Friday, August 31, 2012

Hayya bil 'arabiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Anbiya', diri ini berazam dan bercita - cita untuk menguasai Bahasa Arab. Semasa di sekolah rendah dan menengah, subjek yang paling ku minati adalah Bahasa Arab. Antara sebab ku memilih untuk belajar di Negara Arab juga adalah kerana Bahasa Arab. Masya Allah..betapa agungnya bahasa syurga ini. 

Tapi, kini.. telah hampir 6 tahun ku berada di negara Arab. tetapi, masih belum fasih berbahasa Arab :((  tetapi aku berusaha untuk menguasainya dengan cuba menterjemah dan membentang dalam usrah kitab/tulisan bahasa Arab. sangat cemburu dengan sahabat2 di pengajian Islam yang pandai menterjemah. ya Allah, permudahkanlah diri ini untuk menguasai bahasa Al-Quran, bahasa SyurgaMu. 

Bagiku, walaupun belajar di bidang perubatan, bukanlah menjadi alasan untuk tidak mahir berbahasa Arab. kerana bahasa Arab adalah tuntutan bg setiap Muslim,bahasa Al-Quran, menjadi kewajipan terutamanya untuk para pendokong gerakan Islam. Hal ini kerana, terlalu banyak kitab-kitab gerakan dikarang oleh penulis dan ulama' tersohor adalah dalam bahasa Arab dan masih belum diterjemah. Begitu juga dengan kitab-kitab perubatan Islam. penguasaan bahasa Arab memberi jaminan pengetahuan dan ilmu yang sangat luas. kitab tafsir, fiqh, haraki, dan lain-lain banyak yang perlu diterjemahkan mengikut uslub bahasa Arab. 

Ya Allah, permudahkanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku untuk menguasai bahasa syurga, bahasa Al-Quran yang menjadi syiar agamaMu ini.. semoga kami dapat memartabatkan syiar Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti mana para pejuang agamaMu yang terdahulu.. terimalah segala amalan kami ya Allah..ameen ya Rabbal'alamin.. 

Monday, August 27, 2012

Aku, PMRAM & PERUBATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selama hampir 6 tahun aku berada di bumi Anbiya', terlalu banyak pengalaman, pahit manis, suka dan duka yang ku lalui. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.Pengalaman berharga yang dianugerahkan olehNya datang tanpa diduga. Namun akhirnya, ku akur dengan ketentuan itu..walaupun pedih pada mulanya, namun aku cuba belajar dari keperitan itu, dan akhirnya  ia menjadi kemanisan yang bakal ku kenang dalam sejarah hidupku.


Penglibatan dalam PERUBATAN bagi seorang mahasiswi perubatan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, penglibatan dalam PMRAM bagi seorang mahasiswi perubatan adalah sesuatu yang jarang ditemui di bumi Mesir ini. Ramai di kalangan sahabatku dalam kalangan perubatan terdiri dari orang 'kuat' menyokong PMRAM di sebalik tabir. Di khalayak, kami terpaksa menyembunyikan ke'PMRAM'an, kerana ancaman-ancaman yang melemahkan. Tahniah sahabat yang juga berjuang dalam medan PMRAM! kalian membuktikan kefahaman mendasari perjuangan. kalian rela menanggung risiko walau diancam dengan gertakan sang penguasa.

Berada dalam gelanggang PMRAM memberikan pengalaman berharga buatku. Selepas 3 sesi berada dalam PCM, aku dipinjamkan ke DPMM yang merupakan penaung mahasiswa/wi Al-Azhar di Mansurah. keberadaan ini mengajarku pelbagai perkara. tarbiyah, thaqafah, pengurusan, softskill, dan banyak lagi perkara baru yang tidak ku temui semasa berada di PERUBATAN. 


keberadaan PMRAM yang sekian lama (lebih 80 tahun) cukup menjadikan ia sebuah organisasi yang mantap dan disegani dari segenap aspek. Pengurusan, tarbiyah, thaqafah, dll bagiku mampu melahirkan acuan azhari yang lengkap dari sudut kefahaman, pengalaman dan gerak kerja dalam sebuah organisasi Islam. Kekuatan roh Islami seringkali terpancar dalam program-program dan aktiviti anjuran PMRAM, menjalar dalam segenap ruang tubuh insan yang bersamanya,sekaligus menaikkan semangat dalam berjuang.Sungguh, persatuan ini terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi. Namun, semakin banyak dugaan itu datang, semakin kuat pergantungan mereka dengan Tuhan, sekaligus memancarkan nusrahNya memihak kepada kebenaran menyebelahi mereka yang dizalimi. Bumi barakah ini tidak pernah menyembunyikan kemungkaran sang penguasa, kerana sentiasa menyingkap kebenaran dipihak yang mana! Itulah kekuatan PMRAM, kekuatan KESATUAN yang didasari kefahaman, mengikat hati-hati insan bergerak bersamanya. semoga segala ilmu dan pengalaman yang kutimba di sini dapat membantuku dalam melaksanakan misi menjulang agamaNya di tanah air kelak, insyaAllah.  


Namun, kini kusedari. selepas beberapa tahun meninggalkan pentadbiran PCM, banyak peningkatan yang berlaku. PCM kini jauh lebih baik prestasinya berbanding sesi-sesi lepas. Banyak pembaharuan yang dilakukan termasuk program -program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Semoga aku juga dapat membantu PCM dan PERUBATAN dalam meningkatkan kualiti tarbiyah, thaqafah, dll terutama bagi memanfaatkan pengalamanku berada dalam DPMM. insyaAllah, semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjalanan kita memartabat agamaNya. Ya Allah, thabatkan diri ini dalam jalan perjuangan menegakkan agamaMu.kurniakan kami syahid di jalanMu.Ameen ya rabbal'alamin..

Monday, May 7, 2012

Membudayakan Islam dalam kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, wassolaatu wassalam 'ala Rasulillah wa'ala aalihi wasohbihi ajmain.

Melihat reality masyarakat kita pada hari ini, terlalu banyak gejala dan kebiasaan yg perlu kita perbaiki agar segalanya selari dengan acuan Islam. Kita tidak boleh memisahkan Islam dari kehidupan. Islam adalah segala-galanya, Islam adalah cara hidup! Bukan hanya Islam ketika majlis akad nikah, majlis bacaan Yaa Sin dan tahlil, ketika kematian, tetapi ia meliputi segala sistem, setiap inci dalam kehidupan dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya.

Hari ini, masih terdapat saluran yang cuba memesongkan masyarakat kita dari mengikut cara hidup Islam sebenar..Tidak dinafikan, media massa kini memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat menonton, membaca, melihat apa yang dibentangkan dihadapannya. Jika kebaikanlah yang dibentangkan, maka baiklah masyarakat tersebut.Jika sebaliknya, maka rosaklah masyarakat dan boleh menyebabkan kehidupan mereka terseleweng dari landasan Islam sebenar. 

Hari ini, rakyat dan masyarakat kita di Malaysia masih buta dengan cara hidup Islam yang syumul dan tulen. Masakan tidak, mereka dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan, politik lucah dan porno, perkara-perkara  yang melalaikan, dan memperbodohkan minda masyarakat. Masyarakat didoktrin untuk takut dengan Islam, takut melaksanakan hukuman Islam, mengagung-agungkan hiburan, lagho, kelalaian yang merugikan!! Jika anda lakukan perkara tersebut kerana jahil, maka bertaubatlah dan kembalilah kepada Islam yang sempurna. Carilah hidayah dariNya agar kita bisa meniti hari dalam kehidupan dengan redha dan rahmat Allah SWT.

Saya tertarik dengan tajuk berita dalam akhbar berita harian hari ini iaitu:

7.4 juta tonton ABPBH di TV3 dan Astro 


Kepada wartawan, penerbit dan semua kakitangan yang terlibat menyebarkan berita ini... ingin saya persoalkan, apakah yang perlu dibanggakan dengan ramainya penonton yang menonton rancangan hiburan sebegini yang melalaikan di saluran televisyen anda? 
Ini bukanlah yang pertama.dan bukan hanya sekali..namun hari ini saya ingin merekodkan dalam tulisan di ruangan ini sebagai contoh dan bukti.Untuk membuka mata dan hati yang tersadur dengan karat, agar bisa mencetus fikir dan zikir! Hasbunallahu wani'mal wakeel..ni'mal maula wa ni'mannasiir.

masyaAllah..kadang kala lidah kelu untuk bersuara, dek kerana hati yang terlalu membara.
speechless!



Wednesday, November 9, 2011

KESATUAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

sejak berada di bumi Mesir, banyak benda yang aku pelajari.tentang jemaah,kesatuan, dan lain-lain..semasa mula-mula berada disini, cukup bahagia bersama persatuan.cukup sayang dgn PCM..lama kelamaan,bberapa tahun kemudian, muncullah bbrp 'kumpulan' lain yg merunsingkan exco2 dan pendokong persatuan ini.sedikit demi sedikit kesatuan kami diuji.ada kumpulan yg tk berpuas hati dg PCM yg dikatakan terlalu 'islamic' & angelic..tk kurang juga yg menubuhkan usrah2 lain dan menambah kecelaruan ahli2 untuk memilih jemaah unt di'intima'..

persoalan saya, knp perlu ada persatuan lain sedangkan persatuan yg sedia ada telah menyediakan pelbagai medium yg diperlukan ahli.mungkin msa mula2 ditubuhkan,tarbiyah pcm masih kurang..namun disitulah kita berpijak pada realiti.hampir setiap sesi pcm membuat penambahbaikan sistem pentarbiyahan..semuanya kerana ingin mencari mekanisma terbaik untuk diberikan kpd ahli.pcm ditubuhkan atas kesedaran tersendiri ahli2nya yang ingin menyampaikan dakwah kpd setiap lapisan manusia tidak kira latar belakang keluarga, pendidikan, kewangan, dan sebagainya.apalah salahnya jika kita sama2 membantu dan menyokong usaha itu?

teringat kata-kata seorang pimpinan PMRAM.PMRAM adalah ibarat satu khilafah mahasiswa di Mesir.seandainya kita tidak mampu menjaga satu khilafah ini,bagaimana pula nak mendirikan khilafah Islam di Malaysia nanti?fikir2kanlah sahabat2..

memanglah, bukan mudah untuk membersihkan fikrah seseorang yg telah lama dididik dan diasuh dgn fikrah tertentu.jika fikrah yg dipegang adalah fikrah yg benar berlandaskan manhaj Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, alhmdulillah..tetapi jika bukan dari manhaj tersebut, tentunya mengambil satu masa yg lama unt dibersihkan kembali dan perlu melalui satu proses tarbiyah yg agak panjang..

saya melihat, PMRAM selaku persatuan mahasiswa Islam Malaysia yg plg lama berada di Mesir ini telah punya manhaj tarbiyah yg cukup.tinggal sahaja kesediaan ahli unt menerima tarbiyah tersebut.jika ingin buktinya, silakan sertai program2 anjuran PMRAM.bermula dari USMB, Hari Tautan Mahabbah, OASIS a.k.a KEJORA, Kollokium Ilmuan, Pembacaan Kuttub Sittah, dll lagi. tentunya dpt merasakan zouq keizzahan mahasiswa Islam didalamnya.

manhaj tarbiyahnya cukup jelas menghala kepada kesatuan dari segi fikrah dan amal.kerana manhaj AL-Quran & As-Sunnah itu satu,tentunya pada perkara2 dasar dan terasnya kita perlu bersatu walaupun dari segi furu' / cabangnya masing2 punya tafsiran berbeza.

sungguh, secara peribadinya sy cukup sayang dgn kesatuan ahli2 dalam PCM.andai kita bersatu, langkah yg kita hayun cukup padu dan jitu..sederap selangkah bersama-sama.masing2 dicorak dengan fikrah yang SATU.iaitu fikrah Rabbani bersumberkan manhaj yang SATU, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.tapi malangnya hakikat itu mungkin satu khayalan kerana kita tidak bisa meninggalkan 'kumpulan2 kecil' itu demi membantu satu persatuan induk yg didirikan atas kesedaran dakwah tersendiri di bumi anbiya' ini..sesuai dgn waqi' dan mad'u disini..

sy tidak setuju jika masih ada lg yg mengaitkan kami menuju kepada matlamat yg sama, tapi caranya berbeza-beza.ada yg naik bas,lori,kereta,kapal terbang, dll..apalah salahnya jika sama-sama naik kenderaan yg sama, mengharungi susah payah bersama, bersabar dgn kelemahan yg ada dan berusaha memperbaiki unt menuju kepada matlamat yg satu?adakah kejayaan Islam itu diukur bilamana salah satu kenderaan sampai dahulu, dan yg lain sampai kemudian?adakah kalian sanggup melihat saudara2 kita ketinggalan sedangkan kita sungguh selesa berada di depan?

kita lebih suka membiarkan 'kumpulan' ini bergerak cara begini..yg lain pula begitu..tanpa ada kesepakatan dalam setiap gerak kerja dakwah.akhirnya, kau kau, aku aku..Musuh Islam ketawa lagi!

Monday, July 4, 2011

Aqidah & Perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Dalam buku Aqidah & Perjuangan, sebuah buku yang memuatkan siri-siri ceramah Almarhum Us Fadzil Mohd Noor menyatakan definisi Aqidah:

"Perkataan ‘aqada dalam bahasa Arab bererti mengikat. Aqidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang,pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dandengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin."

Kita sering mengeluh, mengapa gejala sosial semakin lama semakin parah.
Rompak... Samun... Rogol... Seks bebas... Sumbang mahram... Buang anak... Rasuah... Korupsi... bla... bla... bla...

Apa puncanya? Maka terdengarlah suara-suara yang menyalahkan pihak-pihak tertentu.
Ibu bapa... Guru... Pemimpin... Lelaki... Wanita... bla... bla... bla...

Namun, masalah tak juga selesai. Malah, semakin teruk. Kenapa ye?

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"

Sebenarnya, pusing punya pusing, masalah yang berlaku di dunia ni - baik masalah di peringkat individu, masyarakat, negara bahkan dunia - adalah kerana kehidupan mereka tidak terarah dan terpimpin.

Kerana itu dalam Islam, perkara paling asas yang wajib dipelajari oleh semua manusia adalah AQIDAH.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor telah megemukakan satu definisi yang cukup mudah kepada kita untuk menggambarkan betapaAQIDAH mampu mencorakkan SELURUH kehidupan manusia agar aman... agar damai... agar selamat... di dunia dan akhirat.

Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERARAH.
Dari AQIDAH, maka lahirlah kehidupan yang TERPIMPIN.

Kehidupan disini merangkumi seluruh peringkat: individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia.

Diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita 'di ikat' dengan 'ikatan keyakinan'. Maka, 'ikatan' inilah yang akan mengawal diri, pemikiran, hati dan kehidupan kita dari melayang tak tentu hala yang akhirnya mengakibatkan kebinasaan.

Hidup kita adalah keranaAQIDAH, perjuangan kita adalah perjuanganAQIDAH, dan pastikan mati kita juga adalah dalamAQIDAH.

"Kenapa layang-layang perlu diikat dengan tali? Apa akibatnya jika tali itu putus?"


Supaya layang-layang itu jadi terarah dan terpimpin. Jika tidak, ia akan melayang dengan bebasnya tanpa tujuan, akhirnya tersadai sebagai sampah yang tak berguna...

.........................................................................................................................................................................

AQIDAH & PERJUANGAN

Aqidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan aqidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan aqidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

3 Unsur Utama Aqidah

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T
2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah
3. Tidak mencari hakim selain Allah

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

1. Supaya jelas matlamat perjuangan
Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya



2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً , وفي رواية : يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah

2 kisah dalam peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara ini lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a.w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

قَالَ الرَّسُوْلُ : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ

Maksudnya : Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

6. Supaya amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan

قَالَ الرَّسُوْلُ : لا دين لمن لاأمانة له

قَالَ الرَّسُوْلُ : يا أبا ذر إنك ضعيف وأنها أمانة وأنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من آخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها – رواه مسلم

Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan yang akan menimpa kecuali orang yang telah mengambilnya dengan hak dan menunaikan tanggungjawabnya

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين

Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين .

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan: “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan
Firman Allah S.W.T dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan

120 سورة االأنعام :

وذروا ظــهر الإثم وباطنه إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون

Maksudnya : Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi balasan disebabkan apa yang mereka telah kerjakan

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

Kongklusinya,
Menyedari tentang betapa pentingnya aqidah yang jelas dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini maka kita wajib memperteguh serta menyuburkannya dalam diri ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Thursday, June 30, 2011

Aqidah yg Benar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah agak lama saya meninggalkan bidang penulisan blog ini.tulisan2 yang lahir dari fikiran sendiri sgt kurang sy lontarkan lantaran kekangan yang hanya menjadi alasan.hakikatnya, kekuatan untuk terus menulis itu hanya datang dari Nya.semoga Dia terus memberi kekuatan kpd diri ini untuk mencoret sesuatu buat menyebar risalah Rasul junjungan.insyaAllah..

AQIDAH YANG BENAR

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Definisi Iman

Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah: membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Penjelasan Definisi Iman

“Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.

“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).

“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu bisa bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.


Sungguh, aqidah itu ditanam dan disemai bukanlah dlm keadaan hati yg lalai, sambil lewa dan acuh tak acuh.Aqidah itu perlu dipasakkan dengan sekukuhnya kerana ia akan tubuh menjadi sebatang pohon, berbuah dan memberi manfaat kpd makhluk yang lain.benih yang disemai itu pula perlulah dibaja, di belai dan dijaga sebaik mungkin agar pohon yang tumbuh itu benar-benar kukuh dan bercambah menghasilkan generasi-generasi baru hasil dari baka yg bermutu.

Aqidah yg benar itu sudah tentu bersumberkan kpd al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Aqidah ahli sunnah wal jama'ah adalah satu2 nya aqidah yg diterima disisi Allah SWT.lantas diri bertanya..benarkah diri ini sudah beriman dgn aqidah yg sebenarnya itu?Allah SWT jugalah yg menggerakkan hati, memberikan taufiq dan hidayah kpd hambaNya membimbing kita ke jalan yg lurus lg diredai.Dia jugalah yg mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya.Aqidah itu perlu dipelajari daripada ilmu yg benar bersumberkan manhaj al-Quran dan sunnah Nabi SAW.sebenarnya, perjalanan hidup ini sudah cantik diatur manhajnya berdasarkan kalam Allah SWT.keimanan dan keyakinan itu bukan hanya semata-mata diakui dengan hati.tetapi perlu dijelmakan dalam perbuatan dan ucapan.


As-syahid Sayyid Qutbb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran, ketika menjelaskan tntg keimanan kepada Rasul-rasul menyatakan bahawa:
"Ia bukan semata-mata keimanan yang pasif, melainkan dibarengi dengan tindakan yang positif dengan membela Rasul-rasul itu,menyinsingkan lengan baju untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Allah,dan membuktikan seluruh kehidupannya untuk menunaikan ajaran-ajaranNya.maka, diantara konsekuensi iman kepada agama Allah adalah bangkit membela apa yang diimaninya itu,menegakkannya di muka bumi, dan mewujudkannya di dalam kehidupan manusia.

Agama Allah bukan semata-mata pola kepercayaan (aqidah),dan bukan semata-mata syiar pengibadatan.akan tetapi, ia merupakan manhaj yang realiti bg kehidupan,dan sistem yang mengatur seluruh urusan kehidupan ini.Manhaj dan sistem yang harus dibela, didukung, dan diperjuangkan untuk merealisasikannya, dan harus dijaga setelah direalisasikan.Kalau tidak demikian,maka si mukmin tadi tidak menunaikan perjanjian"

TAKABUR, HASAD DAN MENCARI KEMEGAHAN MENGHALANG KEIMANAN

Prof Dr Hamka pula menyatakan dalam bukunya Tasauf Moden, menyatakan bahawa, supaya iman itu boleh subur dalam hati, hendaklah bersihkan hati dari sifat-sift takabur,hasad, dan mencari kemegahan.

takabur adalah sifat Firaun, yang tidak mahu menerima agama yang dibawa olrh Nabi Musa AS,sbb dipandangnya Musa itu hanya seorang anak yang masih muda yg bertahun-tahun lamanya menumpang di dalam rumahnya.Takabur itu pula yang menyebabkan ramai orang tidak mahu percaya kepada seruan nabi Nuh,tidak mengikut keercayaan agama tauhid, sebab dipandangnya Nabi Nuh itu ornag tidak terkenal dan dari kalangan orang biasa-biasa sahaja,pengikut-pengikutnya pun orang yang tiada harga.

Jika takabur menghalangi firaun, hasad mengahalangi Iblis percaya kepada Adam AS.Masakan orang yang dijadikan daripada tanah hendak melebihi makhlk yg dijadikan daipada api.Masakan makhluk yang baru dijadikan akan disembah oleh makhluk yang sekian lama menjadi penghulu malaikat lantaran tunduknya kepada Tuhan?maka hasad itu menghabiskan amalan sebagaimana api menghabiskan kayu yang kering.

Kemegahan, kegilaan kepada pangkat yang sednag dipikul itu pula yang menghalang Raja Heraclius akan beriman kepada Muhammad SAW.Dia sudah tahu kebenaran Islam,ttp lantaran takut pangkat dan penghormatannya akan jatuh di hadapan orang2 besar dan rakyatnya,mundur hatinya akan mempercayai Muhammad,padahal dia telah mendapat bukti yang cukup bahawa Muhammad itu benar nabi yang ditunggu-tunggu di akhir zaman.

Firaun, Iblis dan Heraclius itu bukanlah kekeurangan penyelidikan dan pengetahuan.Mereka tahu mana yang benar dan mana yang salah,ttp keingkaran itu sentiasa terbit kerana hawa nafsu.


wallahu'alam

sumber:
Tafsir fi zilalil Quran, Sayyid Qutb
Tasauf Moden, Prof Dr Hamka
Hadith 40 Imam An-Nawawi