Sunday, May 24, 2009

uslub da'wah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan tanggung jawab dan amanah yang perlu dipikul bg setiap individu Muslim,terutama di kalangan orang2 yang berilmu, faham, dan mengamalkan Islam.tidak kira siapa,di mana,bagaimana, ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT perlu disampaikan kerana ilmu itu akan ditanya di akhirat kelak.


"belum berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah SWT pd hari kiamat),sehingga terlebih dahulu dia akan ditanya tentang umurnya,unt apa dihabiskannya, dan akan ditnya tentang ilmunya,untuk apa dia melakukannya, dan akan ditanya tentang hartanya,daripada mana dia memperolehinya,dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya,untuk apa dibinasakannay(digunakannya)" (HR Tirmizi)


teringat kata2 seorang ustaz ketika di sebuah pusat pengajian di Kuala Kubu Baru.jika kita ada ilmu, dan nampak orang disekeliling kita melakukan perkara2 yg dimurkai Allah,dan kita tidak mencegahnya,di akhirat kelak kita akn disoal.jika insan tersebut ditakdirkan untuk mendapat siksaan neraka,kita juga akan sama2 ditarik kerana tidak mencegah empunya diri dari melaksanakan perkara yg diharamkan itu.na'uzubillah.semoga kita semua terlepas dari siksaanNya.


mengetahui cara atau uslub yg terbaik unt menyampaikan risalahNya juga adlah sesuatu yg penting unt memastikan keberkesanan dakwah yg disampaikan.justeru, beberapa cara di bawah ini (petikan dari harakahdaily.net) mungkin blh dijadikan panduan bersama.

>>>>>>>>

Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:


1. Berhikmah:

iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran,maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.


2. Nasihat yang baik:

Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.

* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.

* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.

* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.


3. Berbahas dengan cara yang baik:

Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."


4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya:

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya:

"(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"


Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud:

"Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."


Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.


5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"


6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah:

Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

>>>>>>>>>


~selamat mencuba~

Wednesday, May 20, 2009

Kisah Penjual Tempe

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kisah ni telah lama disebarkan di internet,kiriman seorang teman.Saya tergerak untuk menyiarkannya di sini untuk iktibar bersama.Kesimpulannya, sentiasalah bersangka baik dgn Allah SWT,dan yakinlah dgn segala ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita.Segala perancanganNya adalah yang terbaik,setelah mana kita serahkan segala urusan kepadaNya.Bersabarlah dengan kesabaran yang baik.


"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri
"
(Surah At-Thuur:48)


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe .. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi, dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..


"Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Surah At-Talaaq:3)


wallahu'alam.

Wednesday, May 13, 2009

Swat, Pakistan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ketika ini,jika kita sedang berada dalam keadaan aman dan tenteram,saudara-saudara seIslam kita di Pakistan sedang bergolak.Pejuang2 Taliban di perlembahan Swat sedang memperjuangkan untuk menegakkan perundangan syari'ah.namun begitu,usaha mereka dihalang oleh pihak kerajaan atas desakan Amerika Syarikat.sehingga semalam (12/5/09), dilaporkan 700 org tentera Taliban telah terbunuh. berikut adalah beberapa keratan akhbar, menceritakan tentang situasi yang sedang berlaku.

------------------------------------------------------------------------------------


Pakistan's military is fighting "for the survival of the country" against Taleban militants in the Swat valley, its prime minister says.

Yusuf Raza Gilani was speaking as the army tried to retake Swat's main town, Mingora, where a curfew is in force.

The government signed a peace agreement with the Swat Taleban in February, allowing Sharia law there, which was heavily criticised by Washington.

The militants then moved towards the capital, Islamabad.

(Saturday,9 May 2009)

--------------------------------------------------------------------------------------




Pakistan's army says it has dropped troops by helicopter to tackle a Taleban stronghold as part of a broadening offensive in the north-west.

The troops were landed in the sparsely populated Peochar valley in Swat.

A BBC correspondent says Peochar is one of the bases of Swat Taleban chief Maulana Fazlullah.

Hundreds of thousands have fled the fighting and Human Rights Watch has urged the army and Taleban to avoid civilian casualties.

One resident in the main town of Mingora in Swat described the situation there as dire.

The man, who did not want to be identified, told the BBC that food supplies were running out, and electricity and gas had been cut off.

"Thousands of people are still trapped in Mingora, but the town is like a ghost city as no one dares to come out in the streets."

(Tuesday,12 May 2009)

---------------------------------------------------------------------------

'Everything destroyed' in Swat valley

Makeshift school for boys at a refugee camp in Swabi
Camps funded by NGOs and the UN are housing thousands of people

Tens of thousands of people have been fleeing the fighting between the Pakistani army and the Taleban in the Swat district.

According to the UN, there are more than 300,000 people registered as displaced and the Pakistani government says it expects that figure to reach one million.






(Monday,12 May 2009)

-----------------------------------------------------------------------

Pakistan claims 700 Taliban killed in Swat

May 12 2009 08:05

Army attacks in the Swat valley of north-west Pakistan have killed up to 700 militants, according to the country's interior minister, amid American fears that al-Qaeda is moving to capitalise on Pakistan's growing instability.
As government forces launched new air strikes in Swat, suicide bombers struck a checkpoint near the main north-western city of Peshawar, killing 10 people and wounding more than a dozen.

The army moved into Swat, a tourist area 16omkm from the capital, Islamabad, on Thursday. The interior minister, Rehman Malik, said the operation would continue until "the last" Taliban fighter was ousted. Authorities have yet to say how many civilians have been killed or wounded, possibly for fear of causing a public outcry.


--------------------------------------------------------------------

p/s:doakan mereka


wallahua'alam

Apa yang kau mahu?

Dengan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmatNya yang masih mengizinkan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup ini.

satu persoalan yang bermain difikiran saya dan ingin berkongsi bersama sahabat2 pembaca.. rata2 orang yang bermasalah tau apa yang mereka lakukan itu adalah satu dosa.mereka tau berdosa besar lelaki dan perempuan yang bukan mahram berpegang-pegang tangan..tidak menutup aurat,tidak menunaikan solat..tapi,mengapa mereka masih berdegil untuk melakukan perkara yang dilarang itu?kebanyakan mereka yang cuba kita dekat
i tau apa yang mereka lakukan itu salah.malahan ada dikalangannya adalah dari orang2 yang mempunyai asas agama yang kukuh (dari sekolah agama,ibu bapa yang agamawan,dll)..

Namun begitu, mengapa masih lagi melakukan perkara yang dimurkai Allah itu?bukanlah niat saya untuk menjatuhkan golongan2 sebegini,tidak sama sekali.saya juga insan biasa,tidak mustahil jika satu hari saya juga diuji,dan na'uzubillah jika kita terjebak dalam perkara yang dimurkai olehNya.cuma, saya ingin mengajak kita semua berfikir apa yang menjadi punca dan masalah golongan2 sebegini tidak mahu menerima seruan amar ma'ruf nahi mungkar yang dibawa oleh para da'ie.sehinggakan ada diantaranya yang
sangat 'allergy' dengan golongan2 pendakwah ini.

Seorang sahabat pernah menceritakan pengalamannya ketika berusaha untuk mendakwah seseorang (saya namakan sbg si A) yang mempunyai masalah couple, tidak solat, dll.Si A adalah seorang yang mempunyai asas agama, sebelum ini sangat menjaga batasan2 aurat,dan bapanya adalah seorang bilal.tetapi, mengapa dia blh berubah dan melakukan perkara2 maksiat tersebut?apabila disiasat, si A sebenarnya mempunyai masalah 'broken family'.ibu bapanya t
elah bercerai, dan dia menyalahkan takdir mengapa dia diuji sedemikian.mungkin inilah punca utama masalah yang perlu diperbetulkan iaitu AQIDAH.memang benarlah, jika asasnya tidak kukuh, akan mudahlah bangunan itu untuk jatuh dan musnah.apa2pun, perlu berbalik kepada asas aqidah kpd Allah SWT.




Saya sangat setuju dengan pendekatan dakwah yang dibawa oleh sahabat tersebut.mendekati mad'u dan berusaha menyelami apa yang menjadi punca masalah mereka.dari situ, kita cuba untuk memperbetulkan kesilapan dan mengajak mereka menjadi lebih baik.pendekatan sebagai seorang kakak kepada adik juga sangat perlu dalam menjalankan misi dakwah.semoga dengan pendekatan kasih sayang itu akan lebih menyentuh hati mereka dan menggerakkan mereka untuk berubah,dengan izin Allah.usaha ini juga perlu kepada satu perancangan yang tersusun dan dilaksanakan dengan istiqamah.

apa skali pun, perlu diingat tugas kita hanya menyampaikan.tetapi yang membuat pilihan adalah diri sendiri.terpulanglah untuk memilih yang mana.sama ada jalan yang baik, atau sebaliknya.fikirlah sendiri..disinilah letaknya kekuatan seseorang individu itu untuk menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT atau untuk tewas dengan pujukan syaitan dan hawa nafsu.jalan terakhir:berdoalah semoga terbuka pintu hati mereka untuk menerima seruan tersebut.kerana hidayah itu adalah milikNya.

namun, satu lagi persoalan,berapa ramaikah di antara kita yang sanggup untuk melaksanakan misi ini?justeru, saya menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita sebagai pelajar hanya perlu belajar sahaja.sedangkan, pada masa yang sama kita juga ada tanggung jawab lain yang perlu dan wajib untuk dilaksanakan.tugas sebagai hambaNya, sebagai masyarakat, sebagai sahabat, sebagai anak,dll..


bila difikirkan, sangat banyak sebenarnya masalah ummah yang perlu difikirkan.namun sahabat2,janganlah gusar dan bimbang,selagi mana kita mengikut jalan yang dibawa oleh Baginda yang tercinta Nabi Muhammad SAW,insyaAllah..yakinlah dengan pertolonganNya.kepada yang masih tertinggal dari mengikuti jalan ini, ayuh, marilah sama2 kita mengikut sunnah perjuangan Nabi SAW untuk menegakkan Islam tercinta.rugilah jika kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang bersama-sama mendokong Islam.kita selama-lamanya tidak akan rugi selagi mana kita mengikut jalan yang dibawa oleh Baginda SAW.yakinlah dengan janjiNya.

Firman Allah SWT:

"Wahai orang2 yang beriman! mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu berimankepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (As-Soff:10&11)


"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar." (Al-Faathir:32)



wallahu'alam