Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, selama hampir 6 tahun aku berada di bumi Anbiya', terlalu banyak pengalaman, pahit manis, suka dan duka yang ku lalui. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.Pengalaman berharga yang dianugerahkan olehNya datang tanpa diduga. Namun akhirnya, ku akur dengan ketentuan itu..walaupun pedih pada mulanya, namun aku cuba belajar dari keperitan itu, dan akhirnya ia menjadi kemanisan yang bakal ku kenang dalam sejarah hidupku.
Penglibatan dalam PERUBATAN bagi seorang mahasiswi perubatan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, penglibatan dalam PMRAM bagi seorang mahasiswi perubatan adalah sesuatu yang jarang ditemui di bumi Mesir ini. Ramai di kalangan sahabatku dalam kalangan perubatan terdiri dari orang 'kuat' menyokong PMRAM di sebalik tabir. Di khalayak, kami terpaksa menyembunyikan ke'PMRAM'an, kerana ancaman-ancaman yang melemahkan. Tahniah sahabat yang juga berjuang dalam medan PMRAM! kalian membuktikan kefahaman mendasari perjuangan. kalian rela menanggung risiko walau diancam dengan gertakan sang penguasa.
Berada dalam gelanggang PMRAM memberikan pengalaman berharga buatku. Selepas 3 sesi berada dalam PCM, aku dipinjamkan ke DPMM yang merupakan penaung mahasiswa/wi Al-Azhar di Mansurah. keberadaan ini mengajarku pelbagai perkara. tarbiyah, thaqafah, pengurusan, softskill, dan banyak lagi perkara baru yang tidak ku temui semasa berada di PERUBATAN.
keberadaan PMRAM yang sekian lama (lebih 80 tahun) cukup menjadikan ia sebuah organisasi yang mantap dan disegani dari segenap aspek. Pengurusan, tarbiyah, thaqafah, dll bagiku mampu melahirkan acuan azhari yang lengkap dari sudut kefahaman, pengalaman dan gerak kerja dalam sebuah organisasi Islam. Kekuatan roh Islami seringkali terpancar dalam program-program dan aktiviti anjuran PMRAM, menjalar dalam segenap ruang tubuh insan yang bersamanya,sekaligus menaikkan semangat dalam berjuang.Sungguh, persatuan ini terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi. Namun, semakin banyak dugaan itu datang, semakin kuat pergantungan mereka dengan Tuhan, sekaligus memancarkan nusrahNya memihak kepada kebenaran menyebelahi mereka yang dizalimi. Bumi barakah ini tidak pernah menyembunyikan kemungkaran sang penguasa, kerana sentiasa menyingkap kebenaran dipihak yang mana! Itulah kekuatan PMRAM, kekuatan KESATUAN yang didasari kefahaman, mengikat hati-hati insan bergerak bersamanya. semoga segala ilmu dan pengalaman yang kutimba di sini dapat membantuku dalam melaksanakan misi menjulang agamaNya di tanah air kelak, insyaAllah.
Namun, kini kusedari. selepas beberapa tahun meninggalkan pentadbiran PCM, banyak peningkatan yang berlaku. PCM kini jauh lebih baik prestasinya berbanding sesi-sesi lepas. Banyak pembaharuan yang dilakukan termasuk program -program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Semoga aku juga dapat membantu PCM dan PERUBATAN dalam meningkatkan kualiti tarbiyah, thaqafah, dll terutama bagi memanfaatkan pengalamanku berada dalam DPMM. insyaAllah, semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjalanan kita memartabat agamaNya. Ya Allah, thabatkan diri ini dalam jalan perjuangan menegakkan agamaMu.kurniakan kami syahid di jalanMu.Ameen ya rabbal'alamin..
2 comments:
barakallah..i wish Allah guide me to the straight path.wish to get there also and learn more from the 'Ardul Kinanah'. really2 wish for it. di Malaysia,keadaan xsama..ada manisnya, ada juga cbrnnya.berada dalam biah solehah itu lebih mendamaikan skalipun byk cbran..:) semoga berjaya dan thabat dlm perjuangan..
>>muslimat haraki<<
ameen..insyaAllah, smoga enti diberi peluang unt menimba pengalaman di bumi barakah ini..salam ukhwah :)
Post a Comment