Wednesday, December 24, 2008

Pengajaran untuk hari ini…

Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah lumrah,setiap kali bentuk2 ujian baru yang datang, akan mengambil masa yang agak panjang untuk diri ini berfikir dan meneliti kearah penyelesaiannya.bak kata seorang sahabat: ‘recovery state’..semakin usia menginjak dewasa, cubaan dan dugaan berubah corak dan tingkatannya.Kebiasaannya, jika diri ini diuji dgn ujian yg biasa dilalui, insyaAllah, ‘recovery state’ tidak begitu lama. Kerana memory2 dalam otak ini akan berkerja dan berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Apa yang ingin sy kongsi bersama tentang ujian dan cabaran kali ini ialah:


1) perlunya berfikir secara rasional dan tidak emosional.terutama bg golongan hawa yang memang terkenal dgn sifat emosional.di sinilah letaknya keperluan untuk menilai dgn akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT.jgn letakkan hati dan perasaan dihadapan, tetapi nilailah dgn akal dan kebijaksanaan yang telah diberikan olehNya..


2) Jika menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi, pertama, adukan masalah tersebut kpd penciptamu.kerana Dia lebih tahu keperluan dan keadaanmu ketika itu..sentiasa bermunajat dgnNya..kemudian, carilah orang2 disekelilingmu yang dapat memberikan nasihat dan membantu untuk menyelesaikan masalah itu.

Pendek kata, selagi mana tidak menemui penyelesaiannya,berusahalah kearah itu.insyaAllah, lambat laun, Dia akan memimpin hatimu dgn cahaya dan petunjukNya.yang penting, sentiasa berbaik sangka dgn Allah SWT.disinilah letaknya kekuatan imanmu agar tidak terpesong dari landasan aqidah yang sebenarnya..


3) sentiasa meluaskan pemikiran(tidak meletakkan pemikiran yang ‘problem centered’).Memang diakui, segelintir kita agak sukar untuk berfikir ‘diluar kotak’. Ini blh diatasi dgn cara banyakkan berdiskusi dengan orang2 yang berpengalaman, banyakkan membaca ilmu2 yang bersifat semasa,membuka minda,menjadikan kita luas pemikiran dan tidak jumud,perbincangan2 ilmiah, dan lain2.InsyaAllah, hal ini akan menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah kerana sebenarnya hidup ini sangat luas.terlalu banyak perkara2 lain lebih besar dan perlu diutamakan.


4) Sy amat tertarik dgn artikel yang disiarkan dalam Saifulislam.com tentang “Kamu Sentiasa Layak Diuji”.. disini sy sertakan link ke artikel tersebut.sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam meniti hari yang mendatang.


Apapun ujian yang datang menimpa, ingatlah bahawa Allah sgt sayangkan kita..kerana itu kita diuji.tidak insan2 lain..semua ujian ini adalah untuk kita sentiasa kembali kpdNya,ingt kpdNya..kerana Dia rindukan suara dan rintihan kita yang sentiasa berharap kepadaNya.oleh itu, dengarkanlah mesej dan bicara yang ingin Dia sampaikan kpd kita,melalui wasilah ujian2 itu..

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

[Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

-petikan dari Saifulislam.com-



Akhir kalam, ingin saya simpulkan di sini,apa pun yang berlaku..kembalilah kepada Allah..Dia adalah pencipta kita, dan Dia Maha Tahu keperluan kita,segala isi hati dan penderitaan yang kita tanggung.Ingin saya tegaskan bahawa, di sinilah peri pentingnya kita menjaga hubungan dgn Allah..sgt penting bg setiap individu unt memiliki hubungan yang dekat dgn Tuhannya..itulah kunci segalanya..apa pun,marilah sama2 kita kembali kepada kalimah tauhid Laa ilaaha illallah..Muhammadur rasulullah..


wallahu'alam..

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan..hayatilah dgn keinsafan


بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah..kali ini kita masih terpilih sbg hambaNya dlm nikmat iman dan Islam unt berada dalam madrasah Ramadhan..syukur kehadrat Allah SWT krn kita masih diberi peluang dan ruang yg bnyak unt memperbaiki dan mengislah diri dalam bulan yg mulia ini..

Tetapi, persoalannya, sejauh manakah kita semua menghayati dan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan Ramadhan yg telah dijanjikan pelbagai ganjaran, rahmat dan keampunan dari Allah SWT..berapa ramaikah di kalangan kita yang memasuki bulan Ramadhan ini dgn penuh keinsafan, punya semangat dan tekad unt memperbaiki diri, dan menjadi hambaNya yg bertaqwa?
atau adakah ketibaan ramadhan ini hanyalah sbg satu adat dan kebiasaan tanpa mengambil manfaat yg sepenuhnya?lebih malang lg jika ada di kalangan kita yg memasuki madrasah Ramdhan ini hnya smata-mata sbg tanda unt menyambut AidilFitri dgn pelbagai persiapan dan pembaziran yg tidak sepatutnya..

ingatlah dan sedarlah wahai Muslimin sekalian, bahawa sesungguhnya kehadiran Ramadhan ini adalah sesuatu yg dinanti-nantikan oleh semua manusia yg beriman dgn iman yg sebenarnya.. kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi..demikianlah hebatnya iman para sahabat di zaman Nabi SAW..mereka menanti-nanti kehadiran Ramadhan yg mana telah dijanjikan dgn pelbagai nikmat dan rahmat dari Allah SWT.

firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pd malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dgn izin Tuhannya unt mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. (Al-Qadr:1-5)


sabda Nabi Muhammad SAW:
  • Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
  • Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)
  • Jarak antara shalat lima waktu, shalat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)


Masya Allah!betapa besarnya ganjaran yg telah dijanjikan kpd mereka yg beriman dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.adakah kita berjaya memasuki madrasah tarbiyah ini dgn hnya mengharapkan keredhaan Allah SWT,ikhlas dalam beramal, dan dapat mengaplikasikan segala yg diamalkan dalam Ramadhan ini dgn berterusan?

semoga Ramadhan kali ini adalah yg terbaik berbanding Ramadhan2 yg lalu..semoga natijahnya dapat memberi impak terbaik bt diri kita dan menjadikan kita hambaNya yg jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

~ikhlaskan hati dalam mencari redha Ilahi..~

Sunday, August 17, 2008

Jadilah Manusia Acuan Al-Quran



Insan acuan Al-Quran..
satu ungkapan yg sangat indah..
penuh makna dan pengertian yg sukar unt diungkapkan..
kerana manusia itu bukanlah insan biasa,
tetapi manusia yg telah ditarbiyah oleh Allah..
mendapat tarbiyah terus dariNya..
melalui kalamNya..

betapa indahnya menjadi manusia sebegitu..
segala gerak geri, tingkah laku,perkataan dan ucapan, segalanya berlandaskan Al-Quran..
punya Akhlak dan peribadi terpuji..
seindah akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Itulah insan yg hatinya sentiasa terpaut dgn Al-Quran..
Tanda cinta dan kasihnya kpd Sang Pencipta..
dgn mendampingi KalamNya..
masyaAllah!betapa beruntungnya menjadi insan yg Kau hadiahkan dgn Al-Quran dihatinya..
sentiasa membaca, menghayati, mentadabbur, dan mengamalkan kalamMu..
sentiasa berada dalam petunjuk, rahmat dan kasih sayangMu..
Hanya hati yg merasai, bisa mengerti keindahan dan kelazatan nikmat itu..

Beruntunglah wahai sahabat2 Al-Quran..
Semoga terus thabat dalam perjuangan ini..
Kerna kita telah ditaklifkan unt memikul amanahNya..
Bukan sahaja unt menghafal kalamNya di dalam dada..
tetapi amanah unt memartabatkannya lebih utama..


Jilul Quran Al-Farid..
Pastinya generasi yg ditunggu..
dan kitalah peneraju generasi itu,
Moga akan terlaksana segala amanahMu..

Thursday, June 26, 2008

Tugas Sepanjang Hayat..

Kewajipan menyuruh kepada kebaikan,mencegah kemungkaran

Firman Allah SWT :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.(Ali Imran:104)

Tugas untuk menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran merupakan tanggung jawab yang terpikul atas setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT.Setiap Muslim wajib menjalankan amanah ini tidak kira siapa,bila, dan di mana anda berada. Tanggung jawab menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah dibebankan kepada golongan-golongan yang khusus menuntut dalam bidang agama sahaja, tetapi merupakan tanggung jawab bersama sesiapa sahaja yang beriman.Tidak perlu menunggu untuk memikul jawatan sebagai Pengerusi Persatuan, ketua Unit Pembangunan Insan,AJK Unit Hisbah, atau AJK badan da’wah,anda sememangnya telah dipertanggung jawabkan untuk melaksanakan amanah ini tidak kira apa jua posisi anda dalam masyarakat.

Melaksanakan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.Anda tidak perlu untuk petah berkata-kata dan berpidato untuk menyampaikan ceramah.Cukup sekadar ingatan kepada sahabat-sahabat terdekat, ahli keluarga dan lain-lain tentang kebesaran Allah SWT,sama-sama menanamkan rasa taqwa dalam diri untuk takutkan azab Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang.

Namun begitu, sebagai seorang Muslim yang mempunyai kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita perlulah mensyukuri nikmat-nikmat kurniaanNya dengan cara menghalakan segala kelebihan yang diberikan itu ke arah melaksanakan ketaatan kepadaNya.Caranya mudah, jika anda diberikan kelebihan dalam bidang lukisan, anda mampu melaksanakan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini dalam bentuk lukisan kartun, dan sebagainya.Jika anda seorang yang mempunyai suara yang merdu bak buluh perindu, tentunya gelanggang nasyid menjadi pilihan.Begitu juga bagi anda yang bijak berkarya,bersajak,berpidato, dan punya kelebihan-kelebihan yang lain.Pendek kata, segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu perlulah digunakan atas tujuan untuk menyeru manusia dan mengingatkan manusia untuk taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalam arus yang serba moden hari ini,kita perlu melihat bahawa kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini bukan lagi satu alasan.Sudah tentu kemajuan teknologi komputer dan internet tidak dapat dinafikan lagi.Manfaatkanlah segala ruang yang ada seperti e-mail, friendster, Yahoo!messanger,Youtube,dan lain-lain untuk mengingatkan manusia untuk kembali kepada Tuhan Yang Esa.Tetapi, apa yang menyedihkan hari ini, ramai yang menyalahgunakan kemajuan teknologi tersebut untuk perkara-perkara maksiat dan dosa kepada Allah SWT.

Ingatlah wahai insan sekalian, bahawa kita sepatutnya malu dengan Allah SWT atas segala maksiat dan kemungkaran yang telah kita lakukan. Cubalah kalian hitung dalam kehidupan kita setiap hari, berapa banyak dosa dan maksiat telah kita lakukan??betapa derhakanya kita, apabila Tuhan memberikan kita mata untuk melihat kebesaranNya,mulut untuk berzikir dan mengingatiNya, tetapi kita gunakan untuk memandang perkara yang haram, mulut berkata perkara-perkara yang keji,mengumpat dan sebagainya.Betapa malunya hidup sebagai manusia, yang menghirup udara dan bernafas atas nikmat Allah SWT tetapi menjadi hambaNya yang derhaka!tentunya ikan-ikan di air, dan burung-burung di udara lebih mulia kerana mereka tidak putus-putus bertasbih memuji kebesaran Allah SWT jika dibandingkan dengan manusia yang sering lalai dan leka.

Firman Allah SWT:
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)nya dan dia menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati bagimu,(tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. (As-Sajdah:9)

Ingatlah peringatan Allah SWT bahawa neraka itu akan diisi dengan golongan jin dan manusia yang telah diberi hati, mata, dan telinga, tetapi tidak mahu menggunakannya untuk memahami, memerhati, dan mendengarkan ayat-ayat Allah SWT. Malahan, Allah SWT mengumpamakan orang yang sedemikian lebih buruk lagi daripada haiwan ternakan.

Firman Allah SWT:
“Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahmi (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah.
(Al-A’raf:179)

Justeru, marilah kita sama-sama muhasabah diri, menghitung diri masing-masing yang seringkali alpa dan leka.Hidup di dunia ini tentunya hanyalah untuk seketika. Tempat persinggahan yang tidak akan kekal.Setiap dari kita pastinya akan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.Oleh itu, siapkanlah dirimu untuk menuju negeri yang kekal abadi.Sudahkah kita bersedia untuk menempuh hari diperhitungkan amalan?Bahagialah bagi mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan dari Tuhannya.

Bersamalah kita mohon keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT agar hidup diberkati dan sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.Ingatlah! bahawa menjadi kewajipan kita untuk menyeru para sahabat, kaum keluarga dan masyarakat untuk sentiasa kembali kepada Allah SWT.Melaksanakan segala perintahNya, dan meninggalkan apa yang dilarang.

Akhir kalam, marilah kita hayati hadith Nabi SAW daripada Abu Barzah Nadhlah b. ‘Ubaid al-Aslami RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “belum berganjak kaki seorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari kiamat) sehingga terlebih dahulu ia ditanya tentang umurnya,untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya,daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya ,untuk apa digunakannya” (Hadith Riwayat Tirmizi)
Wallahu’alam.

Sunday, June 22, 2008

Akukah Muslimah itu?


Dalam meniti hari2 yg semakin mendewasakan, jiwa remaja sering meronta-ronta, mencari identiti diri yg sebenarnya. Setiap dari kita seringkali mengidamkan sesuatu yg istimewa pada diri masing2..lantas, ada yang menjadikan setiap inci muamalat, perlakuan, dan kehidupan seharian mengikut acuan ‘istimewa’ yg difikirkan terbaik. Ada yg menjadikan garis panduan yg telah ditetapkan oleh agama kebenaran, sbg kayu pengukur unt memastikan diri sentiasa berada dalam keperibadian spt yg telah disyariatkan. Namun begitu, tidak kurang juga yg tersasar, dan menjadikan unsur2 luaran sbg kayu pengukur dalam mencorak kehidupan seharian.Oleh itu, muncullah ciri2 keperibadian yg tidak syar’ie dan mengambil unsur2 dari artis2 popular, bintang2 ternama,dan sebagainya. Mereka tidak mengikut garis panduan yg sebenar, spt yg telah ditetapkan oleh agama Islam yg kita cintai.


Ketika memandu diri dalam arus duniawi,pastinya kita tertanya-tanya, kemanakah ingin kuhalakan hidup ini?untuk apa, dan bagaimana??bagi yang masih utuh dilandasan agama,pastinya akan mengerti.Segala-galanya telah terjawab dalam wahyu dan kalam Ilahi.. bagaimanakah ciri2 wanita yg sepatutnya kita arahkan diri? Adakah spt wanita2 yg terkinja-kinja dek hiburan2 yg melalaikan,menjerit-jerit, menonjolkan ‘body’ dan kecantikan serta tertipu dgn dunia dan hiasan?? Sudah tentu, akal fikiran yg waras mampu menilai dan meneliti apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati itu.


Tidak perlu kiranya saya memanjangkan kalam, menceritakan apakah yg dikatakan sbg Muslimah yg Sejati.Sejak dahulu, kita sering mendengar dan membicarakan perihal Muslimah atau Wanita yg sejati.Muslimah yg sejati mengikut acuan dan penilaian Islam adalah wanita yang memiliki AQIDAH yang sebenarnya kpd Allah, IBADAH yang betul dan mantap, serta mempunyai AKHLAK dan budi pekerti mulia.


Di sini, ingin saya tekankan hal2 berkaitan Aqidah(tauhid), Ibadah,dan Akhlak kerana ketiga-tiga elemen inilah yg membentuk diri dan peribadi setiap insan. Ia juga menjadi asas penting dalam Agama Islam. Kehancuran dan kemusnahan umat dari zaman dahulu hingga sekarang banyak berkait rapat dengan ketiga-tiga elemen tersebut.Lihat sahaja bagaimana umat2 Nabi Nuh,Nabi Hud, Nabi Lut, Fir’aun, dan lain2 telah dibinasakan oleh Allah SWT dek kerana tidak beriman.Lihat pula bagaimana Qarun yg ditenggelamkan bersama harta2nya di dalam bumi kerana keingkarannya menunaikan kewajipan ibadah zakat.Perkara2 ini telah jelas disebut dalam Kalam Suci Al-Quran.


Aqidah dan ibadah yang sempurna, akan melahirkan akhlak dan budi pekerti yg mulia.Akhlak dan budi pekerti yang mulia adalah akhlak,sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran.Bagaimanakah yg dikatakan sebagai berakhlak dgn akhlak Al-Quran? Sudah tentulah dengan cara mengahayati,memahami,dan mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran.Bagaimana ingin mengamalkan isi kandungan Al-Quran?Pastinya dgn cara membaca Al-Quran dengan memahamimya, belajar Al-Quran, dan mempraktikkan ilmu Al-Quran dalam kehidupan seharian.


Wanita2 Muslimah perlulah memiliki Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang cemerlang. Kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini, boleh kita contohi daripada Ahli Keluarga Baginda,para sahabiah,dan wanita2 yang telah diceritakan dalam Al-Quran dan Hadith Baginda SAW.Tentu nama2 seperti Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah, Sumayyah,Asiah,Mashitah,Maryam,Zinnirah,dan lain2 tidak asing lagi bagi kita.Bahkan, nama insan2 ini, seringkali menjadi pilihan dalam arus hiburan alternatif dewasa ini. Keperibadian wanita2 inilah yang perlu kita jadikan contoh dan teladan dalam hidup, kerana mereka ini telah terbukti memiliki aqidah,ibadah, dan akhlak yang cemerlang dan dijamin mendapat tempat di syurga.


Justeru, Muslimah yang sejati menjadi harapan kepada ummah dan masyarakat, disamping menjadi penyeri dan bidadari di dalam syurga nan abadi.Adakah kita ingin membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja?Siapakah yang akan merebut peluang ini, jika bukan kita??Oleh itu, ayuhlah wahai Muslimat, kita pasakkan Aqidah yang kukuh dan mantap kpd Pencipta,Ibadah yang sempurna, dan hiasilah diri dgn Akhlak dan budi pekerti yang mulia,agar ungkapan ‘True Muslimah’ dapat direalisasikan, dan bukan satu angan2..Oleh itu,tepuk dada, tanyalah iman..

Wallahu’alam.


Akhir sekali,marilah sama2 kita hayati kata2 Dr ‘Aidh Al-Qarni tentang wanita:

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat,
dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat

Friday, April 18, 2008

Ciri-Ciri Wanita Syurga


Ciri-ciri wanita syurga.@~

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga.

Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 5Cool

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557)

Ciri-ciri wanita syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

petikan dari--->>http://pcmansurah.forumotion.com/

Tuesday, March 18, 2008

nasihat Abi..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah,syukur kpdNya atas segala limpahan nikmat dan rahmat yg tidak terhingga.. semakin meningkat usia, semakin bnyk Dia mengajar kita..segala dugaan dan ujian yg diberi adalah tarbiyah demi mengingatkan manusia yg sering terleka.hidup ini hnya sementara,segalanya adalah pinjaman dariNya.banyak perkara yg kulalui kini semakin mengingatkanku akan diri yg semakin dewasa.banyak perkara yg akan berubah selari dgn kehendak dan iradah Nya.

tatkala diri sering diuji, alhmdulillah..Dia sentiasa ada.dikurniakan juga ibu bapa yg tidak jemu2 memberi nasihat dan doa..syukur ya Allah atas pemberianMu..kuatkan hati hamba dalam melayari bahtera hidup ini.tentunya redha Mu kudambakan selalu..biarpun setiap hari ku diuji,tabahkanlah hati hambaMu ini ya Rabbul Izzati..jgn biarkan kusendirian walau dalam kadar sekelip mata,ataupun lebih sekejap dari itu..kuatkan kesabaranku,menanti ketentuan dariMu.. amiin ya rabbal 'alamin..

Nasihat Abi:
"SABAR,TENANG,TIDAK GELABAH, adalah senjata yg Allah berikan kpd hambaNya.IMAN,AMAL SOLEH,ZIKRULLAH,AYAT2 SUCI AL-QURAN adalah PERISAI DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA.SELAWAT & SALAM KPD RASULULLAH ADALAH PENAJAM SENJATA UNTUK UMAT BAGINDA.Sesibuk mana sekalipun, jgn abaikan amalan ZIKir DAN SELAWAT YG TELAH ABAH AJAR DAN BERITAHU.Wahai anakku,Betulkan Barisanmu Semula;Bangun Berdiri Tegak;Pegang Kukuh Senjatamu;Gagah susun langkahmu bagai panglima Islam di Medan Badar;Maju Mara kehadapan dengan gagah berani;Jangan Toleh Kiri dan Kanan Mahupun kebelakang,kerana itu semua adalah penggoda yang melemahkanmu.

Abah & Mak sentiasa doakan unt kesejahteraan anak2 dunia dan akhirat. Yg penting sekarang, jaga keyakinan apa yg diminta pada Allah, insyaAllah dimakbulkan,cuma lambat atau cepat Allah nak uji.Ingat,senjata syaitan antaranya adalah ragu2, was2,zan.semua itu dinyanyikan melalui emosi dan mainan perasaan.hanya dgn akal dan iman shj dpt menangkis semua itu bersama amal dan zikrullah.tanbahkan zikir kpd 100 kali stp lepas solat.InsyaAllah Mukjizat dan syafaat Rasulullah ada bersamamu..

Sesungguhnya mengharungi ujian Allah adalah suatu DUGAAN YANG HEBAT.ianya hanya berjaya apabila hadapi hanya dgn SABAR." -15 Mac 2008-

Sunday, February 10, 2008

nasihat untuk WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

" Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.


21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a.
Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.

petikan dari:http://pcmansurah.forumotion.com/agama-f15/nasihat-untuk-wanita-t258.htm

semoga kita mampu membina rumah tangga yg bahagia,penuh keberkatan, dan sentiasa dalam keredhaanNya..ameen..

>>wanita solehah penyeri raudhatul jannah..