitan laknatullah akan memperdaya.lantas tipu daya itu menyebabkan kita jauh terpesong,melanggar upaya akal fikiran yang terbatas.


ILMU YANG MEMANDU

ilmu fardhu 'ain adalah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Muslim.Tauhid adalah ilmu mengenal Tuhan.menyucikan pengabdian kepadaNya,membersihkan Dia dari sifat2 yang mustahil bagiNya.

Feqah
adalah ilmu yang menentukan ibadah seseorang diterima atau ditolak.setiap inci perlakuan dalam hidup ada kayu pengukurnya,ada syarat dan adab yg perlu dipatuhi.jika tidak dipelajari,bakal menjerumuskan diri dalam perkara2 haram dan dimurkaiNya.

Tasawuf
adalah ilmu penyucian jiwa.membersihkan jiwa dari sifat2 jahiliah yg selama ini tanpa disedari menjadi pakaian seharian kita.menjawab persoalan hidup dan menjadi benteng pertahanan dari tipu daya dunia yang semakin merosakkan akhlak dan peribadi manusia.sifat bakhil,ujub, takabur,riyak, sombong,cinta dunia, merupakan barah dalam diri yang perlu segera diubati.

Justeru, paduan ilmu fardhu 'ain ini, menjadikan kita insan yang lurus hati dan batinnya, terpandu dengan ilmu wahyu, Al-Quran dan Sunnah peninggalan junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Mengeluarkan kita dari belenggu jahiliyah yang selama ini menjadi tradisi dan amalan kita,lantas memperkenalkan kita kepada kesyumulan dan keindahan Islam sebenar.

Ilmu melahirkan iman,menghasilkan amal dan membuahkan akhlak yang terpuji.Mungkin inilah sifir yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

"Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami.dan sungguh,Allah berserta orang2 yang berbuat baik."

( Al-Ankabut : 69)



AL-FATIHAH, SURAH PEMBUKAAN





Surah Al-Fatihah wajib kita baca 17 kali dalam sehari.ia menjadi rukun yang wajib dibaca dalam setiap kali menunaikan solat.Ia juga disebut sebagai sab'ul mathani atau 7 ayat yang diulang-ulang. cubalah kita perhatikan intipati surah Al-fatihah itu sendiri.cukup untuk menggambarkan pujian yang agung kpd Allah SWT,penyerahan diri, dan pengharapan kpd kebesaranNya. harapan agar ditunjukkan jalan yg lurus, iaitu jalan org2 yang telah Dia berikan nikmat, bukannya jalan orang yg Dia murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat.


sebagai hamba yg serba kekurangan, kita tidak punya apa2, kerana segala-galanya adalah milikNya. kepandaian, kepintaran, kecantikan, segalanya adalah milikNya yg dipinjamkan kepada kita.Dia jugalah yg berhak menentukan kesudahan dan pengakhiran hidup ini, sama ada bahagia atau sengsara. justeru, pengharapan yg setulusnya perlulah di ajukan hanya kepadaNya. Semoga kita dapat sama2 menuju kpdNya dgn keikhlasan dn ketulusan hati yg menjadikan redhaNya sebagai keutamaan.




seorang Murabbi pernah bertanya,


1) apakah dalam dunia ini, yang lurus selurus-lurusnya?

2)apakah dalam dunia ini, yang bulat sebulat-bulatnya?

anda tahu jawapannya?fikir-fikirkanlah.



wallahu'alam

Tuesday, June 2, 2009

Student Welfare

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh


buat sahabat2 yg berada di bumi anbiya',salam imtihan bt semua..semoga terus tabah dan thabat dalam perjuangan dalam medan imtihan.semoga dipermudahkan segala urusan unt menjawab soalan2 peperiksaan.



buat tatapan sahabat sekalian, sy ingin menceritakan serba sedikit tentang hal2 kebajikan yang sangat penting untuk sama2 kita ambil cakna.jika kala ini kalian mampu membayar sewa rumah LE300 sebulan,mampu membeli makanan dan pakaian yg mewah,punya wang yang melimpah ruah sehingga tidak tahu bgaimana untuk dibelanjakan..namun masih terdapat sahabat2 di sekeliling kita yang serba kekurangan.


setelah lebih kurang beberapa bulan ditaklifkan sbg timb unit kebajikan PCM,banyak aduan yang diterima berhubung hal2 kebajikan pelajar.aduan yang diterima berhubung kebajikan bermula dari masalah2 sakit,kekurangan wang, dan sebagainya, sangat penting untuk sama2 kita ambil berat.tugas2 kebajikan ini bukanlah hanya terbeban di atas unit kebajikan semata-mata, tetapi perlu kita sama2 mengambil cakna dan saling bantu-membantu atas dasar persaudaraan sesama Islam.


ketika sy dan sahabat sekalian sudah selesai urusan pembayaran yuran,masih terdapat adik2 kita yang belum mampu untuk mendapatkan wang membayar yuran pengajian.ada yang terpaksa ikat perut untuk menjimatkan wang perbelanjaan semata-mata mengumpul wang buat membayar yuran pengajian yang bukan sedikit.masih ada di kalangan kita yang sangat runsing memikirkan hal2 pembayaran yuran ini sedangkan kita mampu
mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan tanpa sebarang masalah.




sahabat sekalian, sedarlah bahawa di bumi Mansurah kala ini ramai sahabat2 kita yang masih belum mendapat mana2 tajaan dan bantuan pelajaran.ketika pihak2 tertentu ghairah mempromosikan peluang belajar perubatan di Universiti Mansurah khususnya,hakikat penderitaan yang ditanggung amat memedihkan, sehinggakan terpaksa menanggung risiko dihantar pulang ke Malaysia!



Kami di unit kebajikan sendiri tidak mampu unt menyediakan bantuan kewangan bulanan buat sahabat2 yang kurang berkemampuan.memandangkan kutipan Tabung Kasih Sayang yang semakin menyusut,tanpa ada pendapatan lain,amat mustahil untuk kami menyalurkan bantuan kpd sahabat2 yang kurang berkemampuan.menolong sekadar yang termampu; cuma itu yang mampu kami lakukan.itu pun masih ada sebahagian kita yang mengelak dan mempersoalkan bayaran LE50 untuk TKS.


Buat sahabat yang berkemampuan dan ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban sahabat2 kita yang kurang berkemampuan, silalah berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan PCM (Saudara Mujahid) dan Timbalan Ketua Unit Kebajikan PCM (pemangku: Saudari Izzati Mohd Yunus, Mansoura-Manchester Programme).Semoga kesibukan mengulang kaji pelajaran bukanlah menjadi alasan untuk kita sama2 melaksanakan tanggung jawab sebagai saudara sesama Islam untuk membantu saudara2 kita yang kurang berkemampuan.Sebarang cadangan membina amat kami alu-alukan.




~Salam dari bumi Malaysia~