Wednesday, May 26, 2010

Pesan Ulama' 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Pesanan Imam Al-Ghazali:Mengubat penyakit suka buang masa
  1. Yakin Mati berada di depan
  2. Rasa tanggung jawab terhadap setiap kalimat yang keluar dari mulutnya
  3. Rasa nafas yang disedut adalah modal2 yang tak ternilai (untuk akhirat)
  4. Lidahnya adalah jaringan yang boleh memburu bidadari (huurun 'ain)
  5. Menjauhkan diri daripada perkara2 yang tidak berfaedah

Malik b Dinar: Bila rasa hati keras, lemah pada badan (malas ibadah),rezeki tak berkat,dll, sbb:
-cakap perkara2 yang tak berfaedah


Imam Syafi'e: 3 perkara menambahkan akal fikiran:-
1. berdampingan dengan Ulama'
2.berdampingna dengan orang2 soleh, wara'
3. tinggalkan cakap perkara2 yang tak berfaedah.

Monday, May 24, 2010

Pesan ulama'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setelah lama membiarkan blog kesepian, kini diberi kekuatan untuk kembali mencoret sesuatu di ruangan ini.ketika membelek-belek nota2 lama, saya terjumpa tazkirah2 ini yg pernah sy ikuti dalam kelas pengajian.semoga bersama mendapat manfaat.

Pesanan Ibrahim b Adham, sebab2 doa tak diterima ada 10:
  1. Kenal Allah,tapi tak tunaikan hakNya
  2. sangka cinta kepada Rasul, tapi tak laksanakan Sunnah Baginda SAW
  3. Membaca Al-Quran, tapi tak beramal dengannya
  4. makan nikmat-nikmat Allah,tapi tak bersyukur dengan sebenar-benar syukur
  5. Mengakui syaitan sebagai musuh, tapi tak melawan/menentang syaitan
  6. mengatakan bahawa syurga itu benar, tapi tak beramal untuk ke syurga
  7. mengatakan neraka itu benar, tapi tak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Tahu mati itu betul, tapi tak bersedia
  9. bangkit dari tidur, sibuk perhatikan keaiban manusia, tapi tak mengaku keaiban sendiri
  10. mengafankan orang yang mati, tapi tak ambil iktibar.


Perkara-perkara yang boleh meningkatkan hati:
  1. Baca al-Quran dan tadabbur
  2. mengosongkan perut (kurangkan makan)
  3. Qiamullail
  4. bermunajat pada waktu sahur
  5. berdamping dengan orang2 soleh
  6. senyap daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah
  7. beruzlah (mengasingkan diri) daripada orang2 jahil (selain tujuan da'wah)
  8. makan makanan yang halal