Thursday, November 26, 2009

mengenal erti pengorbanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas nikmat dan limpahan rahmat yang tidak terhingga kepada hambaNya.setelah lama menyepi, kini diberi kekuatan dan kesempatan untuk mencoret sesuatu untuk tatapan bersama.semoga mendapat manfaat bersama, insyaAllah.

Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua pembaca.sempena ketibaan hari raya korban ini, sama-samalah kita mengambil pengajaran dan teladan daripada peristiwa korban yang cukup besar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya,Nabi Ismail AS.semoga kita dapat memahami apa yang dikatakan sebagai pengorbanan sebenar di samping memantapkan iman dan taqwa dengan menghayati sirah nubuwwah ini.

Firman Allah SWT:

102. Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya,(Ibrahim) berkata,"Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!"Dia (Ismail) menjawab;"Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah perintahkan kepadamu;insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar." (Surah As-Soffat:102)


demikianlah bermulanya peristiwa bersejarah yang membawa erti yang sangat besar kepada kita, umat Islam.bagaimana tingginya pengorbanan seorang anak yang sanggup menyerahkan dirinya hanya semata-mata melaksanakan perintah Allah SWT.begitu juga dengan seorang ayah yang rela mengorbankan anaknya sendiri demi melaksanakan perintah Allah SWT.demikianlah bukti ketinggian iman pada diri Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS.(ketika perintah ini datang, menurut pendapat Nabi Ismail berumur 7 tahun.menurut pendapat yang lain, 13 tahun).

Namun begitu, perintah yang didatangkan melalui mimpi Nabi Ibrahim AS adalah satu ujian dari Allah SWT.Ketika Nabi Ibrahim AS meletakkan pisau besarnya ke leher Nabi Ismail, dengan kuasa Allah pisau itu tidak melukakan Nabi Ismail sedikitpun.Lalu Nabi Ismail AS ditukarkan dengan seekor domba (yang besar) dari syurga,iaitu domba yang sama dengan domba yang dijadikan korban oleh Habil.Domba itu dibawa oleh oleh malaikat Jibril,lalu Nabi Ibrahim menyembelihnya sambil membaca takbir. (tafsir jalalain)

103.Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya,(untuk melaksanakan perintah Allah).

104. Lalu Kami panggil dia,"Wahai Ibrahim!

105.Sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu."Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

106.Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107.Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

108. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang2 yang datang kemudian,

109."Selamat sejahtera bagi Ibrahim."

110.Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang2 yang berbuat baik.

111.Sungguh,dia termasuk hamba2 Kami yang beriman.

(Surah As-Soffat:103-111)

semoga peristiwa korban ini menjadi pengajaran berguna buat diri kita selaku hambaNya. justeru,sama-samalah kita muhasabah sejauh manakah pengorbanan kita untuk agama Allah?sanggupkah kita korbankan masa,jiwa, harta,dll semata-mata kerana Allah SWT. manusia sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk keselesaan dan kesenangan hidup di dunia.sedangkan itu hanyalah nikmat sementara. semoga kita dapat beramal dan istiqamah dengan pengorbanan yang hanya sebentar di dunia ini.sungguh, ganjaran yang sangat besar menanti hamba2Nya yang bersabar dan mengorbankan dirinya untuk redha Allah SWT.

wallahu'alam.

rujukan: Tafsir Jalalain (terjemahan Indonesia)