Sunday, June 22, 2008

Akukah Muslimah itu?


Dalam meniti hari2 yg semakin mendewasakan, jiwa remaja sering meronta-ronta, mencari identiti diri yg sebenarnya. Setiap dari kita seringkali mengidamkan sesuatu yg istimewa pada diri masing2..lantas, ada yang menjadikan setiap inci muamalat, perlakuan, dan kehidupan seharian mengikut acuan ‘istimewa’ yg difikirkan terbaik. Ada yg menjadikan garis panduan yg telah ditetapkan oleh agama kebenaran, sbg kayu pengukur unt memastikan diri sentiasa berada dalam keperibadian spt yg telah disyariatkan. Namun begitu, tidak kurang juga yg tersasar, dan menjadikan unsur2 luaran sbg kayu pengukur dalam mencorak kehidupan seharian.Oleh itu, muncullah ciri2 keperibadian yg tidak syar’ie dan mengambil unsur2 dari artis2 popular, bintang2 ternama,dan sebagainya. Mereka tidak mengikut garis panduan yg sebenar, spt yg telah ditetapkan oleh agama Islam yg kita cintai.


Ketika memandu diri dalam arus duniawi,pastinya kita tertanya-tanya, kemanakah ingin kuhalakan hidup ini?untuk apa, dan bagaimana??bagi yang masih utuh dilandasan agama,pastinya akan mengerti.Segala-galanya telah terjawab dalam wahyu dan kalam Ilahi.. bagaimanakah ciri2 wanita yg sepatutnya kita arahkan diri? Adakah spt wanita2 yg terkinja-kinja dek hiburan2 yg melalaikan,menjerit-jerit, menonjolkan ‘body’ dan kecantikan serta tertipu dgn dunia dan hiasan?? Sudah tentu, akal fikiran yg waras mampu menilai dan meneliti apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati itu.


Tidak perlu kiranya saya memanjangkan kalam, menceritakan apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati.Sejak dahulu, kita sering mendengar dan membicarakan perihal Muslimah atau Wanita yg sejati.Muslimah yg sejati mengikut acuan dan penilaian Islam adalah wanita yang memiliki AQIDAH yang sebenarnya kpd Allah, IBADAH yang betul dan mantap, serta mempunyai AKHLAK dan budi pekerti mulia.


Di sini, ingin saya tekankan hal2 berkaitan Aqidah(tauhid), Ibadah,dan Akhlak kerana ketiga-tiga elemen inilah yg membentuk diri dan peribadi setiap insan. Ia juga menjadi asas penting dalam Agama Islam. Kehancuran dan kemusnahan umat dari zaman dahulu hingga sekarang banyak berkait rapat dengan ketiga-tiga elemen tersebut.Lihat sahaja bagaimana umat2 Nabi Nuh,Nabi Hud, Nabi Lut, Fir’aun, dan lain2 telah dibinasakan oleh Allah SWT dek kerana tidak beriman.Lihat pula bagaimana Qarun yg ditenggelamkan bersama harta2nya di dalam bumi kerana keingkarannya menunaikan kewajipan ibadah zakat.Perkara2 ini telah jelas disebut dalam Kalam Suci Al-Quran.


Aqidah dan ibadah yang sempurna, akan melahirkan akhlak dan budi pekerti yg mulia.Akhlak dan budi pekerti yang mulia adalah akhlak,sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran.Bagaimanakah yg dikatakan sebagai berakhlak dgn akhlak Al-Quran? Sudah tentulah dengan cara mengahayati,memahami,dan mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran.Bagaimana ingin mengamalkan isi kandungan Al-Quran?Pastinya dgn cara membaca Al-Quran dengan memahamimya, belajar Al-Quran, dan mempraktikkan ilmu Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Wanita2 Muslimah perlulah memiliki Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang cemerlang. Kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini, boleh kita contohi daripada Ahli Keluarga Baginda,para sahabiah,dan wanita2 yang telah diceritakan dalam Al-Quran dan Hadith Baginda SAW.Tentu nama2 seperti Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah, Sumayyah,Asiah,Mashitah,Maryam,Zinnirah,dan lain2 tidak asing lagi bagi kita.Bahkan, nama insan2 ini, seringkali menjadi pilihan dalam arus hiburan alternatif dewasa ini. Keperibadian wanita2 inilah yang perlu kita jadikan contoh dan teladan dalam hidup, kerana mereka ini telah terbukti memiliki aqidah,ibadah, dan akhlak yang cemerlang dan dijamin mendapat tempat di syurga.


Justeru, Muslimah yang sejati menjadi harapan kepada ummah dan masyarakat, disamping menjadi penyeri dan bidadari di dalam syurga nan abadi.Adakah kita ingin membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja?Siapakah yang akan merebut peluang ini, jika bukan kita??Oleh itu, ayuhlah wahai Muslimat, kita pasakkan Aqidah yang kukuh dan mantap kpd Pencipta,Ibadah yang sempurna, dan hiasilah diri dgn Akhlak dan budi pekerti yang mulia,agar ungkapan ‘True Muslimah’ dapat direalisasikan, dan bukan satu angan2..Oleh itu,tepuk dada, tanyalah iman..

Wallahu’alam.


Akhir sekali,marilah sama2 kita hayati kata2 Dr ‘Aidh Al-Qarni tentang wanita:

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat,
dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat

No comments: